Rumah Sihat Urut & Bekam

Rumah Sihat Urut & Bekam Rumah Sihat Urut & Bekam menawarkan servis urutan dan regangan tulang whatsapp untuk pertanyaan lanju

Rumah Urut Sihat wangsa melawati menawarkan servis urutan, whatsapp untuk pertanyaan lanjut wasap.my/60192635500

20/01/2020

Minum air mati ke air hidup? minum duduk ke berdiri ke bersila? Kenapa minum banyak air pun masih tak sihat?

Dengarkan Cara minum air yang betul dari dr. noordin darus

Tanda – tanda awal slip / herniated disc bahagian pinggang ramai sangat yang “PM” Tanya symptom / tanda / ciri slip disc...
11/05/2019

Tanda – tanda awal slip / herniated disc bahagian pinggang

ramai sangat yang “PM” Tanya symptom / tanda / ciri slip disc, tapi saya nak beri tahu tanda – tanda awal slip disc yang common orang kena ia itu di bahagian pinggang.


Antara yang kebiasaan yang dirasakan tetapi kita buat tidak endah adalah:

SAKIT PINGGANG apabila duduk LAMA
SAKIT PINGGANG apabila BAGUN PAGI
SAKIT PINGGANG apabila JALAN JAUH
SAKIT PINGGANG apabila berdiri LAMA

KEBAS bahagian KAKI bila duduk LAMA
KEBAS bahagian jari kaki semasa MEMANDU
KEBAS bahagian punggung bila duduk LAMA
KEBAS duduk bersila

Sakit KAKI jika JALAN JAUH

Sukar RUKUK semasa solat
Sukar cangkung
Sakit lutut sehingga susah nak lipat

Dan banyak lagi Cuma ini Antara permulaan awal terkena slip disc yang common

Ramai yang sangka slip disc di pinggang kesan nya hanya di pinggang sahaja tetapi sebenarnya masalah ini boleh juga mmeberi kesan kepada bahagian punggung, betis, peha, tumit, jari kaki dll

Ramai yang sudah saya terapi sakit bahagian punggung kebawah tetapi bila diterapi pinggang kebawah masalah selesai

boleh lihat di gambar saraf-saraf yang menjalar pada kaki semua dari pinggang.

=====================

CEGAH sebelum PARAH.

SERVIS DISINI ADALAH
Urutan
Bagi melembutkan saraf –saraf serta otot otot yang tegang, melancarkan peredaran darah, membatu mengurangkan rasa sakit

Rengangan
Menguatkan kembali otot yang lemah, membantu melepaskan saraf yang terhimpit dari disc,

Pembetulan tulang belakang
Reposisi kembali tulang kedudukan asalnya, juga membantu melepaskan saraf yang terhimpit disebabkan slip disc

Untuk maklumat lanjut boleh whatsapp terus mengenai kos, lokasi waktu operasi serta alamat lengkap

boleh call/whatsapp kami di 6 010 206 8029

atau

clik wasap.my/60102068029 untuk buat appointment.

Klik wasap.my/60102068029 untuk buat appointment.

Klik wasap.my/60102068029 untuk buat appointment.

p/s JANGAN CALL

Dulu tak percaya boleh Pulih.... syukur, alhamdulillah Disc yang terkeluar masuk semula....saya dapat feed back dari ram...
22/04/2019

Dulu tak percaya boleh Pulih.... syukur, alhamdulillah Disc yang terkeluar masuk semula....


saya dapat feed back dari ramai yang sakit macam saya kata, sakit ni tak boleh pulih dan hanya boleh bertahan sahaja...

Tapi yelah cuba sahaja ikhtiar sahaja... selebihnya berserah sahaja.

Dari muda saya memang lasak bersukan, buat kerja berat, eksiden... kalau rasa sikit-sikit ni tak heran buat donno je.

Saya kena ni tiba-tiba sahaja, dah tak bersukan, tak angkat barang berat lagi dah, tapi boleh kena p**a.

Masa mula-mula kena... nak bergerak pun tak boleh, kena panggil orang rumah minta ambulance datang ambil...

selepas seminggu admitted, saya p**ang masih keadaan sakit untuk berdiri, berjalan, bergerak... syukur masih boleh duduk, jadi guna wheel chair sebagai pemudah.

Orang rumah penguat semangat, untuk pulih. ada rakan cadangkan untuk datang buat terapi disini. Saya memang dah pasrah jika tidak pulih.

Selepas terapi kali pertama, sudah nampak perubahan, orang rumah pun perasan saya dah boleh bergerak lebih mudah, terus saya semangat untuk buat terapi beberapa kali disini.

alhamdulillah, syukur.setelah beberapa kali terapi saya dari kerusi roda kini kembali seperti orang normal, boleh berlari & bersukan....

saya disarankan untuk jaga tulang belakang saya dengan selalu membuat regangan serta jaga pemakanan.

