Roha spa & confinement care

Roha spa & confinement care Menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang berasaskan kaedah tradisional.

Kami menawarkan rawatan seperti urut bersalin,bertangas,mandi bunga,penutup pantang dan rawatan bayi,dijalankan oleh terapis bertauliah dan berpengalaman.
002724501-X

Alhamdullilah selesai pakej  7 hari bersama Pn Fatin di KLTerima kasih sudi ambil pakej Pantang bersama Roha Spa & Confi...
17/12/2025

Alhamdullilah selesai pakej 7 hari bersama Pn Fatin di KL

Terima kasih sudi ambil pakej Pantang bersama Roha Spa & Confinement care

‼️RAHIM JATUH DAN URUTAN SENGKAK⁉️Urut tidak boleh secara fizikal menaikkan rahim yang jatuh kerana masalah utama adalah...
10/12/2025

‼️RAHIM JATUH DAN URUTAN SENGKAK⁉️

Urut tidak boleh secara fizikal menaikkan rahim yang jatuh kerana masalah utama adalah kelemahan ligamen dan otot dalaman. Urut hanya boleh memberi keselesaan, mengurangkan ketegangan otot, dan meningkatkan aliran darah di sekitar pelvis, tetapi tidak membetulkan prolaps secara anatomi. Dengan urut tu, simptom boleh dikurangkan, bukan anatomi diubah.

Otot levator ani menyokong rahim secara “mekanikal + tekanan” – seperti buaian atau hammock, yang menahan rahim dan organ pelvis lain daripada jatuh. Kekuatan otot ini menentukan sejauh mana rahim berada di posisi normal dan menahan tekanan dari aktiviti harian.

Jika otot lantai pelvis lemah, urutan “sengkak” berulang kali tidak akan menaikkan rahim. Urut hanya memberi keselesaan, bukan membaiki kedudukan anatomi rahim.

1️⃣ Urutan “sengkak”

☑️ Tujuan: Memberi keselesaan, relaksasi, dan meningkatkan aliran darah di kawasan pelvis.

☑️ Kesan:

➡️ Mengurangkan ketegangan otot lantai pelvis dan otot perut.
➡️ Meningkatkan peredaran darah - bantu penghantaran oksigen dan nutrien ke otot dan tisu pelvis.

❗️Had: Urutan sahaja tidak boleh menaikkan rahim atau membetulkan prolaps kerana rahim ditahan oleh ligamen dalaman, bukan otot permukaan.

2️⃣ Senaman Kegel

☑️ Tujuan: Menguatkan otot levator ani (otot lantai pelvis).

☑️ Kesan:

➡️ Meningkatkan tonus dan ketahanan otot - memberikan sokongan dalaman kepada rahim dan organ pelvis lain.
➡️ Membantu menahan rahim daripada turun ketika tekanan intra-abdomen (batuk, bersin, mengejan).

❗️ Had: Tanpa nutrien yang mencukupi, otot tidak dapat membaiki diri dan membesar dengan efektif walaupun Kegel dilakukan dengan konsisten.

3️⃣ Nutrien yang penting

☑️ Protein: Membina dan membaiki tisu otot.
☑️ Kalsium + Magnesium + Vitamin D: Menyokong kontraksi dan relaksasi otot yang normal.
☑️ Vitamin B + Zat Besi: Menyediakan tenaga dan sokongan saraf untuk fungsi otot.
☑️ Omega-3: Kurangkan keradangan dan bantu pemulihan otot.

➡️ Kesan: Nutrien membolehkan otot yang dilatih dengan Kegel untuk menjadi lebih kuat dan berkesan dalam menyokong rahim.

Secara ringkas 👇🏻

👉 Urut : bantu aliran dan keselesaan.
👉 Kegel : kuatkan sokongan otot dalaman.
👉 Nutrien : bagi otot bahan untuk pulih dan berkembang.

Benda basic perlu tahu 👇🏻

1️⃣ Rahim ditahan oleh otot levator ani dan ligamen pelvis.
2️⃣ Jika otot sudah lemah atau ligamen kendur, rahim cenderung turun (prolaps).
3️⃣ Rahim adalah organ dalaman, tidak boleh “diangkat” melalui tekanan luar.
4️⃣ Tanpa kekuatan otot atau sokongan mekanikal, rahim tetap turun walaupun urut kerap.
5️⃣ Urut hanya merangsang aliran darah dan mengurangkan ketegangan otot, bukan membina otot atau menegangkan ligamen.
6️⃣ Jika otot lantai pelvis sudah terlalu lemah atau ligamen terlalu kendur, walaupun kita buat senaman Kegel setiap hari, otot tidak mampu menahan rahim dengan cukup.
7️⃣ Senaman kegel kerap tidak memberi kesan, kerana tisu sudah kehilangan “tenaga” atau elastisiti yang diperlukan untuk menyokong rahim.

Sebab tu perlu gabungan urut + kegel + nutrien adalah pendekatan paling realistik untuk kesihatan rahim dan lantai pelvis.

07/12/2025

Terima kasih Pn Najihah repeat urut fullbody

18/11/2025

Slot hari ke 5 bersama Pn Fatin di Segambut

Slot hari ke 5 bersama Puan Fatin di Segambut
18/11/2025

Slot hari ke 5 bersama Puan Fatin di Segambut

14/11/2025

betul sangat cadangan ni🫰🏻🥰
ibu dah berhempas pulas menghabiskan tenaga untuk melahirkan tak salah kalau para suami menghadiahkan pakej rawatan berpantang untuk ibu😚

14/11/2025

Pakej pantang hari ke 4 di Putrajaya bersama pn Fatin🤱🏻😊

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60147263909

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Roha spa & confinement care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram