Klinik Danau Kota

Klinik Danau Kota Healthcare services with your best interest in mind.

Mencari pembantu klinik separuh masa. Tiada pengalaman pun takpa, kita bagi latihan.Adik-adik lepasan SPM, baru habis be...
01/12/2025

Mencari pembantu klinik separuh masa.
Tiada pengalaman pun takpa, kita bagi latihan.
Adik-adik lepasan SPM, baru habis belajar sangat dialu-alukan.

Klik link ini @ scan QR code di bawah utk sebarang pertanyaan:
https://wa.link/scwwdd

Salam sejahtera,Pertukaran nombor telefon untuk Whatsapp kami adalah *017 285 4350* Sebarang pertanyaan atau urusan mela...
11/06/2022

Salam sejahtera,

Pertukaran nombor telefon untuk Whatsapp kami adalah *017 285 4350*

Sebarang pertanyaan atau urusan melalui Whatsapp di alu alukan. 😊

Salam sejahtera, Klinik Danau Kota Setapak akan tutup pada 28 April (Khamis) sehingga 8 Mei (Ahad)... sempena Aidilfitri...
27/04/2022

Salam sejahtera, Klinik Danau Kota Setapak akan tutup pada 28 April (Khamis) sehingga 8 Mei (Ahad)... sempena Aidilfitri.

Kami akan beroperasi semula pada 9 Mei 2022 (Isnin) 😊...

"Selamat menyambut hari Raya Aidilfitri" kepada para muslimin & muslimat. Ikhlas dari kami di Klinik Danau Kota. Maaf zahir & batin.

Salam, Ramadhan Mubarak!Di waktu bulan ini kami akan beroperasi sehingga 6pm. 😊
03/04/2022

Salam, Ramadhan Mubarak!
Di waktu bulan ini kami akan beroperasi sehingga 6pm. 😊

08/09/2021

Dapatkan pemeriksaan tekanan darah anda di Klinik kami bila-bila masa tanpa temujanji.

07/09/2021

05/09/2021

Selamat datang ke Klinik Danau Kota, Taman Danau Kota. Kami beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 9 malam.

01/06/2021

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Marilah kita berbincang mengenai senaman.
Adakah anda rasa sukar bersenam di musim pandemik ini?
Tiada motivasi dan sudah lama tinggal?
Perlukah anda berdaftar dengan gym atau membeli peralatan bersukan yang mahal?

Jawapannya bergantung kepada hobi dan kebolehan seseorang yang gemar bersenam. Tapi untuk kebanyakan masyarakat yang jarang ada kegiatan aktiviti cergas, senaman yang kerap tapi ringan adalah memadai.
Apakah cadangan senaman yang disyorkan?

Menurut rekomendasi pakar kesihatan moden;
i)Untuk seorang dewasa – Lebih dari 30 minit sehari (senaman intensif sederhana) : Dibuat selama 5 hari dalam seminggu
ii)Untuk kanak-kanak – lebih sejam sehari (senaman intensif sederhana) : Dibuat setiap hari.

Apakah maksud senaman intensiti sederhana?
Jawapan : Iaitu senaman aerobik, melibatkan pergerakan fizikal yang menaikkan denyutan jantung dan akan merasa sedikit letih.
Contohnya : Berjalan laju (brisk walk), mengayuh basikal atau berenang.
Contoh di rumah: Skipping, squat, lompat bintang (star jump), menaiki tangga, berlari atau lompat setempat. Latihan seni mempertahankan diri; contoh bertumbuk bayang (Shadow boxing),

Mengapa saya perlu berusaha untuk bersenam?
Antara kelebihan amalan bersenam dalam kehidupan seharian:

1) Untuk pesakit kencing manis, meningkatkan sensitiviti insulin (insulin sensitivity). Ini bermaksud hormon insulin dapat berkesan dengan lebih baik untuk mengurangkan tahap gula tinggi di dalam darah.

2) Mencegah obesiti - mengurangkan saiz lilitan perut mencegah pelbagai penyakit

3) Mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung dan strok kerana organ ini sentiasa dilatih untuk aktif dan mempunyai stamina lebih. Serta aliran darah membekalkan oksigen secukupnya pada organ.

4) Mengurangkan penyakit (osteoporosis) di mana tulang semakin rapuh. Pergerakan otot membekalkan lebih nutrisi dan darah kepada tulang bagi sokongan lebih kuat.

5) Mengurangkan risiko barah (terutama barah usus, payu dara dan prostat)

Senaman juga boleh merawat penyakit;

1)Mengurangkan darah tinggi (dalam 10mmHg systolic dan diastolic) bacaan. Juga melambatkan kemunculan penyakit darah tinggi kepada sesiapa yang belum dihidapi.