=====================================

Setiap orang melalui fasa - fasa kesembuhan yang berbeza, ada yang sekali terapi PULIH, ada yang dua tiga kali terapi baru PULIH.

Ikhtiar mencari kesembuhan, ada yang serasi dengan cara kami ada yang tidak. Sungguh kesembuhan bukan milik kami.

bagi yang ingin mencuba boleh call/whatsapp kami di 6 010 206 8029 atau clik wasap.my/60102068029 untuk buat appointment.

Klik wasap.my/60102068029 untuk buat appointment.

Klik wasap.my/60102068029 untuk buat appointment.

p/s JANGAN CALL

"Dalam diri manusia ada tiga ratus enam puluh persendian, ia berkewajiban mensedekahi setiap persendian dengan satu sede...
10/04/2019

"Dalam diri manusia ada tiga ratus enam puluh persendian, ia berkewajiban mensedekahi setiap persendian dengan satu sedekah."

Mereka berkata: Siapa yang mampu melakukannya wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" (Yang diistilahkan sedekah itu bisa jadi karena) dahak dimasjid yang kau timbun atau gangguan yang kau singkirkan dari jalan, bila kau tidak mampu, lakukan dua rakaat dluhaa, itu mencukupimu."

(HR. Ahmad: 21920)

Bibir kering bukan kerana kurang air??? jadi Kenapa bibir kering? kenapa mata kering, kenapa tubuh lemah, kenapa mudah e...
01/03/2019

Bibir kering bukan kerana kurang air??? jadi Kenapa bibir kering?

kenapa mata kering, kenapa tubuh lemah, kenapa mudah emosi?

tanda-tanda ini menunjukkan tubuh kekurang zat zat tertentu didalam tubuh

JOM TENGOK(baca) SEBAB APA SINTOM-SINTOM INI MUCUL PADA TUBUH



Mata kering : Kurang vitamin A, karotin
Bau mulut : Kurang vitamin B6, zinc
Gigi tidak kuat : Kurang vitamin A, kalsium, zat besi
Bibir kering atau mengelupas : Kurang vitamin A, vitamin B2

Anemia, tangan atau kaki dingin : Kurang vitamin B6, asam folat
Mudah lelah dan tidak bersemangat : Kurang vitamin B1, B2, B6
Keguguran atau masalah rambut : vitamin A, vitamin B6, zinc, kalsium

Jom kita baca kepetingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.

1. Ulser dan radang mulut : Kurang vitamin B2

Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat membantu penyembuhan luka.

Vitamin B2 sangat penting peranannya bagi kesihatan kulit & rambut, namun ia tidak boleh tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya, oleh kerana itu diperlukan makanan yang bergizi atau suplemen untuk melengkapinya dengan sempurna.

Sumber : Setiap hari setidaknya minum 250cc susu, makanan seperti kacang tanah, dll.

2. Tubuh lemah : Kurangan zink

Ciri-ciri : Kekebalan tubuh menurun, kehilangan nafsu makan, pertumbuhan lembab, rambut gugur, fungsi alat perasa akan menurun.

Jika kamu terasa kurang selera atau tidak lalu makan kemungkinan badan kamu kekurangan zinc.

Sumber : Daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zinc, nak senang pi makan steak.hehehe

3. Penyakit mata : Kurang vitamin A

Vitamin A bukan hanya faktor penting yang dapat menjaga kesihatan mata, namun ia juga penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A mampu mencegah bakteria atau virus yang membahayakan tubuh kita.

Oleh kerna itu apabila kamu kekurangan vitamin A, selain dari mata kamu ada perubahan yang teruk,ia juga mampu membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.

Sumber : Setiap hari makan sedikit kerang, sayur sawi atau makan hati 1-2 kali setiap minggu.

4. Mudah emosi : Kurang zat besi

Kekurangan zat besi bukan hanya dapat menyebabkan anemia, namunia juga bisa membuat emosi kamu sangat tidak stabil dan mudah marah serta naik angin tidak menentu.

Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh kita memproses sel darah merah, khusus bagi perempuan yang sedang datang bulan, zat besi akan semakin penting untuk menambah kesegaran tubuh dan mencegah emosi yang tidak stabil serta menyebabkan kamu terus dalam keadaan down atau suram.

Sumber : Daging merah seperti daging lembu atau kambing, telur ayam, kacang, sayur hijau, selain itu kamu juga harus perbanyak makan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.

5. Kaki bengkak : Kurang kalium

Kalium sangat penting untung mengatur keseimbangan darah dan air di dalam tubuh.

Kekurangan kalium dalam jangka panjang dapat menyebabkan aritmia, keadaan saraf yang tidak normal, seperti ketika kamu kekurangan air setelah bersukan. Kekurangan kalium juga boleh menyebabkan mudah kram, dalam jangka panjang boleh menyebabkan bagian tubuh bengkak, terutama di bahagian kaki.

Sumber : Kita boleh menambah kalium dari pisang setelah bersukan untuk mencegah kram, selain itu buah-buahan dan sayuran juga boleh menambah kalium bagi tubuh.

6. Badan pegal-pegal/sakit : Kurang vitamin D

Orang yang kurang terkena sinar matahari dan kekurangan vitamin D akan lebih mudah mengalami sakit badan atau sengal. Vitamin D nutrisi tubuh yang tidak dapat disintesis, jadi sangat penting untuk memenuhi kebutuhannya.

Vitamin D juga penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

Sumber : Mengonsumsi ikan berminyak 2 kali seminggu seperti ikan salmon atau sardin, selain itu kamu juga harus berjemur di bawah sinar matahari untuk dapat vitamin D, ada sesetengah pakar cahaya matahari sebelum jam 10 pagi waktu sesuai

TURUN 12Kg dalam MASA 1BULANJom kongsikan  tips untuk kurangkan berat badanAngin-angin dalam badan akan keluar lepas min...
22/12/2018

TURUN 12Kg dalam MASA 1BULAN

Jom kongsikan tips untuk kurangkan berat badan

Angin-angin dalam badan akan keluar lepas minum ni.

Yang boroi boleh kempis tapi kalau nak six pax senam la.
berat pun akan turun

Senang dan menjimatkan, tinggal rajin je

Jom amalkan & jangan lupa tag member yang masih berazam nak kurus tahun depan. Semoga bermanfaat

Resepi di gambar yer 👇👇

Selamat mencuba 😃😃

Kredit: Lainatul Aisyah

Sebenarnya kebanyakan yang saya jumpa bukan lah kerana perut mereka buncit.  Akan tetapi ia disebabkan oleh   lumbar lor...
13/12/2018

Sebenarnya kebanyakan yang saya jumpa bukan lah kerana perut mereka buncit.


Akan tetapi ia disebabkan oleh

lumbar lordosis yang disebabkan Anterior Pelvic Tilt

Dimana tulang belakang dibahagian bawah (lumbar) / perut menolak perut kehadapan sehingga ia menampakkan kebuncitan sedang perut mereka tidak begitu buncit

Mereka ini selalu alami sakit tulang belakang ketika duduk lama, berdiri lama, berjalan jauh.

Kaki mereka juga cepat penat, lengguh dan badan cepat letih.

Urutan membantu mempercepatkan proses pembaikan tulang ke bentuk normal tetapi exercise(renggang) adalah perkara yang paling utama.

selain itu boleh ikut tutorial exercise ini, juga membantu masalah lumbar lordosis yang disebabkan Anterior Pelvic Tilt

Kenali lokasi Sakit Perut dan dari mana punca nya
10/12/2018

Kenali lokasi Sakit Perut dan dari mana punca nya

Khasiat SUP Kaki ayam.sebenarnya bukan kaki ayam sahaja, ia boleh dikatakan khasiat sup tulang, akan tetapi banyak kajia...
08/12/2018

Khasiat SUP Kaki ayam.

sebenarnya bukan kaki ayam sahaja, ia boleh dikatakan khasiat sup tulang, akan tetapi banyak kajian menyatakan bahawa kaki ayam lebih banyak khasiat nya berbanding bahagian yang lain.

semoga bermanfaat, amalkan sup kaki ayam dan lihat perubahan pada diri anda.

Perkongsian seorang wanita berusia 90 tahun. bagaimana kekal kuat tulang belakang sehingga sekarang.Iaitu dengan memperb...
06/12/2018

Perkongsian seorang wanita berusia 90 tahun. bagaimana kekal kuat tulang belakang sehingga sekarang.

Iaitu dengan memperbanyakkan menjinjit kaki atau ikut senaman ini

Lakukan selama 5 minit setiap hari

02/12/2018

Cuba Letak tangan di belakang, bezakan tahap max boleh capai. Ada Beza tidak??? Banyak ke sikit?

Jika berbeza ini Antara tanda awal bahu / tangan bermasalah, cuba cara ini, jangan tunggu parah baru nak terapi ya.

tag dan share

TERAPI MINUM AIR KELAPA
25/11/2018

TERAPI MINUM AIR KELAPA

Address

Lorong Ria 2, Taman Bunga Raya
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:00
Tuesday 09:00 - 23:00
Wednesday 09:00 - 23:00
Thursday 09:00 - 23:00
Friday 09:00 - 23:00
Saturday 09:00 - 23:00
Sunday 09:00 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Sihat Urut & Bekam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram