08/05/2026
Semalam kami terima satu rombongan adik-adik dari maahad tahfiz datang mendapatkan rawatan di klinik.
Daripada 5 orang yang datang dengan simptom demam dan tidak sihat…
😷 3 orang disahkan positif influenza.
Bila tengok kes mula muncul macam ni, memang terasa…
musim influenza nampaknya mula kembali lagi.
Influenza bukan sekadar “demam biasa”.
Ia boleh datang dengan simptom seperti:
🤒 Demam tinggi secara tiba-tiba
😖 Sakit badan & sakit kepala
😷 Batuk
🤧 Selesema
😴 Badan lemah & cepat penat
🔥 Sakit tekak
🥶 Menggigil
Golongan kanak-kanak, warga emas dan mereka yang selalu berada di tempat ramai lebih mudah terkena jangkitan.
Lebih-lebih lagi bila nak masuk musim cuti sekolah nanti aktiviti berjalan, balik kampung, bercuti dan berkumpul ramai-ramai akan meningkat.
✅ Jika ada simptom, jangan tunggu terlalu lama untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan.
✅ Rehat secukupnya dan elakkan menjangkiti orang lain.
✅ Dan bagi yang sudah hampir setahun dari dos terakhir, mungkin sudah tiba masa untuk renew vaksin influenza 💉
Mencegah lebih baik daripada terlantar beberapa hari dengan demam dan sakit badan 😊