Kad MEDIC PILGRIM adalah kad medikal dan darurat, yang khususnya boleh digunakan oleh jemaah sewaktu menunaikan haji. Kad ini dapat memberi banyak manfaat.
Dengan kad ini, sekiranya jemaah menghadapi masalah kesihatan, mereka akan diberi bantuan 24 jam. Dengan kad ini, sekiranya jemaah menghadapi masalah kesihatan, mereka akan diberi bantuan 24 jam sehari yang mana, kakitangan MEDIC PILGRIM sedia berkhidmat bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
18/10/2021
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
(Allahumma Sholli ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa’ala Ali Sayyidina Muhammad) “Ya Allah berikanlah shalawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan atas keluarga junjungan kita Nabi Muhammad.
Selamat menyambut Maulid Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Semoga yang ada pada diri Rasulullah dapat menjadi suri tauladan yang baik bagi kita, serta rahmat dan syafaatnya dapat kita nikmati di hari akhir, Amin.
31/08/2021
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta.
Hargailah keamanan yang kita miliki pada hari ini dengan sebaik mungkin supaya ia dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Bersama-sama kita bersatu memerdekakan diri dan negara kita daripada pandemik Covid-19!
Bersatu teguh, bercerai roboh!
09/08/2021
DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN
Doa Akhir Tahun : Baca sebelum azan maghrib
Doa Awal Tahun : Baca selepas azan maghrib
08/08/2021
As'salamualaikum. Ini ada beberapa amalan tambahan dalam solat. Amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..", biasanya kita terus bagi salam kan? Elok tambah ni.
Allahumma,
Wahai Allah
Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam
Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari azab siksa kubur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitnah Dajjal
Allahumma,
Wahai Allah
Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat m
Neraka, seksa kubur, fitnah masa tengah hidup dan nanti cerita-cerita buruk lepas kita mati, dan fitnah Dajjal al-masiih kalaulah kita ditaqdirkan sempat bersemuka dengan dia. Sebab hakikatnya kita memang takkan tahu kita team mana bila dia tiba. Team Muhammad atau Team Dajjal.
Hafal & amalkan doa ni. Semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin...
06/08/2021
Mari kita memperbaiki lebih baik solat kita...
𝟓 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐇
Kredit: jom dakwah
02/08/2021
الله أكبر
لا حول ولا قوة إلا بالله
Fenomena Halo Matahari..
Fenomena optik adalah peristiwa yang dapat dilihat dari interaksi cahaya dan materi. Logamaya ialah contoh fenomena optikal..
Fenomena optik biasa sering disebabkan oleh interaksi cahaya dari matahari atau bulan dengan atmosfer, awan, air, habuk, dan partikel lain. Satu contoh umum ialah pelangi, apabila cahaya dari matahari dicerminkan dan dibiaskan oleh titisan air. Sesetengahnya, seperti sinar hijau, sangat jarang sekali ia kadang-kadang dianggap sebagai mitos..
Indahnya kekuasaan & kebesaranmu Ya Allah... 🤲🏻
04/06/2021
Nak tahu siapa orang yg paling kaya di dunia...? Apabila dia buat solat sunat sebelum subuh 2 rakaat.
Bila dengar azan Subuh, jangan p**a terus Solat Subuh, tapi buatlah dulu solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu subuh. Sebab, banyak hadith Nabi tentang kelebihan solat sunat sebelum Subuh ni, antaranya :
1. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tidak ada satu pun solat sunat yang lebih dijaga Baginda melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh" (Riwayat Muslim)
2. Rasulullah SAW telah bersabda, "Dua Rakaat solat (sunat) sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya" (HR Muslim)
3. Dalam riwayat lainnya menyebut, "Tidaklah Baginda SAW lebih tekun dalam menjaga solat rawatib melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh" (Muttafaqun 'Alayh)
MashaAllah besarnya pahala solat sunat 2 rakaat ni..semoga kita boleh istiqamah lakukannya sebelum solat subuh 🤲🏻
Maksud:
Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.
26/05/2021
Gerhana Bulan Adalah Tanda Kekuasaan Dan Kebesaran Allah Taala
Peristiwa gerhana adalah antara peristiwa-peristiwa yang berlaku bukan secara kebetulan tetapi ia merupakan suatu “Sunnatullah” yang telah diaturkan oleh Allah Taala. Firman Allah Taala di dalam surah Al-Fath:
Maksudnya : “Sebagai suatu Sunnatullah yang berlaku dahulu kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.”
(Surah Al-Fath : ayat 23)
Kekuasaan Allah Taala tidak dapat diukur oleh kemampuan manusia secara khususnya dan pada makhluk secara umumnya. Peristiwa-peristiwa alam yang begitu banyak dan mengagumkan, tiada yang lain hanya merupakan sebagian dari bukti-bukti kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada makhluk-makhluknya. Oleh hal yang demikian salah satu tanda kekuasaan Allah Taala dalam peredaran bulan, matahari dan b umi adalah kejadian Gerhana Bulan.
Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW telah bersabda :
Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari)”
Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901). Hadis dengan lafaz Muslim.
12/05/2021
Tahun ke 2 beraya dengan PKP,
Semoga kita semua ikut SOP,
Paling penting displin kan diri,
Agar keburukan dapat di hindari....
selamat hari Raya Aidilfitri untuk semua Umat Islam...☺️
04/05/2021
Malam Lailatul Qadar merupakan satu malam yang sangat istimewa kepada orang-orang beriman yang sentiasa mencari keredaan Allah. Ini kerana Allah mengkhabarkan kepada kita bahawa malam itu ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
1. Membawa maksud agung kerana pada malam itu diturunkan sebaik-baik kitab iaitu Al-Quran.
2. Membawa maksud sempit kerana dunia pada malam tersebut menjadi sempit dengan ramainya malaikat yang turun.
3. Membawa maksud hukum atau keputusan kerana pada malam tersebut semua urusan ditentukan oleh Allah.
4. Membawa maksud kemuliaan kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut.
28/04/2021
Baca zikir ini jika resah, risau, bimbang... Insya Allah hati kita akan aman & lebih damai...
Aamiin...♥️
Salam 16 Ramadhan
18/04/2021
Mari kita amal kan...
28/03/2021
𝟯𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah : Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW : Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al- Awwam
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW : Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.
14/01/2021
Inshallah.. Dengan izin-Nya. Bersangka baiklah dengan tuhanmu 😊
06/01/2021
Taman Syurga Raudhah.
24/12/2020
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kita tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian dan lebih gemar minuman bergula yang boleh meningkatkan kalori dalam badan.
Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan.
Oleh itu, kita perlu tahu akan kepentingan pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat.
Tidur malam yang mencukupi membuatkan kita berasa lebih segar. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, kita akan bangun dengan rasa lebih segar, lebih peka dan lebih gembira. Selain dari mengembalikan tenaga kita, terdapat banyak lagi kebaikan tidur yang membantu memulihkan tubuh badan.
1. Membekalkan tenaga sepanjang hari
Untuk pengetahuan anda, tubuh kehilangan cecair apabila anda banyak berjalan, bersenam, berpeluh akibat cuaca dan sebagainya. Sekiranya kandungan air dalam badan tidak mencukupi, ia boleh menjejaskan tahap kecerdasan fizikal anda.
Oleh itu, meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan dapat membantu tubuh anda berfungsi pada tahap yang optimum. Bagaimanapun, jumlah tersebut perlu ditambah sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda bekerja di luar pejabat seperti pekerja-pekerja dalam bidang keselamatan dan pembinaan. Selain itu, individu yang aktif bersukan juga perlu meningkatkan pengambilan air supaya tubuh badan sentiasa dalam keadaan hidrat.
2. Mudah turun berat badan
Air boleh meningkatkan kadar metabolisma badan yang berguna untuk membakar kalori. Selain itu, air juga merupakan cecair mengandungi ‘zero’ kalori berbanding air bergula.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh memastikan kandungan air dalam tubuh anda mencukupi mengikut berat badan anda. Kuantiti yang ideal adalah sebanyak 1 liter air bagi setiap 25 kilogram. Jadi, jika berat anda adalah 75 kilogram, anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
3. Kulit semakin sihat
Sel dalam kulit tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya kekurangan air. Air mengandungi nutrien yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan sekali gus menjadikan kulit lebih sihat. Kandungan air yang mencukupi boleh menjana sel-sel baru bagi kulit dan rambut. Jadi, sudah tentu kulit anda akan lebih ‘bernyawa’ dan tidak kusam lagi.
Selain itu, peningkatan kuantiti air dalam badan mampu membantu melembabkan kulit dan mengurangkan masalah jerawat kerana tahap toksin yang rendah. Jerawat timbul apabila liang pori pada wajah anda tersumbat kerana dilitupi dengan toksin yang tidak keluar daripada badan dengan baik. Hal ini boleh diatasi dengan meminum air secukupnya. Kurangnya penghidratan juga akan menjadikan kulit anda kering dan ketat. Jadi minumlah air secukupnya untuk kulit yang lebih halus, anjal dan licin.
4. Meningkatkan tahap kesihatah tubuh badan
Minum air secukupnya bukan sahaja melambatkan sel kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Air juga dapat membantu menguatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan pernafasan.
Khasiat air bukan sekadar untuk membersihkan tubuh sahaja malah sebagai zat yang penting untuk tubuh kita. Kita boleh kekal hidup tanpa makanan untuk beberapa hari tetapi tubuh kita tidak dapat bertahan lama tanpa minum air. Oleh itu, minumlah air secukupnya untuk memperoleh 1,001 manfaat di samping mengamalkan gaya hidup lebih sihat!
