17/10/2025
ππππππππ ππππππππ πππππππ πππππππππ ππππππ πππππππ ππππππππ ππππ πππππππππ ππππππ πππππππ ππππ & πππππππ ππππππππππ πππππ ππππ
Pada 16 Oktober 2025, telah berlangsung dengan jayanya Program Kesihatan Mental Sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 & Program Pencegahan Bunuh Diri dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Auditorium Menara Penguatkuasa DBKL.
Program ini adalah inisiatif kerjasama strategik antara Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak, Panel Penasihat KK Bandar Tun Razak, dan Pejabat Cawangan DBKL Bandar Tun Razak.
Pihak penganjur berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Yang Berusaha Dr. Rohaya binti Ramli, Pegawai Kesihatan Daerah Cheras, dan Yang Berusaha En. Nur Fadhil bin Yacob, Pengerusi Panel Penasihat KK Bandar Tun Razak, yang telah menyerikan lagi majlis.
Antara pengisian program yang telah dijalankan termasuklah:
- Sesi ceramah yang bermanfaat bersama Pegawai Psikologi Daerah Cheras.
- Pameran dan sesi interaktif "Kenali Ubat Anda" oleh Duta Ubat Daerah Cheras.
- Perkhidmatan Saringan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI).
- Saringan Kesihatan Mental untuk pengesanan awal.
- Saringan Kesihatan Wanita khusus untuk ujian Pap Smear / HPV.
- Klinik Berhenti Merokok bagi menyokong gaya hidup sihat.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan program ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada semua unit dan petugas yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di sebalik tabir. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada orang ramai yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kesejahteraan komuniti.