Terapi Bekam Nur Iman

Terapi Bekam Nur Iman Kami menyediakan perkhidmatan Terapi Bekam Sunnah dan Klinikal dari rumah ke rumah. Sila tekan link

Badan anda lemah-lemah?Kerap pening kepala?Sengal-sengal badan?-berikhtiarlah dengan berbekam.Sila buat temujanji,Abu Ub...
20/07/2017

Badan anda lemah-lemah?
Kerap pening kepala?
Sengal-sengal badan?
-berikhtiarlah dengan berbekam.

Sila buat temujanji,
Abu Ubaidah
013-3391636




12/07/2017

Di sini, anda bakal mengetahui kesan bekam terhadap;

A- Kulit
B- Otot
C- Tulang
D- Sistem Pencernaan
E- Darah
F- Sistem Saraf

A. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Kulit

1) Bekam berperanan merangsang folikel rambut dengan meningkatkan
peredaran darah ke kulit sehingga meningkatkan bekalan nutrisi yang baik untuk rambut dan akar rambut.

2) Suhu kulit meningkat dan sebuah kawasan berwarna merah terbentuk. Ini menunjukkan berlakunya peningkatan metabolisme makanan (pembakaran makanan) di kulit dan manfaat yang diperolehi sel-sel kulit dari darah yang sampai kepadanya.

3) Aktiviti kelenjar (gland) peluh dan kelenjar (gland) lemak meningkat, pori-pori kulit membuka setelah dilakukan pembekaman.

4) Peranan bekam tidak terbatas pada pembersihkan darah yang mengendap di kulit (stagnant blood), namun juga membuang bahan-bahan merbahaya yang mengendap di bawah permukaan kulit.

Nota:
Terdapat sebuah kajian yang menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 35 tahun, melihat bulu-bulu halus mulai tumbuh pada bagian dibekam. Ia panjang dan lebat sehingga mencapai 1.5cm. Namun, pencapaian ini berlaku setelah menjalani bekam angin/kering sebanyak 140 kali. Ini menunjukkan bahawa bekam tidak semudahnya dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah gugur rambut untuk mendapatkan rambut yang lebat semula tetapi ia tidak mustahil.

B. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Otot (Muscles)

1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di otot sehingga menghilangkan kekejangan otot (muscle aches).

2) Bekam berperanan menghantar oksigen yang diperlukan oleh tisu di otot (muscle tissues), meningkatkan penyerapan oksigen oleh sel-sel setelah pembekaman, sehingga menguatkan dan memperbaiki fungsi otot.

3) Bekam berperanan mengeluarkan lactic acid dari otot sehingga menghilangkan keletihan dan sumbatan di otot.

C. Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Tulang

1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di dalam sendi sehingga mengurangkan sakit yang disebabkan oleh penyakit reumatik dan lain-lain.

2) Nitrate Oxide (NO) berperanan mengurangkan bengkak dan tertahannya cecair di sendi akibat pembengkakan.

3) Bekam berperanan merangsang synovial membrane untuk mengeluarkan synovial fluid yang berfungsi mengurangkan pergesekan sendi, memudahkan gerak dan akhirnya juga dapat mencegah dari berlakunya kekakuan sendi.

4) Dengan sedutan cup yang kadang-kadang mencapai 10 cm dari kulit, dapat meningkatkan rangsangan terhadap selaput di sekeliling tulang (periostium) untuk membina tulang dan meningkatkan kadar kalsium tulang.

5) Bekam berperanan mengeluarkan bahan-bahan merbahaya yang mengendap

(stagnant) di sendi seperti kristal-kristal uric acid yang disebabkan oleh penyakit gout dan telah menyebabkan kekaukan sendi.

Nota: Namun, jika kristal-kristal sudah menjadi terlalu keras dan degil, agak sukar untuk dikeluarkan melalui bekam. Jadi, sangat di sarankan bagi mereka yang masih dalam peringkat awal untuk cepat-cepat lakukan rawatan bekam darah.

Percayalah bahawa masalah Gout atau Uric acid yang berlebihan dapat di atasi.

D. Kesan Bekam Terhadap Sistem pencernaan

1) Kuatnya sedutan alat bekam mengatur pengeluaran asid perut dan enzim pencernaan yang ada di perut, sehingga meningkatkan kualiti pencernaan dan penyerapan makanan.

2) Bekam berperanan mengatur gerakan usus (intestinal motility) melalui kuatnya sedutan langsung atau melalui stimulasi saraf, terutama saraf vagus (nervus vagus) yang berhubung dengan usus melalui beberapa bahagian di belakang.