17/12/2020
Sesetengah daripada kita mungkin tiada masa untuk hal -hal pembaharuan cukai jalan (roadtax) seperti tidak tahu untuk menggunakan sistem dsb
Sesetengah daripada kita juga mungkin kurang tahu mengenai insurans kereta. Pentingnya insurans kereta ini adalah apabila terjadinya kemalangan dan penting untuk kita mengetahui apa yang dilindung (coverage) atau tidak.
Kami sedia membantu untuk memudahkan urusan anda untuk Perbaharui Cukai jalan & insurance kenderaan kesayangan anda. 🚗🚕🚌🚚🏍🚐...
Kami akan bekerjasama & membantu bagi memudahkan urusan anda..
✔️Tidak perlu geran.
✔️Penjimatan masa.
✔️Tidak perlu berpanas/berhujan.
✔️Tidak perlu beratur lama untuk tunggu giliran.
✔️Tidak perlu bersusah payah cari parking.
Dan yang paling penting, InsyaAllah kami akan berikan anda harga yang terbaik dan berbaloi-baloi..
Anda hanya perlu whatsapp kami dan berikan details kenderaan anda. sudah semestinya kami akan melayan pertanyaan anda serta memberikan sebut harga yang berpatutan untuk anda.
Apabila jantung anda berdenyut, darah dipam ke dalam rangkaian saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Tekanan darah (blood pressure – BP) dihasilkan apabila daya terjadi daripada penekanan darah pada dinding arteri (sejeni saluran darah). Apabila tekanan darah melebihi julat yang selamat, ia dikenali sebagai tekanan darah tinggi, atau hipertensi.
CARA BADAN MENGAWAL TEKANAN DARAH
Badan kita berupaya meningkatkan atau merendahkan tekanan darah (blood pressure – BP) melalui beberapa mekanisma yang dikawal oleh jantung dan buah pinggang.
Oleh itu, apabila terdapat peningkatan tekanan darah yang sementara (contohnya, semasa anda memecut/berlari atau berasa marah), salah satu mekanisma badan anda akan dicetus untuk bertindakbalas terhadap perubahan dan memastikan tekanan darah anda kekal di tahap yang normal. Apabila tekanan darah anda berada di tahap tinggi pada jangka masa yang panjang, anda berisiko untuk mendapat masalah kesihatan yang serius.
ADAKAH TEKANAN DARAH TINGGI BERBAHAYA
Jika tekanan darah (blood pressure – BP) anda tinggi, ia bermaksud jantung anda perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengepam darah. Jika ini tidak dikawal, ia boleh menyebabkan serangan jantung, pembesaran jantung dan akhirnya, kegagalan jantung. La juga memberi risiko untuk merosakkan saluran darah dalam organ-organ penting seperti otak dan buah pinggang, yang boleh mengakibatkan strok dan kegagalan buah pinggang.
Berita baiknya adalah semua keadaan ini boleh dicegah. Tekanan darah tinggi adalah penyebab sakit jantung dan strok yang paling ketara yang boleh dicegah. Pengesanan awal dan rawatan tekanan darah tinggi serta faktor-faktor risiko yang lain, boleh mencegah kematian daripada penyakit jantung dan strok.
Address
98-1, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras KL Kuala Lumpur 56000
Be the first to know and let us send you an email when Medic Pilgrim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Kad MEDIC PILGRIM adalah kad medikal dan darurat, yang khususnya digunakan oleh jemaah sewaktu menunaikan haji & umrah yang mana dapat memberi banyak manfaat. Kebanyakan jemaah malaysia, terutamanya di bawah agensi pelancongan yang menawarkan servis umrah, telah ramai yang mengambil kad medikal ini semasa menunaikan ibadah di tanah suci.
Kami mempunyai misi dan matlamat yang jelas, terutamanya dalam memberikan khidmat yang sangat baik semasa jemaah menunaikan ibadah mereka. Di antara kelebihkan kad medikal ini adalah :
1) Rawatan tanpa bayaran
Menerima bantuan perubatan dan perkhidmatan di hospital swasta pilihan kami di Makkah dan Madinah tanpa bayaran.
2) Melindungi penyakit sedia ada
Perlindungan komprehensif termasuk penyakit kritikal untuk memberikan anda ketenangan fikiran.
3) Servis 24/7 & di mana-mana sahaja
Kakitangan kami di Makkah dan Madinah berada dalam keadaan siap sedia untuk melayani jemaah haji.
2) Pegawai di Mekah & Madinah
Pasukan kami berpusat di tanah suci, fasih berbahasa Inggeris, Arab dan Bahasa Malaysia, dan bersedia membantu.
Adalah menjadi satu tanggungjawab kami, dengan memberikan servis ini, agar jemaah dapat menunaikan haji / umrah dengan lebih tenang dan sehat. Selaras dengan moto kami, mesra & amanah. InsyaAllah.