Al-Islam Specialist Hospital (Official)

Al-Islam Specialist Hospital (Official) Dahulunya dikenali sebagai Kampong Baru Medical Centre ✅️
Perintis Hospital Mesra Ibadah ✅️
Hospital Pilihan Keluarga sejak 1996 ✅️

'Al-Islam Specialist Hospital' ataupun dulu dikenali dengan nama Pusat Perubatan Kampong Baru (KBMC) dibangunkan sebagai salah satu program da'wah Bil-hal Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Kesihatan ABIM. Perancangan ini bermula dari awal 1992. Menyedari bahawa perlunya ada sebuah hospital perubatan yang mengambil kira aspek rawatan yang menyeluruh termasuk aspek fizikal, psikolo

gi, mental dan rohani. ABIM mengorak langkah membangunkan sebuah hospital yang berusaha memupuk nilai-nilai ISLAM dalam semua aspek perjalanan hospital pakar. Melalui agensi ekonomi ABIM, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI), Biro Kesihatan ABIM bersama beberapa orang doktor pakar yang lain. KBMC telah mula beroperasi sejak September 1996. Dengan lokasi yang strategik, berhadapan dengan Masjid Jamek Kampung Baru dan terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, KBMC dibina dengan harapan sebagai satu tuntutan fardu kifayah disamping menggabungkan aspek ekonomi dan dakwah. Sempena sambutan 10 Tahun KBMC (2006), KBMC telah mempromosikan satu konsep pusat perubatan yang mesra ibadah iaitu "Hospital Mesra Ibadah".Sejajar dengan misi kami, di mana kami membantu pesakit muslim dalam melakukan ibadah seharian. Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang profesional dan cemerlang dan sentiasa meningkatkan perkhidmatan kami kepada pesakit. Kini KBMC telah bergelar Al-Islam Specialist Hospital atau Hospital Pakar Al-Islam dimana KBMC telah melakukan penjenamaan semula pada 24 Ogos 2008 di Hotel Regency Kuala Lumpur. Majlis Penjenamaan semula tersebut telah dilancarkan oleh Y.B Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

'Al-Islam Specialist Hospital' mempunyai kapasiti katil sebanyak 40 buah buat masa sekarang dan mempunyai kemudahan seperti Unit Kemalangan dan Kecemasan 24 jam dan klinik perubatan am. Perkhidmatan utama KBMC adalah khidmat rundingan perubatan seperti Gastroenterologi(Pakar Usus), Rheumatologi(Pakar Sendi), Dermatologi(pakar Kulit), O&G(Pakar Sakit Puan) termasuk infertaliti, Pembedahan Am (Laparoscopy/Plastic/Urology) , Orthopedik(tulang), ENT(pakar telinga hidung & tekak), Oftalmologi(pakar mata) dan Paediatrik(pakar kanak-kanak).

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu.Terima kasih atas pengorbananmu yang tidak terhing...
10/05/2026

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔

Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar ibu.

Terima kasih atas pengorbananmu yang tidak terhingga.

Semoga Allah memberkati setiap langkahmu dan membalas setiap jasa dengan keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



𝐖𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐭𝐚𝐯𝐢𝐫𝐮𝐬!Pakat-pakat jaga persekitaran dan komuniti kita semua.Design by Naim Halif
09/05/2026

𝐖𝐚𝐬𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐭𝐚𝐯𝐢𝐫𝐮𝐬!

Pakat-pakat jaga persekitaran dan komuniti kita semua.

Design by Naim Halif


09/05/2026
08/05/2026

𝑻𝒂𝒛𝒌𝒊𝒓𝒂𝒉 𝑺𝒂𝒃𝒕𝒖 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎

Tazkirah Sabtu (9 Mei 2026 | 20 Zulkaedah 1447H) yang disampaikan oleh Ustaz Mursyid Al Amien pada 8.15 pagi.

𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐏𝐎𝐒𝐓-𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 𝐅𝐈𝐒𝐈𝐎𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈𝗔𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗽𝗼𝘀𝗻𝗮𝘁𝗮𝗹?Posnatal atau pospartum adalah tempoh 42 hari yang pertama selepas kelahira...
08/05/2026

𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐏𝐎𝐒𝐓-𝐍𝐀𝐓𝐀𝐋 𝐅𝐈𝐒𝐈𝐎𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈

𝗔𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗽𝗼𝘀𝗻𝗮𝘁𝗮𝗹?
Posnatal atau pospartum adalah tempoh 42 hari yang pertama selepas kelahiran bayi.

Dalam tempoh masa posnatal ini, para ibu digalakkan untuk lebih banyak bergerak bagi membantu tubuh badan kembali kepada keadaan “normal”.

Di Hospital Pakar Al-Islam, kami percaya, penjagaan selepas bersalin yang baik dan digabungkan dengan urutan, senaman posnatal adalah penting untuk memastikan ibu dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat selepas bersalin.

Jom daftar temujanji untuk pakej posnatal kami di talian 03-26931007 / 019-3324571

Disediakan oleh
Unit Korporat
Al-Islam Specialist Hospital



𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐥𝐚𝐬𝐞𝐦𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔Hari Talasemia Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun sebagai tanda sokongan berterusan kep...
08/05/2026

𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐥𝐚𝐬𝐞𝐦𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔

Hari Talasemia Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun sebagai tanda sokongan berterusan kepada para pesakit Talasemia, selain memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit ini dan pentingnya saringan awal.

Jom cegah penyakit ini dengan menjalani ujian saringan Talasemia sebelum anda berhasrat untuk berkeluarga bagi memastikan status Talasemia anda dan pasangan anda

Talasemia boleh dicegah, dikawal dan dirawat dengan baik.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam



"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"Marilah kita sama-sama melazimi tasbih harian ini.Disediakan olehUnit Korpor...
08/05/2026

"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"

Marilah kita sama-sama melazimi tasbih harian ini.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam


"𝑷𝒂𝒌𝒆𝒋 𝑬𝒏𝒅𝒐𝒔𝒌𝒐𝒑𝒊 & 𝑲𝒐𝒍𝒐𝒏𝒐𝒔𝒌𝒐𝒑𝒊 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎"Anda kerap mengalami Gastrik atau sering mengalami pedih ulu ha...
07/05/2026

"𝑷𝒂𝒌𝒆𝒋 𝑬𝒏𝒅𝒐𝒔𝒌𝒐𝒑𝒊 & 𝑲𝒐𝒍𝒐𝒏𝒐𝒔𝒌𝒐𝒑𝒊 @ 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑷𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑨𝒍-𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎"

Anda kerap mengalami Gastrik atau sering mengalami pedih ulu hati?

Anda mengalami gejala berikut?
✅ Perubahan kebiasaan pembuangan air besar
✅ Cirit-birit atau sembelit
✅ Najis berdarah
✅ Sakit perut yang berpanjangan
✅ Penurunan berat badan dan hilang selera makan

Anda ingin mengenal pasti sekiranya ada mempunyai masalah seperti ketumbuhan, pendarahan, keradangan atau jangkitan lain yang berkaitan dengan organ pencernaan?

Hubungi 03-26931007 sekarang untuk membuat tempahan temu janji atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan pemeriksaan Endoskopi atau Kolonoskopi.

Selain itu, kami turut menawarkan lain-lain perkhidmatan bersesuaian dengan keperluan anda.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam




"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"Semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan kita pada hari ini.Disedi...
07/05/2026

"𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚"

Semoga dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan kita pada hari ini.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam


𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐚𝐬 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦Kuala Lumpur, 29 April 2026 - Hospital Pakar ...
06/05/2026

𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐚𝐬 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐞 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦

Kuala Lumpur, 29 April 2026 - Hospital Pakar Al-Islam menerima kunjungan delegasi seramai 8 orang dari Universitas Bumi Persada, Banda Acheh, Indonesia.

Delegasi diketuai Bapak Rektor, Hari Toha Hidayat itu disambut Pengarah Hospital, Dr Ishak Mas'ud bersama wakil pengurusan Hospital Pakar Al-Islam.

Kunjungan itu antara lain membincangkan beberapa agenda termasuk peluang dan ruang kerjasama khususnya dalam bidang kesihatan merangkumi medium pendidikan dan latihan.

Dalam pertemuan sama, Universitas Bumi Persada dan Hospital Pakar Al-Islam juga memeterai perjanjian persefahaman bagi penempatan mahasiswa di hospital ini untuk mendalami, mempelajari serta memahami realiti dunia sebenar pekerjaan khususnya di sektor kesihatan.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam


"𝑱𝒐𝒎 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒆𝒈𝒂𝒉 𝒔𝒕𝒓𝒐𝒌 @ 𝒂𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒂𝒉𝒎𝒂𝒓"Adakah anda✅Menghidap hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi?✅Seorang perokok?✅M...
06/05/2026

"𝑱𝒐𝒎 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒄𝒆𝒈𝒂𝒉 𝒔𝒕𝒓𝒐𝒌 @ 𝒂𝒏𝒈𝒊𝒏 𝒂𝒉𝒎𝒂𝒓"

Adakah anda
✅Menghidap hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi?
✅Seorang perokok?
✅Menghidap diabetes atau kencing manis?
✅Seorang yang obesiti atau mempunyai berat badan berlebihan?
✅Mempunyai sejarah keluarga (menghidap strok)?

Jom dapatkan Pakej Pencegahan Strok anda sekarang dengan harga serendah RM1800 di Hospital Pakar Al-Islam.

Hubungi kami di talian 03-26931007 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Disediakan oleh
Unit Korporat
Hospital Pakar Al-Islam


Address

85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Kuala Lumpur
50300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Islam Specialist Hospital (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Al-Islam Specialist Hospital (Official):

Share