3) Bekam juga berperanan merangsang sel hati dan sel pankreas serta memperbaiki fungsinya.

E. Kesan Bekam Terhadap Darah

1) Bekam merangsang peredaran darah di tubuh secara umum melalui bahan Nitrate Oxide yang berperanan meluaskan pumbuluh darah. Profesor Kentaro Takagi, pensyarah di Universiti Nagoya, menegaskan bahawa semua terapi yang merangsang dan mengaktifkan sirkulasi darah di kulit, bermanfaat untuk meningkatkan respon system perjalanan darah di dalam tubuh secara umum.

Kesan sama juga dijadi daripada kuatnya sedutan yang ditimbulkan oleh bekam terhadap bahagian yang diterapi.

2) Bekam berperanan mengurangkan darah dan cecair yang mengakibatkan proses pembengkakan dengan cara mengeluarkan cecair-cecair ini dari celah-celah sel. Begitu p**a zat-zat yang pencetus pembengkakan juga dikeluarkan, misalnya histamine.

3) Bekam juga berperanan:

a) Meningkatkan jumlah sel darah merah.

b) Meningkatkan jumlah sel darah putih.

c) Mengubah darah yang terlalu acidic menjadi proposional

d) Membersihkan darah, sebagaimana dikatakan oleh Dr. Katashi, pensyarah di Universiti Osaka.

F. Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf

1) Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan berkurangnya rasa sakit melalui mekanisme Gate Control Theory iaitu menyibukkan jalur-jalur saraf yang menghantar signal rasa sakit dengan stimulus rasa sakit yang lebih ringan (bekam), sehingga signal rasa sakit tidak sampai ke otak. Bekam tidak hanya mengatasi rasa sakit pada bahagian yang diterapi tetapi kesannya juga mencapai bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan saraf-saraf ini.

2) Bekam berperanan mengatur signal dan meningkatkan kelajuan sampainya signal saraf yang keluar dari sumsum tulang belakang yang berkaitan dengan seluruh organ tubuh sehingga mengatur kerja organ-organ tersebut.

3) Bekam berperanan mengatasi pelbagai masalah sistem saraf simpatik yang timbul kerana kecemasan, takut dan kemurungan. Gangguan masalah-masalah ini yang menyebabkan timbulnya masalah lain seperti sakit kepala kronik (migraine), keletihan dan tekanan darah tinggi. Caranya dengan mengatur signal saraf pada sistem saraf simpatik.

4) Walaupun pesakit merasakan sedikit sakit ketika melakukan terapi bekam, namun banyak pesakit dan kanak-kanak yang tidur ketika sedang menjalani terapi bekam.

Ini boleh dianggap sebagai kesan bekam terhadap sistem saraf, walaupun sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah proses terjadinya kesan tersebut.

UNTUK TEMUJANJI SILA HUBUNGI:
Juru Bekam: Abu Ubaidah
(0133391636)



Juru bekam : Abu UbaidahGejala : Pesakit mengalami masaalah kerap pening yang mengganggu urusan seharian beliau. Rawatan...
11/07/2017

Juru bekam : Abu Ubaidah

Gejala :
Pesakit mengalami masaalah kerap pening yang mengganggu urusan seharian beliau.

Rawatan :
Bekam Kepala (hanya cukur di bahagian yang hendak di bekam)
serta titik-titik penting.

SILA HUBUNGI 0133391636 UNTUK TEMUJANJI



09/02/2017

Kesan Kebaikan Bekam Terhadap Tulang

1) Bekam berperanan merangsang peredaran darah di dalam sendi sehingga mengurangkan sakit yang disebabkan oleh penyakit reumatik dan lain-lain.

2) Nitrate Oxide (NO) berperanan mengurangkan bengkak dan tertahannya cecair di sendi akibat pembengkakan.

3) Bekam berperanan merangsang synovial membrane untuk mengeluarkan synovial fluid yang berfungsi mengurangkan pergesekan sendi, memudahkan gerak dan akhirnya juga dapat mencegah dari berlakunya kekakuan sendi.

4) Dengan sedutan cup yang kadang-kadang mencapai 10 cm dari kulit, dapat meningkatkan rangsangan terhadap selaput di sekeliling tulang (periostium) untuk membina tulang dan meningkatkan kadar kalsium tulang.

5) Bekam berperanan mengeluarkan bahan-bahan merbahaya yang mengendap

(stagnant) di sendi seperti kristal-kristal uric acid yang disebabkan oleh penyakit gout dan telah menyebabkan kekaukan sendi.

Nota: Namun, jika kristal-kristal sudah menjadi terlalu keras dan degil, agak sukar untuk dikeluarkan melalui bekam. Jadi, sangat di sarankan bagi mereka yang masih dalam peringkat awal untuk cepat-cepat lakukan rawatan bekam darah.

Percayalah bahawa masalah Gout atau Uric acid yang berlebihan dapat di atasi. Tengoklah video di bawah ini. Kisah yang dikongsi oleh penderita Gout yang sudah pulih.

Kesan Bekam Terhadap Sistem pencernaan
1) Kuatnya sedutan alat bekam mengatur pengeluaran asid perut dan enzim pencernaan yang ada di perut, sehingga meningkatkan kualiti pencernaan dan penyerapan makanan.

2) Bekam berperanan mengatur gerakan usus (intestinal motility) melalui kuatnya sedutan langsung atau melalui stimulasi saraf, terutama saraf vagus (nervus vagus) yang berhubung dengan usus melalui beberapa bahagian di belakang.

3) Bekam juga berperanan merangsang sel hati dan sel pankreas serta memperbaiki fungsinya.

E. Kesan Bekam Terhadap Darah

1) Bekam merangsang peredaran darah di tubuh secara umum melalui bahan Nitrate Oxide yang berperanan meluaskan pumbuluh darah. Profesor Kentaro Takagi, pensyarah di Universiti Nagoya, menegaskan bahawa semua terapi yang merangsang dan mengaktifkan sirkulasi darah di kulit, bermanfaat untuk meningkatkan respon system perjalanan darah di dalam tubuh secara umum.

Kesan sama juga dijadi daripada kuatnya sedutan yang ditimbulkan oleh bekam terhadap bahagian yang diterapi.

2) Bekam berperanan mengurangkan darah dan cecair yang mengakibatkan proses pembengkakan dengan cara mengeluarkan cecair-cecair ini dari celah-celah sel. Begitu p**a zat-zat yang pencetus pembengkakan juga dikeluarkan, misalnya histamine.

3) Bekam juga berperanan:

a) Meningkatkan jumlah sel darah merah.

b) Meningkatkan jumlah sel darah putih.

c) Mengubah darah yang terlalu acidic menjadi proposional

d) Membersihkan darah, sebagaimana dikatakan oleh Dr. Katashi, pensyarah di Universiti Osaka.

Kesan Bekam Terhadap Sistem Saraf

1) Bekam berperanan merangsang hujung saraf sensori di kulit sehingga menyebabkan berkurangnya rasa sakit melalui mekanisme Gate Control Theory iaitu menyibukkan jalur-jalur saraf yang menghantar signal rasa sakit dengan stimulus rasa sakit yang lebih ringan (bekam), sehingga signal rasa sakit tidak sampai ke otak. Bekam tidak hanya mengatasi rasa sakit pada bahagian yang diterapi tetapi kesannya juga mencapai bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan saraf-saraf ini.

2) Bekam berperanan mengatur signal dan meningkatkan kelajuan sampainya signal saraf yang keluar dari sumsum tulang belakang yang berkaitan dengan seluruh organ tubuh sehingga mengatur kerja organ-organ tersebut.

3) Bekam berperanan mengatasi pelbagai masalah sistem saraf simpatik yang timbul kerana kecemasan, takut dan kemurungan. Gangguan masalah-masalah ini yang menyebabkan timbulnya masalah lain seperti sakit kepala kronik (migraine), keletihan dan tekanan darah tinggi. Caranya dengan mengatur signal saraf pada sistem saraf simpatik.

4) Walaupun pesakit merasakan sedikit sakit ketika melakukan terapi bekam, namun banyak pesakit dan kanak-kanak yang tidur ketika sedang menjalani terapi bekam. Ini boleh dianggap sebagai kesan bekam terhadap sistem saraf, walaupun sampai sekarang belum diketahui bagaimanakah proses terjadinya efek tersebut.

https://goo.gl/7eyQcRAPA ITU BEKAM?Beberapa bulan yang lepas, seorang ahli keluarga saya (sepupu) sering mengadu sakit k...
07/02/2017

https://goo.gl/7eyQcR

APA ITU BEKAM?

Beberapa bulan yang lepas, seorang ahli keluarga saya (sepupu) sering mengadu sakit kepala dan sakit di bahagian muka iaitu di pelipis dan p**i. Sakit yang dirasakan berdenyut-denyut dan kadang kala membuat hidung beliau tersumbat hinggakan mengganggu aktiviti seharian beliau. Selepas pemeriksaan di sebuah klinik, doktor menjelaskan yang beliau mengalami masalah resdung dan mencadangkan rawatan secara pengambilan ubat-ubatan terdiri dari antibiotic, ubat alahan serta pengambilan nasal spray.

Setelah mengambil ubat-ubatan selama 2 bulan akhirnya sepupu saya ingin mencuba kaedah bekam sepertimana yang disarankan oleh seorang pengamal perubatan tradisional. Pada mulanya kami berdua agak skeptical memandangkan pandangan peribadi seorang doktor yang kami kenali tidak begitu menggalakkan prosedur ini dilakukan kerana menurut doktor tersebut belum ada bukti yang jelas penyakit resdung boleh diubati dengan berbekam.

Namun begitu, sepupu saya tetap meneruskan hasrat beliau dan setakat ini, beliau telah melalui 4 kali rawatan dan secara zahirnya memang terdapat perubahan di mana kekerapan sakit kepala semakin berkurangan dan jerawat batu di muka juga semakin tiada. Beliau juga dapat bernafas lebih selesa dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.

Adakah bekam benar-benar membantu di dalam proses penyembuhan ini atau pun ianya hanyalah satu kaedah perubatan tradisional yang mengandungi amalan serta pantang larang yang bertindak mengurangkan kesan penyakit? Mari kita kenali apa itu BEKAM.

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Orang-orang di Eropah p**a dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.

JENIS-JENIS BEKAM

BEKAM KERING

Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.

BEKAM BASAH

Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.

Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.

BEKAM API

Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.

PERBEZAAN BEKAM DAN DERMA DARAH

1) untuk BERBEKAM
2) untuk DERMA DARAH

1) Darah dari kalipari
2) Darah dari arteri

1) Mengeluarkan toksid dan kotoran sahaja
2) Semua kandungan bendalir keluar

1) Tidak keluar semua darah putih
2) Keluar sel darah putih beserta sel darah merah

1) Keluarkan zat besi berlebihan (elak talasemia)
2) Mengeluarkan mineral dan zat besi dari tubuh

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya. Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.

FAEDAH BERBEKAM

-Membantu menghilangkan pening dan migrain.

-Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

-Membantu memecahkan lemak.

-Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

-Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

-Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.

Kesan Sampingan Bekam

Sepertimana kaedah perubatan lain, bekam juga mempunyai kesan sampingan sekiranya tidak dilakukan dengan kaedah yang betul. Antara kesan sampingan yang boleh timbul ialah jangkitan kuman serta penularan penyakit yang disebabkan oleh peralatan yang tidak disteril.

Kepada yang ingin mencuba kaedah rawatan bekam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan tradisional serta doktor anda. Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.

Petikan disediakan oleh:

Norida Barudin
Pen.Peg. Belia dan Sukan S38
PSISNT

"bekam rumah ke rumah" (Gombak)
hubungi :
Cikgu Abu Ubaidah
013-3391636

Google URL Shortener at goo.gl is used by Google products to create short URLs that can be easily shared, tweeted, or emailed to friends.

15/11/2016

๐Ÿ’— Kelebihan Bekam A to Z ๐Ÿ’—
[a] Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam pengubatan
[b] Meningkatkan daya tubuh badan
[c] Mencuci darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang
[d] Mengeluarkan darah bertoksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat
[e] Dapat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur
[f] Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit
[g] Dapat mengatasi sakit kepala,migrain dan sakit gigi
[h] Mengatasi gangguan tekanan darah
[i] Merawat berbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah moden
[j] Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun
[k] Membantu membuang angin dalam bada,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
[l] membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demem
[m] Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi
[n] Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar,kebas-kebas tangan dan kaki
[o] Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah
[p] Membantu menajamkan pengelihatan dengan membetulkan urat saraf yang tersumbat.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan pengelihatan kabur
[q] Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot
[r] Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris
[s] Bermanfaat ketika mengalami gangguan rahim dan terhentinya menstruasi bagi wanita
[t] Bermanfaat ketika terkena sengal,sciatica dan tulang
[u] Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arterios-clerosis penyakit diabetes
[v] Bermanfaat mengatasi pricarditis(radang selaput jantung)dan nephritis (radang ginjal) yang parah
[w] Menghilangkan masalah sukar tidur
[x] Membuang tabiat merokok
[y] Mengatasi masalah lemah tenaga batin
[z] Mencantikkan wajah dan menimbulkan seri(bekam di muka)


Berbekam Lelaki dan Perempuan call) 013-3391636
28/09/2016

Berbekam Lelaki dan Perempuan call) 013-3391636

Jom bekam...๐Ÿ˜Š
05/09/2016

Jom bekam...๐Ÿ˜Š

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-36 : BERBEKAM

SOALAN :

Adakah berbekam itu sunnah atau ia sekadar rawatan biasa yang berkaitan dengan hal keduniaan ?

