24/06/2022
Seorang Ustaz bertanya:
"Kalau kita hidup zaman Firaun, agak-agak kita ni jadi pengikut Firaun atau pengikut Nabi Musa?"
"Mestilah pengikut Nabi Musa", jawab kami dengan yakin.
"Yakin ke semua?" Tanya Ustaz seolah menguji.
"Memang tak ragu lagi dah Ustaz", jawab seorang daripada kawan saya.
"Bayangkan.. zaman tu yang membangunkan Mesir ialah Firaun. Yang ada kuasa dan tentera, Firaun. Yang boleh melindungi hak kamu, Firaun. Yang boleh sediakan makanan dan minuman yang cukup, Firaun. Yang boleh sediakan hiburan, Firaun. Yang boleh buat tempat shopping, Firaun. Yang bagi duit bantuan pada rakyat, Firaun.
Nabi Musa hanya pengembala kambing sahaja. Senjata pun pakai tongkat je. Agak-agak yakin ke nak ikut Nabi Musa ni?"
Kami mula terdiam. Aduh tepat betul apa yang Ustaz ni cakap.
"Dah lah setakat bela kambing, tiba-tiba ajak kita redah laut tanpa guna apa-apa. Yakin ke nak masuk laut tu sekali?" tanya Ustaz lagi untuk menguji.
Kami terdiam lagi.
"Dan bayangkan, kalaulah Nabi Muhammad itu datang pada zaman kita sekarang. Kita nak ikut ke? Nabi bukan pakar dalam apa-apa bidang. Hanya seorang yang buta huruf tetapi dipilih Allah untuk membawa pesanan daripadaNya. "
Saat tu, hati bagaikan dibom. Perit tapi itulah realitinya sekarang.
Zaman Nabi Musa, Nabi Muhammad tidak banyak bezanya.
Kita lebih pandang pada mereka yang berharta, berkedudukan, dan banyak pengaruh.
Kita sanggup butakan mata untuk menolak kebenaran apabila berhadapan dengan orang yang berpengaruh.
Dahsyat betul analogi Ustaz kali ni ๐
Sumber: Kamel Azwad