10/11/2025
Pada 1 November 2025 yang lalu, Jabatan Otorinolaringologi -Surgeri Kepala Leher telah menjalankan Program Klinik Bergerak Saringan Kanser Kepala dan Leher KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) di Pusat Kebudayaan Kampung Bertam Ulu. Program ini melibatkan saringan kanser kepala dan leher serta kesihatan telinga, hidung, tekak dan leher. Pemeriksaan meliputi pemeriksaan endoskopi, pemeriksaan telinga, hidung dan tekak, dan pameran poster kesihatan, khidmat nasihat, pendidikan kesihatan dan kesedaran umum tentang penyakit kanser kepala dan leher.
Selain daripada itu, turut terlibat dalam ujian saringan kesihatan pada hari tersebut ialah saringan penyebab kanser termasuk Hepatitis B, C dan Human Papilloma Virus serta vaksinasi dilakukan dengan kolaborasi bersama National Cancer Society Malaysia (NCSM). Khidmat pemeriksaan ultrasound dan endoskopi perut untuk saringan kanser sakit puan serta kanser usus turut dilakukan dengan kolaborasi bersama Academy for Silent Mentor (AFSM).
Pengunjung juga telah mendapatkan saringan penglihatan dan rawatan alternatif akupunktur. Klinik ini turut menyediakan perkhidmatan farmasi bergerak yang memberi ubat-ubatan untuk penyakit selalu jumpa yang dikesan melalui aktiviti saringan kesihatan.