22/12/2025
Alhamdulillah, Terima Kasih atas Kepercayaan ✨
Sebelum ini beliau hadir untuk rawatan dirinya, dan hari ini kembali lagi, kali ini membawa isteri tercinta. Kehadiran semula seperti ini adalah satu penghargaan besar buat kami. 🤍
Sebagai tanda tahniah dan penghargaan sempena persiapan menunaikan ibadah umrah, pihak Redo Therapy Centre membelanja rawatan bekam secara PERCUMA untuk beliau.
Doa kami agar Allah SWT menganugerahkan kesihatan yang baik, tubuh yang lebih ringan, dan perjalanan ibadah yang dipermudahkan serta diberkati. Semoga setiap langkah ke Tanah Suci dipenuhi ketenangan dan keberkatan. 🤲