14/10/2025
Dua Negara, Tahun yang sama: 1880
Gambar ini merakam dua dunia yang berbeza, tapi berdiri pada tahun yang sama 1880.
Di atas, kota Jaffa di P4l3$t1n sudah pun teguh dengan binaan batu, pelabuhan tersusun, dan kehidupan bandar yang matang.
Di bawah, Kuala Lumpur masih muda sebuah penempatan di tengah hutan tropika yang baru diteroka.
Sekilas pandang, perbezaannya besar. Tapi ini bukan kisah tentang siapa lebih maju, sebaliknya tentang perjalanan tamadun yang berbeza garis masanya semuanya diatur oleh Allah.
P4l3$t1n sudah lama menjadi pusat peradaban. Dari zaman Nabi Ibrahim, Nabi Daud hingga Nabi Isa, tanah itu menyimpan sejarah para nabi dan kerajaan silih berganti Rom Timur, Khilafah Islamiyyah, dan banyak lagi. Tak hairan kalau pada 1880, Jaffa sudah pun jadi pusat perdagangan penting di Laut Mediterranean nadi yang menghubungkan Asia Barat, Eropah, dan Afrika.
Malaysia p**a, khususnya Kuala Lumpur, baru bertunas. Di sinilah pelombong bijih timah dan pedagang kecil mula membina kehidupan. Tiada bangunan batu besar, tiada pelabuhan tersusun cuma semangat yang kuat untuk hidup dan membina masa depan. Dari sinilah akar bangsa kita tumbuh bangsa yang kemudian berdiri megah sebagai negara merdeka, hasil usaha sendiri, bukan hadiah penjajah.
Gambar ini bukan sekadar perbandingan rupa tempat. Ia adalah saksi bahawa P4l3$t1n sememangnya wujud dengan sejarah, budaya, dan struktur sendiri.
Ia bukan βtanah kosongβ seperti yang digembar-gemburkan penjajah.
Setiap batu di Jaffa, setiap lorong di Baitulmaqdis, membisikkan satu kebenaran:
P4l3$t1n bukan ciptaan moden. Ia tanah berdaulat yang sudah hidup ribuan tahun sebelum dunia mengenal konsep negara bangsa.