2)Mengurangkan kolesterol
(menaikan HDL- high density lipoprotein) i.e kolesterol baik
(menurunkan LDL- low density lipoprotein) i.e kolesterol jahat
Ini membantu mengurangkan pembentukan lemak yang menyempitkan saluran darah di jantung, dan mengurangkan risiko serangan jantung

3)COPD - Penyakit dimana saluran pernafasan paru-paru menjadi sempit. Senaman melatih organ mengambil dan menyingkir oksigen dengan lebih efisien

4)Membantu artiritis dan sakit belakang
Senaman pergerakan sendi membantu fleksibiliti dan menguatkan otot yang menyokong tulang belakang

5)Membantu penyakit mental ringan seperti kemurungan dan keresahan. Jantung dan paru-paru sihat memberikan tenaga dan pemikiran seseorang menjadi lebih terbuka dan positif

Dengan kesemua kebaikan di atas, marikan kita mengamalkan budaya hidup sihat di zaman pandemik ini.

"Kesihatan adalah Kekayaan Teragung"

.0

Salam Sejahtera,Marilah kita ikuti perubahan hidup Jamal sebentar;Jamal seorang yang selalu mementingkan kerjaya, sehing...
01/06/2021

Salam Sejahtera,
Marilah kita ikuti perubahan hidup Jamal sebentar;

Jamal seorang yang selalu mementingkan kerjaya, sehingga ia menjejaskan kesihatannya. Bekerja sehingga lewat pagi, bergantung kepada kafein (kopi) untuk mengejar "deadline" kerja. Dengan penambahan stres dan amalan pemakanan yang tidak teratur dan kurang sihat.

Walaupun dia merasa sentiasa letih, lesu dan tidak bermaya. Tetapi dia terperangkap seperti kita semua di dalam kehidupan moden.

Pada satu hari, sambil beristirehat dia terdengar berita menakutkan! Jamal merasai kesejukan badan dan risau.

Sejak hari itu dia bertekad dan berazam untuk memulakan cara hidup yang lebih sihat. Dengan bersenam!

Pada awalnya rutin baru Jamal amatlah sukar, bagaikan mendaki gunung tinggi keseorangan! Namun dia tidak putus asa, demi kehidupan yang lebih sihat. Selepas beberapa bulan kemudian...

Akhirnya usahanya membawa buah. Badannya merasa semakin kuat dan stamina makin bertambah.

Sehingga perubahannya positifnya ini di ambil perhatian oleh rakan sekerjanya! Marilah kita mengambil sedikit ikhtibar dari Jamal, mulakan sedikit rutin bersenam walaupun sedikit. Dengan masa dan usaha kita juga boleh memperolehi ganjaran seperti Jamal.

"Kesihatan adalah kekayaan teragung"

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,Pernah kah anda mengalami gejala seperti ini?Dengan keadaan hidup moden kini, kita s...
28/05/2021

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pernah kah anda mengalami gejala seperti ini?
Dengan keadaan hidup moden kini, kita sering diikuti dengan pelbagai stres kerja dan bebanan harian. Kekadang ia memberikan kesan pada kualiti tidur malam.

Selain dari amalan sunnah sebelum tidur, anda boleh juga mengamalkan prinsip nasihat yang dipanggil "Sleep Hygiene"

1) Jangan masuk tidur sehingga anda merasai mengantuk
2) Jangan baring di atas katil jika anda masih segar
3) Kurangkan/cegahi tidur siang
4) Aturkan rutin tidur harian yang sama
5) Peliharalah bilik tidur untuk kegunaan tidur sahaja (elakkan makan, kerja, atau menonton TV di dalam bilik tidur)
6) Pastikan katil anda selesa dan bebas dari bunyi bising atau suhu yang keterlaluan
7) Elakkan kafeine (kopi/teh o pekat) atau rokok sebelum tidur
8) Mandilah dengan air suam atau minum susu suam sebelum masuk tidur
9) Amalkan senaman ringan harian. Elakkan senaman berat sebelum tidur
10) Bangkit dari tidur pada waktu yang sama setiap hari walaupun jangka masa tidur anda berbeza.

Inilah antara perkongsian tips kesihatan yang kami harap memanfaatkan anda.

"Kesihatan adalah kekayaan teragung"

.0

Sepanjang PKP waktu operasi Klinik Danau Kota adalah bermula pada hari:Isnin - Jumaat : 9 pagi - 9malam, Sabtu : 9 pagi ...
26/05/2021

Sepanjang PKP waktu operasi Klinik Danau Kota adalah bermula pada hari:

Isnin - Jumaat : 9 pagi - 9malam,
Sabtu : 9 pagi - 5 petang.

Klinik ditutup pada setiap hari Ahad.

Untuk pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera di bio.

Please stay safe everyone.

.0

Address

Jalan 7/23E
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60340311976

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Danau Kota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Danau Kota:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category