07/01/2026
5 Januari 2026 (Isnin) - Putrajaya
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ฅ๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ ๐๐ข๐ฆ๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ก ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ก๐ฆ ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ฆ๐๐ก ๐ง๐๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ฆ (๐๐ข๐ง๐ฆ๐ฃ๐ข๐ง) ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ง. ๐๐ข๐๐ก ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ก๐ฆ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐ฆ๐๐๐ ) ๐๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ง ๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐ฆ๐ ๐ )
Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Dr. Nor Hayati binti lbrahim,
Pengarah Perkembangan Perubatan telah diadakan bertempat di Bilik CPRCPH, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perkhidmatan yang dimulakan pada tahun 2014 dengan 5 lokasi di Lembah Klang seterusnya diperkembangkan dengan 15 lokasi tambahan di seluruh negara merupakan satu usaha kerjasama dalam menyampaikan perkhidmatan ambulans kecemasan percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Buat kali pertama sejak bermulanya perkhidmatan ini, perjanjian kali ini telah dilanjutnya selama 2 tahun bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027. Pihak SJAM amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada kedua-dua organisasi dan berikhtiar untuk terus mempertingkatkan mutu serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Rakyat Malaysia.
Wakil SJAM yang hadir dalam majlis ini adalah Dato' Lai See Ming - Pengerusi / Pemerintah Agung, Dr. Shah Jahan bin Mohd Yussof - Penyelaras Perkhidmatan merangkap Ketua Turus (Latihan) dan Encik Kevin Peter - Penolong Penyelaras Perkhidmatan.
SJAM juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA khasnya Bahagian Perkembangan Perubatan, wakil-wakil Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital-hospital penyelaras dan semua pihak yang menyokong usaha ini. Tidak juga dilupakan Rakan Strategik - BSMM, para staf dan petugas perkhidmatan dari kedua-dua organisasi yang sentiasa memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik.