iHeal Clinic

iHeal Clinic Chronic Wound Care

Healing Wound Restoring Wellness

30/10/2024

[claim promosi] 𝐀𝐝𝐚 𝐥𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐡-𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐡? 𝐭𝐨𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐢𝐧𝐢. 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐤𝐡𝐭𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐣𝐨𝐦!

Ini klinik yang dikatakan paling advance untuk merawat luka kencing manis di Lembah Klang.

Di iHeal Clinic, kami bantu ramai pesakit luka kencing manis supaya mereka dapat sembuh dengan lebih baik dan lebih segera.

Hubungi kami sekarang. Kami berada di Taman Melawati. Kuala Lumpur.

CUCI LUKA DI RUMAH DENGAN TEKNIK (DRESSING) MODEN*******ADA APA PADA DRESSING MODEN YANG KAMI SEDIAKAN?1. Penyembuhan Op...
05/12/2023

CUCI LUKA DI RUMAH DENGAN TEKNIK (DRESSING) MODEN

*******

ADA APA PADA DRESSING MODEN YANG KAMI SEDIAKAN?

1. Penyembuhan Optimum

2. Mengurangkan Exudate atau slough

3. Pencegahan Jangkitan dengan Agen Antimicrobial

4. Dressing Moden juga tidak perlu ditukar setiap hari. Ia memudahkan penjaga atau pesakit untuk datang membuat dressing.

5. Akhir sekali, setiap luka berbeza cara untuk dressing moden. Kepelbagaian inilah yang kami sediakan kepada anda.

Jadi bagaimanakah ANDA nak tahu dressing mana yang sesuai dengan LUKA KULIT ANDA?

Jom Hubungi kami untuk maklumat lanjut di no tel: 012-804 5008

Klik sini untuk maklumat lanjut.
https://ihealclinic.com.my/

Dan tempah slot anda segera.

Kami juga menyediakan PROMOSI 100 orang pertama untuk Rawatan Cuci Luka Sampai Sembuh dengan harga yang berpatutan. (Mengikut terma & syarat)

*Tidak Termasuk Kos Pengangkutan

Please Like and Share!

"Healing Wound Restoring Wellness"

Tahukah Anda Luka Kronik terkenal juga sebagai SILENT EPIDEMIC? Contohnya di US , 1 nisbah 4 orang ahli anggota keluarga...
29/11/2023

Tahukah Anda Luka Kronik terkenal juga sebagai SILENT EPIDEMIC?

Contohnya di US , 1 nisbah 4 orang ahli anggota keluarga mereka menghidapi luka kronik yang berpanjangan.

Antara faktor utamanya adalah Penyakit Kencing Manis atau Peripheral Vessel Disease. (penyakit saluran darah di kaki)

Sempena Bulan Kesedaran Diabetes Nov ini yang hampir berakhir, kami di iHeal Clinic nak share tema tahun 2023 ini iaitu kesedaran "Akses kepada Penjagaan Diabetis".

Apakah yang kita tahu simptom kencing manis jenis 2?

-Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
-Rasa haus yang amat sangat.
-Berat badan menurun.
-Rasa letih lesu dan kurang tenaga.

Adakah anda mengalaminya sekarang?

Dapatkan rawatan segera dan akses dengan kami di ihealclinic untuk pertanyaan lanjut atau doktor yang berdekatan anda.

Teruskan baca maklumat berkenaan luka dan kencing manis di facebook kami.

Jumpa lagi !

GULA vs LUKADalam merawat luka kencing manis adalah penting untuk mengawal paras gula di dalam darah . Sekiranya paras y...
28/11/2023

GULA vs LUKA

Dalam merawat luka kencing manis adalah penting untuk mengawal paras gula di dalam darah . Sekiranya paras yang optimum tidak tercapai adalah sukar untuk pesakit mencapai kesembuhan pada lukanya .

Paras gula yang perlu ditarget sebelum makan adalah 4.4-7.0 mmol/dl dan selepas makan adalah antara 8.5mmol/dl. Inilah bacaan yang ideal yang dikatakan seseorang penghidap kencing manis itu 'well controlled'

Antara lain target yang perlu diberi penekanan adalah Hba1c iaitu bacaan 3bulan purata bacaan gula dalam darah seseorang. Bagi mendapat luka yang cepat baik, Hba1c yang terbaik adalah 7.0 mmol/dl dan ke bawah.

Paras gula yang tidak stabil boleh menyebabkan kesan yang segera ataupun kesan masa panjang .

Jom baca pautan ini untuk mendapatkan jawapannya:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=122112623942103019&id=61553090572193&mibextid=Nif5oz

Follow, like, share page iHeal Clinic untuk mengetahui lebih lanjut tips penjagaan luka dan rawatan diabetes.

iHeal Clinic menggabungkan kaedah rawatan semulajadi dan teknologi moden dalam rawatan luka, diabetes dan penjagaan kesihatan secara holistik.

Klik pautan ini untuk temujanji
https://ihealclinic-tamanmelawati.yezza.co/appointment/

Atau hubungi kami di talian 012-804 5008

SALAM JUMAATبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِ  Fadhilat Membaca Surah Al-KahfiDari Abu Sa’id al-Khud...
24/11/2023

SALAM JUMAAT

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن ٱلرَّحِـــــــيمِ

Fadhilat Membaca Surah Al-Kahfi

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
(HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)



APA TANDA KERADANGAN ATAU JANGKITAN KUMAN PADA KULIT/LUKA KAKI?Tahukah anda apakah tanda-tanda yang dikatakan luka atau ...
22/11/2023

APA TANDA KERADANGAN ATAU JANGKITAN KUMAN PADA KULIT/LUKA KAKI?

Tahukah anda apakah tanda-tanda yang dikatakan luka atau kulit anda sedang dijangkiti kuman?

Antara tanda tanda yang nyata adalah pesakit biasanya mengalami:
• Demam Panas Biasanya Sehingga Menggigil
• Terasa Bahagian Kaki Seperti Panas Berbanding Dengan Bahagian Lain
• Kelihatan Warna Kulit Bahagian Kaki Yang Mula Kemerah-Merahan Berbanding Dengan Bahagian Kaki Yang Lain
• Adanya Nanah Atau Bau Busuk Yang Sangat Ketara.

Semua keadaan ini menunjukkan anda berada dalam fasa keradangan ataupun jangkitan.

Apakah yang anda perlu buat dalam keadaan ini?

Sebaiknya anda cuba mendapatkan rawatan segera dari doktor terdekat.
Sebaiknya tidak mencuba-cuba untuk merawat sendiri kerana kegagalan mengambil tindakan yang betul akan menyebabkan anda kehilangan bahagian kaki.

Serangan kencing manis pada kaki biasanya kalau di bahagian jari boleh menyebabkan pemotongan jari, manakala bila mula menghinggapi kaki boleh menyebabkan pemotongan pada aras bawah lutut , atau atas lutut atau pangkal paha .

Sekiranya anda tertanya-tanya masalah yang sama,

Jom baca pautan ini untuk mendapatkan jawapannya:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=122112623942103019&id=61553090572193&mibextid=Nif5oz

Follow, like, share page iHeal Clinic untuk mengetahui lebih lanjut tips penjagaan luka dan rawatan diabetes.

iHeal Clinic menggabungkan kaedah rawatan semulajadi dan teknologi moden dalam rawatan luka, diabetes dan penjagaan kesihatan secara holistik.

Klik pautan ini untuk temujanji
https://ihealclinic-tamanmelawati.yezza.co/appointment/

Atau hubungi kami di talian
012-804 5008

_Healing Wound, Restoring Wellness_

References :

As below

"Sudah 3 bulan saya cuci luka ibu di rumah, tetapi kenapa luka tidak bertambah baik?"Ada beberapa faktor yang melambatka...
21/11/2023

"Sudah 3 bulan saya cuci luka ibu di rumah, tetapi kenapa luka tidak bertambah baik?"

Ada beberapa faktor yang melambatkan proses penyembuhan luka. Antaranya:

1. Jangkitan kuman:

Jangkitan pada luka mengakibatkan keradangan lebih panjang dan menghalang proses kesembuhan berlaku. Kuman yang tidak dibersihkan dengan betul menyebabkan ubat atau bahan cucian tidak dapat menembusi permukaan luka.

2. Kurang aliran darah:

Aliran darah ke kawasan luka penting untuk membawa nutrisi dan oksigen yang diperlukan untuk penyembuhan. Gangguan aliran darah dapat melambatkan proses ini.

3. Penyakit kronik:

Beberapa penyakit, seperti diabetes dan penyakit lain dapat menjejaskan pengaliran darah dan sistem imunisasi badan.

4. Usia:

Proses penyembuhan boleh berkurang seiring bertambahnya usia.

5. Kekurangan nutrisi:

Kekurangan nutrisi, terutamanya vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin A, zinc, dan protein, boleh melambatkan menyembuhkan luka.

6. Tekanan pada kawasan luka:

Berat badan dapat memberi tekanan ke kawasan luka seterusnya mengganggu proses penyembuhan.

7. Merokok:

Merokok mengganggu pengaliran darah serta menjejaskan sistem imunisasi badan yang berfungsi membantu kesembuhan luka.

8. Ubat-ubatan tertentu:

Beberapa jenis ubat dapat mempengaruhi proses penyembuhan luka.

Hubungi doktor anda di https://ihealclinic.com.my/ untuk mendapatkan penilaian menyeluruh tentang luka dan kesihatan.

iHeal Clinic
Healing Wound, Restoring Wellness



Prevention is better than cure.Jom amalkan rutin ini bagi mengelakkan pembetukan luka kaki diabetes. Mudah kan?Follow, l...
20/11/2023

Prevention is better than cure.

Jom amalkan rutin ini bagi mengelakkan pembetukan luka kaki diabetes. Mudah kan?

Follow, like, share page iHeal Clinic bagi tips dan nasihat penjagaan luka dan kesihatan.



TAHUKAH ANDA?Setiap luka diabetes atau luka disebabkan tekanan( pressure sore) adalah berbeza.Kami menggunakan teknik TI...
16/11/2023

TAHUKAH ANDA?

Setiap luka diabetes atau luka disebabkan tekanan( pressure sore) adalah berbeza.

Kami menggunakan teknik TIME dalam pendekatan rawatan luka.

Apakah itu TIME?

Ia merujuk kepada

T-TISSUE ( LIHAT PADA JENIS TISU LUKA ADAKAH TISU TERSEBUT SUDAH MATI ATAU MEMILIKI SLOUGH)

I- INFECTION/INFLAMMATION( LIHAT TANDA JANGKITAN KUMAN/TANDA RADANG)

M-MOISTURE BALANCE (LIHAT KELEMBAPAN LUKA DAN PERSEKITARAN LUKA)

E- EDGE (LIHAT SEKELILING LUKA ADAKAH NORMAL ATAU TIDAK)

Keempat turutan ini sangat penting buat kami.

Kerana apa?

MERAWAT LUKA ANDA DENGAN TEKNIK ATAU JENIS RAWATAN YANG BETUL ADALAH KEUTAMAAN KAMI.

Ia dapat mempercepatkan dan memendekkan tempoh luka yang melarat.

ANDA NAK CUCI LUKA?

KLIK SINI UNTUK TEMPAH SLOT ANDA
https://ihealclinic-tamanmelawati.yezza.co/appointment

Tahukah anda luka jari kaki anda sangat berisiko untuk dipotong sekiranya tidak dijaga dengan baik? Anda risau luka kaki...
15/11/2023

Tahukah anda luka jari kaki anda sangat berisiko untuk dipotong sekiranya tidak dijaga dengan baik?

Anda risau luka kaki makin teruk?

Penat ulang alik dari rumah ke klinik?

Kesan luka masih berpanjangan?

Tak tahu mana nak rujuk?

Jom Hubungi kami untuk maklumat lanjut di no tel: 012-804 5008

*KELEBIHAN KAMI*

1.Homecare Dressing oleh doktor yang mempunyai pengalaman merawat luka kronik.

2. Mudah,anda hanya perlu duduk di rumah.

3. Pelbagai rawatan moden dan adjunct boleh didapati mengikut "evidence based medicine"

4. Pendekatan yang tersusun dan 'Patient Centered based'

5. Masa yang flexible.

Klik sini untuk maklumat lanjut.

https://ihealclinic.com.my/

Dan tempah slot anda segera.

Dapatkan PROMOSI 100 orang pertama untuk Rawatan Cuci Luka Sampai Sembuh dengan harga yang berpatutan. (Mengikut terma & syarat)

Nantikan team kami di sana.

Like and Share!

"Healing Wound Restoring Wellness"

29/10/2023

Mengapa Luka Lambat Sembuh?

Jom Like dan Share!

Address

No 25 GF Jalan Bandar 3 Taman Melawati
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 08:30 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when iHeal Clinic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram