Public Safety and Emergency Solution - PULSE

Public Safety and Emergency Solution - PULSE Public Safety and Emergency Solution - PULSE

MAJLIS PELANTIKAN MASTER TRAINERS NG MERS 999Pada 03 June 2025 telah berlansungnya Majlis pelantikan Master Trainers unt...
05/06/2025

MAJLIS PELANTIKAN MASTER TRAINERS NG MERS 999

Pada 03 June 2025 telah berlansungnya Majlis pelantikan Master Trainers untuk Next Generation MERS 999 yang telah berlangsung di Kementerian Komunikasi, Putrajaya.

Majlis penuh berprestij ini telah disempurnakan oleh Encik Mano Verabathran, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Kementerian Komunikasi, diiringi oleh Encik Kamarudin Abdul Rani, Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan, Kementerian Komunikasi manakala bagi pihak TM One diwakili oleh Encik Mohamed Faisal Naina Mohamed, Naib Presiden Sektor Perniagaan Kerajaan, TM One bersama Encik Anuar Mat Alim, Pengurus Besar, Perkhidmatan Khusus Kerajaan, TM One.

Dalam majlis ini, seramai 147 Master Trainers daripada agensi-agensi kecemasan seperti Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, serta 999 Response Center (999RC) telah dilantik untuk melatih barisan hadapan, termasuk Professional Emergency Dispatcher (PED) dan Professional Emergency Officer (PEO), dalam penggunaan sistem NG MERS 999.

Video rangkuman sepanjang majlis ini boleh ditonton di YouTube seperti pautan berikut: https://youtu.be/2-T20-dJZ1w

MEMPERKENALKAN SAVEME 999 DI LIMA’25Pada 20-24 May 2025 prototaip SaveMe 999 telah diperkenalkan khas kepada tetamu di L...
02/06/2025

MEMPERKENALKAN SAVEME 999 DI LIMA’25

Pada 20-24 May 2025 prototaip SaveMe 999 telah diperkenalkan khas kepada tetamu di LIMA’25, Langkawi. Sepanjang aktiviti ini berlansung, kami telah terima pelbagai respon yang positif dari semua tetamu yang hadir.

Kami yakin untuk terus memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang kepada rakyat Malaysia dalam perkhidmatan Talian Kecemasan Negara 999 apabila ianya dilancarkan nanti.

Sama-sama kita nantikan.

SESI DEMONSTRASI TERTUTUP UNTUK APLIKASI NEXT GENERATION MALAYSIAN EMERGENCY RESPONSE SERVICES 999 (NG MERS 999). Pada 1...
30/05/2025

SESI DEMONSTRASI TERTUTUP UNTUK APLIKASI NEXT GENERATION MALAYSIAN EMERGENCY RESPONSE SERVICES 999 (NG MERS 999).

Pada 10 May 2025 bertempat di Restaurant Cili Kampung, Langkawi telah diadakan sesi demonstrasi tertutup bagi aplikasi Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999) kepada Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Telekom Malaysia.

Perkhidmatan kecemasan NG MERS 999 merupakan projek yang akan menggantikan perkhidmatan MERS 999 sedia ada. Pembangunan applikasi ini dijangka akan memudahkan orang awam untuk meminta bantuan kecemasan melalui satu aplikasi tunggal. Applikasi ini juga dibina sehingga mampu berkongsi lokasi insiden dengan lebih tepat dan maklumat kecemasan dapat disalurkan dengan lebih cepat.

14/05/2025

JOHAN PERTANDINGAN VIDEO RAYA 2025

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam pembikinan Video Raya 2025 ini. Kemenangan ini untuk semua. Tahniah.

Untuk yang belum menonton video raya kami, boleh menonton melalui pautan berikut:

https://youtu.be/pobU0uLK5ok?si=j1jND3HPhHxrIiRX

EENA 2025The European Emergency Number Association (EENA) 2025 event took place on Thursday, 10 April 2025. During this ...
09/05/2025

EENA 2025

The European Emergency Number Association (EENA) 2025 event took place on Thursday, 10 April 2025. During this event, Malaysia was represented to discuss Emergency Communications across Asia/Pacific, focusing on the Next Generation MERS 999.

The speakers for this session were Mr Kamarudin bin Abdul Rani, Secretary in Ministry of Communication Malaysia and Mr Ts. Gs. Mohd Norazhar bin Sulaiman, NG MERS 999 Project, Telekom Malaysia.

For the full video, please watch from our Youtube Channel by clicking the link below:

https://youtu.be/EGwr9nkHp_I?si=_JGv3z_nGm3zPuMb

RIANG RAYA GSS 2025Alhamdulillah, selesai sudah majlis jamuan raya GSS untuk tahun ini yang diadakan di Ibusawat TM Lapa...
28/04/2025

RIANG RAYA GSS 2025

Alhamdulillah, selesai sudah majlis jamuan raya GSS untuk tahun ini yang diadakan di Ibusawat TM Lapangan Terbang Subang. Semoga dengan majlis seperti ini boleh mengeratkan ukhwah silaturahim sesama kita di GSS.

SALAM LEBARAN 2025Kami mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". Syawal datang berakhirlah puasa...
28/03/2025

SALAM LEBARAN 2025

Kami mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin".

Syawal datang berakhirlah puasa,
Takbir bergema mengegar jiwa,
Sekiranya ada silap dan dosa,
Ampun dipinta bersihkan jiwa.

Jom tonton video raya melalui link di bawah untuk ke Youtube PULSE.
https://www.youtube.com/watch?v=pobU0uLK5ok

PULSE ENGAGEMENT DAY 2024Pada Khamis yang lepas, kami team PULSE telah mengadakan aktiviti Engagement antara team kami. ...
29/11/2024

PULSE ENGAGEMENT DAY 2024

Pada Khamis yang lepas, kami team PULSE telah mengadakan aktiviti Engagement antara team kami. Walaupun dalam kesibukan mengejar timeline project, kami berbesar hati apabila semua team dalam meluangkan masa untuk bersama-sama menghadiri sesi ini. Tujuan ianya diadakan adalah bagi memberi peluang untuk team beramah mesra sambil makan-makan di Volcano Shabu Shabu & Grill by Mercure Living Putrajaya dan rezeki kami turut disantuni oleh Pakar Motivasi Malaysia, Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah.

Event separuh hari ini diteruskan p**a dengan sesi Karaoke di Maharaja Karaoke IOI City Mall Putrajaya. Kami berbangga apabila sesi Karaoke ini turut dihadiri oleh GM Tuan Haji Anuar dan juga AGM Tuan Azhar. Mereka sempat menyumbangkan beberapa buah lagu untuk menghibukan kami. Akhir sekali, terima kasih pada semua yang hadir, semoga ukhwah dan kerjasama ini terus berkekalan dalam pasukan kita.

Video ada di YouTube PULSE:
https://youtu.be/g3P842am0kY?si=JJpKBtZ_JJimspNL

09/10/2024

Birthday Tuan Haji Anuar dan Encik Badrul Hisham

“SELAMAT HARI LAHIR”Tuan Haji Anuar (9/10) dan Encik Badrul Hisham (4/10) Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaika...
09/10/2024

“SELAMAT HARI LAHIR”

Tuan Haji Anuar (9/10) dan Encik Badrul Hisham (4/10) Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan.

Ikhlas dari kami

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐌-𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟑𝟎 (𝐏𝐈𝐊𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟑𝟎) Isnin, 9 Sept 2024 - Majlis Peluncuran Pelan Induk...
11/09/2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐖𝐀𝐌-𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 𝟐𝟎𝟑𝟎 (𝐏𝐈𝐊𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟑𝟎)

Isnin, 9 Sept 2024 - Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS 2030) yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, Cyberjaya.

PIKAS 2030 bertujuan mengukuhkan tatakelola dan pengurusan projek yang dilaksanakan melalui pendekatan kerjasama awam-swasta sebagai usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara di samping menguruskan cabaran fiskal. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek-projek di bawah Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 diterapkan dengan prinsip tata kelola yang tegas dan tidak bertolak ansur.

Majlis Peluncuran itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Video boleh ditonton di Youtube PULSE seperti pautan berikut: 🎥 https://youtu.be/08RvtiVbTT4?si=zAcwTmr_DpTvxKv_

Ayuh Subscribe Youtube PULSE…!

Next Generation Emergency Services 999 (NG999) - TM One NG999 adalah tonggak utama dalam strategi TM untuk menjadi Digit...
03/09/2024

Next Generation Emergency Services 999 (NG999) - TM One

NG999 adalah tonggak utama dalam strategi TM untuk menjadi Digital Powerhouse menjelang 2030. Projek ini berjaya mendapatkan perjanjian untuk satu tahun pembangunan dan sebelas tahun managed services. Platform ini merevolusikan perkhidmatan tindak balas kecemasan kerajaan dengan menawarkan akses pelbagai saluran dan menggunakan teknologi canggih yang selaras dengan piawaian antarabangsa.

Projek ini menggabungkan pelbagai teknologi baharu untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan perkhidmatan kecemasan kepada rakyat dan amat penting untuk negara.

Tahniah diucapkan kepada seluruh team Next Generation Emergency Services 999 (NG999) diatas penghargaan untuk GCEO Award Business Excellence 2024.

🎥 Untuk menonton video boleh tekan link youtube berikut:
https://youtu.be/ZfsgQqQIHhw?si=xlCoMztrzTRGQsk7

Ayuh Subscribe Youtube PULSE…!

Address

Annexe 2, Jalan Pantai Jaya
Kuala Lumpur
59200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Safety and Emergency Solution - PULSE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram