Darul Mahabbah

Darul Mahabbah Darul Mahabbah adalah sebuah pusat rawatan tradisional yang seratus peratus menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan ruqyah Rasulullah sebagai asas dalam merawat

Darul Mahabbah adalah sebuah pusat rawatan tradisional yang seratus peratus menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan ruqyah Rasulullah sebagai asas dalam merawat. www.darulmahabbah.com

ASSALAMUALAIKUM W.B.T,SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUL MAHABBAH TELAH MENDAPAT KEBENARAN MITI UNT...
23/08/2021

ASSALAMUALAIKUM W.B.T,

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUL MAHABBAH TELAH MENDAPAT KEBENARAN MITI UNTUK BEROPERASI BERMULA PADA 21 OGOS 2021 (SABTU).
OPERASI DARUL MAHABBAH AKAN MENGIKUTI SEPENUHNYA SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK BERWAJIB:

1. SILA BUAT TEMUJANJI MELALUI PANGGILAN TELEFON DAN WHATSAPP TERLEBIH DAHULU. SILA BERHUBUNG DENGAN USTAZ AZLEI 018-9881924.
2. SESI SECARA WALK-IN ADALAH TIDAK DIBENARKAN.

SILA PATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA, INSYALLAH.

TERIMA KASIH

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua d...
05/05/2019

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka p**a ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadith : 1.Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam sebagaimana f...
14/03/2019

Pengajaran Hadith :

1.Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Anbiya', ayat 107. Alam bermaksud seluruh makhluk ciptaan Allah SWT. Dinamakan sebagai Alam kerana ia adalah alamat atau tanda kewujudan, keagungan dan kekuasaan Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam.

2.Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah SWT kepada seluruh alam.

3.Rahmat yang dibawa oleh Nabi SAW mengatasi segala pemikiran dan sempadan berpandukan wahyu dan hidayah Allah SWT, bukan mengikut hawa nafsu dan logik akal. Hanya dengan wahyu dan petunjuk Allah SWT sahajalah yang akan membawa manusia kepada jalan kebenaran dan kejayaan. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah beramal dengan sunnah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, para sahabat baginda dan para salafusoleh yang telah mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

Huraian Hadith: 1.Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandu...
05/03/2019

Huraian Hadith:
1.Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandungannya akan menjauhkan daripada syaitan.
2.Islam menuntut kepada setiap umatnya agar menghiasi rumah mereka dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Qur’an diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.
3.Syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah.
4.Digalakkan supaya melakukan sembahyang sunat dirumah.

Huraian Hadith : 1.Allah SWT sangat memuliakan hamba-Nya yang rajin pergi ke masjid untuk beribadat sama ada di waktu pa...
01/03/2019

Huraian Hadith :



1.Allah SWT sangat memuliakan hamba-Nya yang rajin pergi ke masjid untuk beribadat sama ada di waktu pagi petang dengan nikmat-nikmat yang besar dan teristimewa daripada hamba-hamba-Nya yang lain.
2.Orang yang beramal soleh lagi bertaqwa akan mendapat ganjaran pahala dan nikmat yang berganda-ganda di akhirat kelak.

Huraian Hadith:  1.Sesuatu perkara kebaikan yang hendak diucapkan hendaklah disampaikan dengan cara yang bersungguh-sung...
27/02/2019

Huraian Hadith:

1.Sesuatu perkara kebaikan yang hendak diucapkan hendaklah disampaikan dengan cara yang bersungguh-sungguh supaya pendengar menumpukan sepenuhnya kepada ucapan tersebut.
2.Islam menggalakkan umatnya supaya bercakap perkara-perkara yang memberi faedah kepada pendengarnya.
3.Sebelum melakukan ucapan pastikan kump**an sasaran menumpukan perhatian.

Huraian Hadith: 1)Islam sangat menggalakkan umatnya mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti menghormati sesama manusia ...
06/02/2019

Huraian Hadith:

1)Islam sangat menggalakkan umatnya mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti menghormati sesama manusia serta bergaul baik dalam semua keadaan kerana dengan berbuat demikian dapat melahirkan masyarakat yang maju dan bahagia.
2)Antara amalan yang sangat dituntut oleh Islam ialah memberi sedekah kepada orang susah dan memerlukan pertolongan, menjamu orang yang dikenali dan tidak dikenali kerana ia boleh mengeratkan hubungan dan menunjukkan sifat kemurahan.
3)Amalan memberi salam amat digalakkan oleh Islam dan perbuatan tersebut dikira ibadat yang setaraf dengan sedekah.
4)Memberi salam adalah sunat kifayah manakala menjawab salam adalah fardhu kifayah bagi kump**an dan fardhu ain bagi individu

Pengajaran hadith:1. Islam adalah agama pembawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk. ...
25/01/2019

Pengajaran hadith:
1. Islam adalah agama pembawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk.
2. Antara rahmat yg diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dapat melakukan ibadah dengan taufik dan hidayah-Nya. Setiap ibadah yg dilakukan seperti solat, haji dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh ketenangan. Hanya ibadah yg dilaksana dengan penuh ketenangan akan melahirkan kebesaran dan ketaqwaan kpd Allah SWT dalam hatinya.
3. Setiap muslim hendaklah sentiasa bersifat tenang kerana sifat tergesa-gesa akan menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam melakukan amal ibadah yg akhirnya menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah SWT.

23/01/2019
Pengajaran Hadith : 1.Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia...
22/01/2019

Pengajaran Hadith :

1.Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.

2.Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hati sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Tidak redha walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut.

3.Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.

Pengajaran Hadith :1.Maksud hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hid...
18/01/2019

Pengajaran Hadith :

1.Maksud hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

2.Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

3. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

4. Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti dalam hadith tersebut.

Address

Cheras
Mont Kiara

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Mahabbah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram