Rawatan 3S Raden Rahmat Alfaqeh - Sihir/Saka/Santau & Ijazah Ilmu Hikmah

Rawatan 3S Raden Rahmat Alfaqeh - Sihir/Saka/Santau & Ijazah Ilmu Hikmah Membuat rawatan untuk kes sihir,saka,santau & pagar rumah/kedai/restoran.

04/05/2025

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah pesakit ini dah sakit bertahun-tahun.. bila scan, rupa-rupanya sukma dia telah diambil oleh bomoh..

Video ini menunjukkan proses rawatan masukkan kembali sukma ke dalam badan..



17/02/2025

Pesakit kalini disebabkan oleh sihir dari mak kandung sendiri.. pernah jadi kurang siuman 3 tahun lepas.. bila scan & check, pesakit ni ada 2 gangguan iaitu sihir & saka keturunan.. sukmanya telah diambil oleh bomoh & dipasak pada media patung jerami.. patung tersebut diikat dengan benang disetiap sendi..

Semasa rawatan, 3 ekor jin telah keluar & diputuskan ikatan.. secara tiba², sukma mak kandung masuk ke dalam badan anaknya.. dia terus bagi amaran jangan kacau kerja dia.. dia sihir anaknya disebabkan anaknya tau dengan perbuatan emaknya.. dan sukma maknya mengaku telah keluar dari Islam & berdamping dengan jin² yang ada..Nauzubillahiminzalik..

Tergamak seorang ibu menyihir anak sendiri.. Allahuakbar..dunia akhir zaman.. selepas rawatan, alhamdulillah pesakit telah sembuh sepenuhnya & dia sendiri boleh rasa perbezaan..

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah semua atas izin Allah..



05/01/2025

Pesakit ini datang untuk buang semua ilmu yang pernah beliau ambil dulu masa zaman muda².. beliau amalkan mentera² dan juga memasukkan raska ke dalam badan.. ini juga dikenali sebagai susuk raksa.. beliau berkata sudah tidak mengamalkan lagi semua ilmu² tu..

Semasa proses rawatan, pesakit mula muntah² dan keluar darah.. ini menunjukkan segala ilmu² mentera & raksa mula keluar dari tubuh badan.. bila mengamalkan mentera² ni, akan datang jin yang akan mendamping.. ikatan² ini perlu diputuskan terlebih dahulu.. selepas itu, barulah boleh cabut segala ilmu yang pernah dia pelajari dulu..

Buatkan mandian limau dan juga terapi garam bukit sebagai bekalan untuk pembersihan diri.. Alhamdulillah selepas rawatan, pesakit merasa badan tersangat ringan dan tiada sakit².. semua aras izin Allah ☝️..




07/10/2024

Sihir kedai makan lagi.. pesakit ini mengadu kedai makan tertutup & semua yg bekerja jadi sakit².. sihir yg dikenakan pada kedai makan ni terlalu lama sejak dari tahun 2003.. dah bermacam² perawat jumpa tapi masih belum selesai..

Dipendekkan cerita, setelah habis merawat tuan kedai & staff², sy terus mohon pada Allah untuk menzahirkan segala buhul² sihir yg ada di kawasan kedai tersebut.. Setelah pusing keliling kedai, banyak barang² sihir yg tertanam antaranya paku bengkok yg berkarat, tulang binatang, botol minyak wangi yg diisi dgn tanah didalamnya & juga duit syiling yg ditabur..

Video dibawah ini menunjukkan bukti bahawa sihir itu wujud dan masih ada lagi sehingga sekarang.. selagi mana perasaan hasad dengki tu ada, selagi tu sihir akan berleluasa.. semoga kita semua terselamat daripada sihir & dilindungi Allah.. Kun Fayakun..




26/09/2024

Pesakit dari Selangor ni mengadu sakit kepala, tengkuk & juga lutut.. terasa berat seperti ada yang menekan.. bila ditanya ada pergi mana² tempat ke? Pesakit jawab baru balik dari Tambun..

Masa scan, ternampak satu makhluk warna putih, tinggi, besar & rambut mengembang.. rupanya makhluk ni ikut pesakit balik.. sebelum mula rawatan, mohon pada Allah supaya urusan rawatan dipermudahkan..

Baru letakkan tapak tangan di tengkuk, pesakit terus muntah.. tambah lagi bacaan muntah tanpa henti.. putuskan segala ikatan² jin yang telah dibuat pada tubuh badan & tarik keluar..

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah atas izin Allah, lepas putuskan segala ikatan, pesakit terus rasa ringan & sihat..



16/09/2024

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah feedback dari pesakit.. limau yang dibuat pengisian untuk pemutus saka keturunan berpusing lawan arah jam atau tawaf dengan sendirinya selepas dimasukkan doa dan hajat..

Limau ini adalah salah satu kaedah dan yang penting adalah pengisian pada limau tersebut.. semuanya atas izin Allah ☝️.. Kun Fayakun..



11/09/2024

Pesakit ini juga berasal dari Perak.. beliau mengadu telah disihir sehingga menutup segala pintu jodoh.. bila scan, rupa-rupanya badan penuh dengan ikatan sihir.. tiba², ada satu sukma masuk ke dalam badan pesakit ini.. rupa-rupanya itu adalah sukma orang yang upah bomoh..

Soal selidik dengan dia kenapa buat pada pesakit ni.. antara dialog sy dengan dia:

Sukma yg upah : "aku taknak dia kahwin.. aku taknak ada siapa² yang dekat dengan dia selagi aku tak dapat."

Perawat : "kenapa kau buat dia sampai macam tu sekali? Kau dah kahwin? Dah ada anak bini?

Sukma yg upah : "aku dah kawin.. ada bini dan anak tapi aku tetap nak dekat perempuan ni.. dia yang taknak dengan aku."

Perawat : "kau nak apa lagi.. elok² dah ada anak bini tu haaa!!!"

Sukma yg upah : "aku nak dia dengan aku je.. aku kaya.. ada bisnes.. tapi aku x solat.. aku takde agama.."

Perawat : " Astaghfirullahalazim.. bawak mengucap.. teruk sangat kau ni.. mmg patut pesakit ni taknak kat kau.. kaki perempuan. "

Subhanallah.. itulah antara perbualan dengan sukma yang upah bomoh.. Menngucap panjang saya dengar..

Tuan² dan puan², berhati-hatilah ketana zaman sekarang ni sihir semakin kuat..tingkatkan amalan dan baca la wirid² setiap kali solat.. mudah-mudahan kita semua dalam lindungan Allah..



10/09/2024

Pesakit dari Perak datang nak berubat disebabkan badan penuh dengan lebam² dan kuku kaki mula hitam.. scan satu badan, penuh dengan ikatan² sihir.. baru baca untuk buat air, pesakit dah kerasukan.. macam biasa, kami akan berdialog dulu dgn jin sihir ni.. rupa-rupanya bekas kekasih pesakit ini yang buat.. paksa jin tersebut utk buka ikatan dan keluarkan terus dari badan pesakit..

Lepas tu, secara tiba² sukma bomoh p**ak yang masuk.. permulaannya bomoh ni cakap Cina.. paksa jugak untuk dia cakap bahasa Melayu walaupun ada pelat² Cina.. bomoh ni berasal dari Grik keturunan Cina Siam.. dia diupah sebanyak RM10, 000 utk buat sihir.. bila ditanya mcm mana sihir dihantar, boleh p**ak cakap tak tau.. pakai hentam..

Bangkitkan energy pedang dan letakkan pada leher bomoh.. terus cakap "wa takut mati wooo".. terus cakap perkara sebenar.. sihir yang dia hantar adalah melalui angin.. dengan hanya menggunakan nama penuh sahaja sihir boleh sampai..

Sebelum bagi bomoh tu keluar, paksa dia buka lagi ikatan sihir yang ada pada pesakit.. bila dah selesai, scan balik sama ada betul atau tidak.. bagi amaran pada bomoh tersebut, sedut segala energy khadam² dan jugak ilmu² hitam yang dia ada kemudian baru tarik keluar..

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah pesakit pulih seperti sediakala.. buatkan mandian limau dan terapi garam bukit..



❗❗SIHIR PERNIAGAAN ❗❗Pemulihan kedai makan di salah satu felda.. pemilik kedai makan bagitau yang kedai makan beliau pel...
01/09/2024

❗❗SIHIR PERNIAGAAN ❗❗

Pemulihan kedai makan di salah satu felda.. pemilik kedai makan bagitau yang kedai makan beliau pelanggan nampak sentiasa tutup sedangkan kedai masih buka..

Pemilik kedai pernah memanggil 3 orang perawat berdekatan dengan tempat beliau.. setiap minggu dia panggil perawat untuk pulihkan kedai.. beliau bagitau bahawa ketiga² perawat yang cuba pulihkan kedai, malam tu juga meninggal.. ketiga² perawat tadi memegang bangkai kucing hitam..

Bila saya mula masuk ke dalam kedai, kepala terus pening.. ini bermaksud sihir yang dikenakan pada kedai makan ini sangat kuat.. Mohon izin dan bantuan Allah untuk zahirkan buhul² sihir yang ada..

Hati saya digerakkan untuk periksa pada pasu bunga yang berada didepan kedai.. sy gali tanah sedikit demi sedikit, kemudian muncul buhul yang pertama.. buhul tersebut berupa keychain yang ada gambar sami.. tak puas lagi, saya gali muncul lagi buhul yang ke-2 iaitu paku panjang..

Pusing p**a ke bahagian belakang kedai.. ternampak pasu dan bekas² berisi tanah.. saya gali ke semua bekas² yang ada.. di dalam bekas tersebut, muncul buhul ke-3 iaitu 5 bilah pisau lipat yang dah berkarat dan juga beberapa biji paku payung..

Kemudian mata terpandang pada satu kotak.. sekali buka kotak tersebut, muncul lagi buhul yang terakhir iaitu bangkai binatang.. kumpulkan semua buhul² sihir dan hapuskan sihir tersebut..

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah atas izin dan pertolongan dari Allah, zahir kesemua buhul² sihir.. ingatlah tuan² dan puan², sihir itu wujud dan zaman sekarang sihir semakin berleluasa.. semoga kita semua berada di dalam lindungan Allah.. Aammiinn 🤲..



30/06/2024

Pesakit ini telah dikenakan sihir pemisah selama 4 tahun.. muka & kemaluan gatal².. dibahagian belakang badan terasa seperti dicucuk² jarum.. bila melihat isterinya, tiada perasaan langsung & rasa kosong.. sama juga dengan pekerjaannya, hatinya tiada ditempat kerja... Pesakit juga mengadu sudah berjumpa dengan ramai perawat tapi hanya sembuh 2 atau 3 hari sahaja..

Bila discan, ikatan sihir tersebut berada dibahagian belikat, diperut & juga kemaluan.. belum habis scan pesakit dah mula menunjukkan reaksi.. terus tekan dibahagian perut, pesakit terus merasuk.. jin yg berada di dalam badannya berupa seekor kera.

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah setelah selesai rawatan & sukmanya dikembalikan ke dalam jasad, beliau mula menangis & sedih kerana perasaannya yg hilang tu dah kembali ada.. Semua atas izin Allah.. Kun Fayakun.

18/06/2024

PENGIJAZAHAN ILMU HIKMAH
----------------------------------------------------

Kepada yang berminat untuk mempelajari ilmu rawatan & ilmu hikmah, kami akan mengajar dari seseorang tu tidak tahu apa² (kosong) sehingga la dia menjadi perawat. Kebanyakan yang belajar dengan kami bawah setahun dah boleh merawat sendiri. Itu bergantung kepada kebolehan seseorang dalam merawat.

Sebelum mempelajari apa² ilmu hikmah, kami akan membersihkan dulu diri pelajar² dari sebarang ikatan jin & khadam yang ada. Ilmu kami tidak mempunyai khadam mahupun jin pendamping.

Sekiranya berminat, boleh la hubungi saya.

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah minggu ni ke JB lagi. Dapat booking daripada sebuah kedai jual bung...
16/06/2024

Alhamdulillah Astaghfirullah Allahuakbar Subhanallah minggu ni ke JB lagi. Dapat booking daripada sebuah kedai jual bunga. Mengikut cerita beliau, beliau kehilangan wang dikedai. Wang tunai yang dimasukkan ke dalam beg tiba² hilang. Saya bertanya kepada beliau, mungkin tercicir tetapi beliau cakap tidak.

Wang tunai tersebut diikat dengan getah. Kebetulan haritu beliau bawa sebanyak RM 6,000 lebih untuk dimasukkan ke dalam bank. Sebelum pergi ke bank beliau kira semula, wang tersebut berkurangan sebanyak RM 1,500. Dikedai tu hanya beliau seorang sahaja.

Beliau sudah syok toyol punya kerja. Untuk dapatkan kepastian, beliau letak wang 500 di dalam poket seluar. Tiba² beliau merasakan ada tangan kecil yang masuk ke dalam poket. Beliau terkejut & terus menepis tangan tu sedangkan dikedai tu hanya beliau seorang.

Bila tiba dilokasi, saya terus buat scan. Tiba² saya ternampak 2 sosok, yang jelas adalah toyol. Toyol ni nak tangkap tak boleh dengan cara kasar. Umpan dia dengan kacang hijau yang dimasukkan ke dalam botol. Bila nampak je toyol tersebut, saya terus tarik.

Alhamdulillah terus dapat tapi bukan seekor. Ada lagi makhluk lain yang ikut sekali. Seperti gambar dibawah, petak yang bawah tu adalah toyol & petak sebelah atas adalah pontianak. Semua atas izin Allah. Kun Fayakun.

Address

Surau As-Sakinah, Gombak Setia
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Saturday 21:00 - 00:00
Sunday 21:00 - 00:00

Telephone

+60108716805

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan 3S Raden Rahmat Alfaqeh - Sihir/Saka/Santau & Ijazah Ilmu Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share