Dr Nazelia

Dr Nazelia To educate and update the knowledge for public on the importance of safe aesthetic and beauty procedures. Bosan dgn masalah kulit yg tak pernah settle?

To educate the public on skin diseases and the matter to treat and prevent it Follow page sy untuk ketahui tips penjagaan dan kesihatan kulit

(y) Dr Nazelia Clinic
17/08/2023

(y) Dr Nazelia Clinic

APAKAH ITU FOS (FACIAL OVERFILLED SYNDROME)?Filler memang mampu meremajakan  wajah dengan seperti menghilangkan cekungan...
06/05/2023

APAKAH ITU FOS (FACIAL OVERFILLED SYNDROME)?

Filler memang mampu meremajakan wajah dengan seperti menghilangkan cekungan bawah mata dan memudarkan garis senyum, juga dapat memperindah bahagian wajah Iainnya, seperti p**i, bibir, hidung, dagu sampai rahang yang memang kurang definisinya pada wajah-wajah Asia

Sayangnya walaupun membuat wajah kelihatan lebih cantik, menggunakan filler secara berlebihan akan menimbulkan efek ketagihan yang akan membawa mereka yang ingin memenuhi standard kecantikan tertentu mengatasi keunikan wajah masing-masing.

Bahkan, bila berlebihan menggunakan filler akan membuat wajah mulai kelihatan “penuh” atau aneh, yang dikenal dengan sebutan Facial Overfilled Syndrome (FOS).

Bentuk khas tulang tengkorak Asia yang lebih pendek, Iebar dan rata dibanding orang Caucasian membuat dose penyuntikan filler di wajah Asia berbeza dengan Caucasian atau wajah bukan orang Asia.

Bukan hanya dose yang nyata berbeza bagi permasalahan yang berbeza, penempatan filler pada wajah orang Asia, seperti bawah mata, p**i dan garis senyum, akan saling mempengaruhi satu sama lain, dan saat mereka memberikan ekspresi wajah seperti senyum atau tertawa akan terlihat tampilan p**i “chipmunk”, istilah bagi FOS dengan p**i yang kembung dan menjadikan mata ternampak Iebih kecil, atau “sunset eyes”.

Mereka tidak menyedari perubahan pada wajah mereka kerana FOS biasanya terjadi secara perlahan-Iahan sehingga bertahun-tahun. Fenomena FOS terjadi kerana mereka umumnya memiliki pandangan dua dimensi mengenai wajah mereka sendiri seperti yang dilihatnya dalam cermin atau gambar foto, walhal kenyataannya wajah adalah struktur empat dimensi dengan banyak lapisan.

Dengan pandangan dua dimensi mereka berkunjung dari satu tempat ke tempat lain bagi memenuhi keinginan mereka sendiri, mencari terapis yang mampu menghilangkan garis dan cekungan yang ada dengan filler, tanpa menyedari wajahnya mulai melebar dan p**inya telah meninggi.

Sebenarnya FOS bukan hanya terjadi dip**i ataupun bawah mata, pada wajah Asia FOS kerap terjadi dihidung (avatar nose), dagu (witch chin atau pharaoh’s chin), dahi (flowerhorn forehead) sampai bibir (duck lips atau sausage lips.

My word of advise: BE PATIENT.

Jika merasakan rawatan filler masih belum nampak hasilnya, jangan terburu buru melakukan rawatan yg sama berulang kali dalam masa setahun, result seringkali terlihat seiring dengan waktu. Jangan melakukan filler kerana anda ingin memenuhi standard kecantikan tertentu, tapi jadilah versi dirimu yang lebih baik. Kita semua diciptakan dengan keunikan wajah masing-masing, jangan sampai keunikan itu hilang kerana hilang keyakinan pada diri sendiri.

A little goes a long way ❤️

Semoga lebaran ini lebih bermakna buat kita semua ❤️❤️
22/04/2023

Semoga lebaran ini lebih bermakna buat kita semua ❤️❤️

LEPAS KAHWIN JE MESTI GEMUK ... MANA SILAPNYA?Percaya atau tidak, kebanyakan wanita yang sudah bergelar isteri akan meng...
07/02/2023

LEPAS KAHWIN JE MESTI GEMUK ... MANA SILAPNYA?
Percaya atau tidak, kebanyakan wanita yang sudah bergelar isteri akan mengalami masalah ini. Lelaki pun sama hokey ... especially bila nampak perut semakin “maju” ke depan. 😂 Bila dah mula kena tegur dengan kawan-kawan, adik beradik malah mak ayah, mulalah nak gelabah. Macam macam teknik diet diamalkan. Kadang tu sampai sanggup tak makan nasi dekat dua minggu. Tapi yang stressnya badan tetap begitu. Paling seram makin naik.
Kenapa jadi begitu ya doc?
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti North Carolina, wanita yang sudah berkahwin akan mengalami kenaikan berat badan sebanyak 4-8kg selepas dua tahun pernikahannya. Kebanyakan dari mereka mengaku sudah jarang bersenam sejak berkahwin disebabkan oleh priority yang berubah setelah berkahwin. Atau adakah ia hanya sekadar alasan? Jom baca ni ...
1. Diet yang salah
Biasanya sebelum berkahwin kebanyakan wanita melakukan “strict diet” dan “clean diet”. Namun kebanyakan mereka melupakan diet ini setelah bernikah.
2.Priority berubah dan tiada “me time”
Jika sebelum berkahwin wanita akan fokus kepada penjagaan diri, tapi apabila sudah berkahwin priority wanita akan berubah kepada lebih mengurus hal suami dan anak sehingga lupa untuk menjaga berat badan dan juga kurang bersenam.
3.Kehamilan
Kehamilan mungkin jadi penyebab utama kenapa wanita gemuk setelah berkahwin. Biasanya ketika setelah melahirkan anak lebih sukar untuk menurunkan berat badan. Tentu kerana mengurus anak menjadi lebih penting jika dibandingkan dengan mengurus diri sendiri.
4.Perubahan hormon yg ketara
Terdapat enam hormon yang mempengaruhi berat badan wanita iaitu hormon testosterone, kortisol, insulin, progesterone, thyroid, dan estrogen. Hormon ini sangat berhubung kait dengan kitar haid dan kehamilan. Faktor usia juga mempengaruhi kadar metabolisma badan terutamanya wanita. Ada sesetangah wanita yang melewati usianya, kadar estrogen di dalam badannya semakin tinggi, yang menyebabkan lemak lebih mudah disimpan dengan kehadiran estrogen ini. Selain itu, kadar metabolisma yang rendah berbanding lelaki menyebabkan badan wanita akan cepat gemuk.
Perubahan hormon wanita yang menyediakan dirinya untuk mengandung, menyusukan anak dan perkembangan pembesaran badan wanita memerlukan lebihan lemak di beberapa bahagian tertentu. Disebabkan badan wanita mempunyai lebihan lemak, tenaga banyak disimpan di dalam badan kerana hanya 1 kalori digunakan setiap jam untuk satu sel lemak ini jika dibandingkan dengan kehadiran banyak otot, ia akan menggunakan sebanyak 6 kalori setiap sejam bagi setiap satu sel otot.
5.Pengaruh pasangan
Selepas berkahwin antara perkara yang paling sweet adalah makan sama-sama. Makan bersama tu tak salah malah lebih bagus mengeratkan hubungan keluarga. Masalahnya sebelum suami balik rumah awak dah makan nasi 2 pinggan. Lepas suami balik awak makan lagi 2 pinggan. Haaa .. lagi satu; makan makanan lebihan anak.Ini adalah satu lagi cabaran untuk seorang yang sudah berkeluarga.Sebab kebanyakan makanan anak tak habis so terpaksalah si ibu atau ayah habiskan pemakanan mereka. Betul tak? 😂

Meet our doctors .. 10 years and more to go ❤️============OUR LOCATION:============ALOR SETAR:18B, Wisma Kurnia, Lebuhra...
08/12/2022

Meet our doctors .. 10 years and more to go ❤️
============
OUR LOCATION:
============
ALOR SETAR:
18B, Wisma Kurnia, Lebuhraya Darulaman
05100 Alor Setar, Kedah
Tel: 0163438090
SHAH ALAM:
FG-40, Vista Walk @ Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Presint 4.5, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel: +60 11-2665 9191
TTDI KL:
No 20, Jalan Tun Mohd Fuad, TTDI KL
Tel: 01116205286
MELAWATI KL:
52A, Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati, 53300 KL
Tel: 0102813851

Address

No 20, Jalan Tun Mohd Fuad 2
Kuala Lumpur
60000

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601116205286

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Nazelia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Nazelia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category