JAWAPAN :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk โ€œal-Sunnah al-Nabawiyyahโ€, inilah jawapannya :

Di sana terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:

โ€ข Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุญุฌู…ูŽ ุฃุจูˆ ุทูŠุจูŽุฉูŽ ุฑุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู…ูŽ ุŒ ูุฃู…ุฑูŽ ู„ู‡ ุจุตุงุนู ู…ู† ุชู…ุฑู ุŒ ูˆุฃู…ูŽุฑูŽ ุฃู‡ู„ูŽู‡ู ุฃู† ูŠุฎูู‘ููููˆุง ู…ู† ุฎุฑุงุฌูู‡ู
Maksudnya: โ€œAbu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu shaโ€™ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknyaโ€. [Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang pembekam, no.Hadith 1960]

โ€ข Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ุญุฌู… ุงู„ู†ุจูŠู‘ูŽ ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนุจุฏูŒ ู„ุจู†ูŠ ุจูŠุงุถุฉูŽ . ูุฃุนุทุงู‡ู ุงู„ู†ุจูŠู‘ู ุฃุฌุฑูŽู‡ . ูˆูƒู„ู‘ูŽู… ุณูŠุฏูŽู‡ ูุฎูู‘ูŽููŽ ุนู†ู‡ู ู…ู† ุถุฑูŠุจุชูู‡ . ูˆู„ูˆ ูƒุงู† ุณูุญุชู‹ุง ู„ู… ูŠูุนุทูู‡ ุงู„ู†ุจูŠู‘ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู‘ูŽู…
Maksudnya: โ€œNabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnyaโ€. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW tidak memberikannya upah. [Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]

โ€ข Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
ุฅู†ู‘ูŽ ุฃูุถู„ูŽ ู…ุง ุชุฏุงูˆูŠุชูู… ุจูู‡ ุงู„ุญุฌุงู…ุฉูŽ ุฃูˆ ุฅู†ู‘ูŽ ู…ู† ุฃู…ุซู„ู ุฏูˆุงุฆููƒู…ู ุงู„ุญุฌุงู…ุฉูŽ
Maksudnya: โ€œSesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekamโ€ atau โ€œSebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekamโ€. [Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

โ€ข Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:
ุงุญุชุฌู… ุงู„ู†ุจูŠู‘ู ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ู ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŠ ุงู„ุฃุฎุฏุนูŽูŠู’ู†ู ูˆุจูŽูŠู†ูŽ ุงู„ูƒูŽุชูููŽูŠู’ู†ู
Maksudnya: โ€œNabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunyaโ€. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]

โ€ข Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠู‘ูŽ ุตู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู‘ูŽู… ุงุญุชุฌูŽู… ูˆู‡ูˆ ู…ูุญุฑูู…ูŒุŒ ูˆุงุญุชุฌูŽู… ูˆู‡ูˆ ุตุงุฆู…ูŒ
Maksudnya: โ€œ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasaโ€. [Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802]

Ulasan ringkas berkaitan hadith-hadith berbekam
Jumhur ulamaโ€™ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan p**a, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini.

Hukum berbekam

Terdapat sebahagian para ulamaโ€™ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian. Jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi. Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Tarjih

Kami cenderung mengatakan sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Ijaj al-Khatib bahawa berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi. Selain itu, kepada sesiapa yang berhajat padanya maka tidak menjadi masalah dan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Manakala kepada sesiapa yang tidak berhajat kepadanya maka tidak akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ini kerana, di dalam hadith menunjukkan bahawa Nabi SAW melakukannya apabila Baginda SAW perlu dan bukan setiap masa. Walapun begitu, setiap orang mempunyai keselesaan dalam perubatan. Maka dengan itu, setiap orang boleh membuat pilihannya sendiri selagimana ia tidak bertentangan dengan syaraโ€™ dan Islam seperti bertemu bomoh dan perubatan yang berunsur khurafat. Islam sangat meraikan dan menitikberatkan soal keselesaan setiap penganutnya agar agama ini tidak dilihat sulit dan menyusahkan kerana ini bertentangan dengan ciri-ciri agama ini iaitu memudahakan.

Penutup

Semoga Allah SWT membantu kita dan memberi kekuataan kepada kita agar kita dapat melaksanakan sunnah-sunnah yang diajar dan ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Amin.

Wallahuaโ€™lam

Pautan ke laman rasmi PMWP: http://goo.gl/4Drf9K

02/09/2016

Address

Kuala Lumpur
68100

Telephone

+60133391636

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terapi Bekam Nur Iman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Terapi Bekam Nur Iman:

Share