NR SPA & Consultation

NR SPA & Consultation Traditional Malay Spa Treatment for Women Wellness & Wisdom Womb Retreat Therapy. We provide Consultation on Women's Health and Internal Wellness.

We specialized in Traditional Women Wellness, Womb Healer & General Well Being ~ Body Mind Soul. We specialized in traditional women wellness treatment. We provide consultation on women's health and women internal wellness.

Transformasi Kecantikan Dalaman & Luaran - Lawas Segar (Serbuk)🩡 Rahsia turun- temurun Kecantikan kulit yg Licin, Mulus,...
03/11/2025

Transformasi Kecantikan Dalaman & Luaran - Lawas Segar (Serbuk)

🩡 Rahsia turun- temurun Kecantikan kulit yg Licin, Mulus, Segar dan Berseri.

NR Pilih Halia (Zingiber Officinale)Khasiat halia dalam perubatan tradisional Melayu🌿 Membuang angin dalam badan – memba...
30/10/2025

NR Pilih Halia (Zingiber Officinale)

Khasiat halia dalam perubatan tradisional Melayu

🌿 Membuang angin dalam badan – membantu mengurangkan kembung, sendawa, dan rasa tidak selesa di perut.

🌿 Melancarkan peredaran darah – menghangatkan tubuh dan meningkatkan tenaga, terutama bagi wanita selepas bersalin.

🌿 Melegakan sakit otot dan sendi – sifat panas halia membantu mengurangkan lenguh, sengal, dan keletihan badan.

🌿 Meningkatkan sistem penghadaman – merangsang pengeluaran enzim pencernaan dan mengurangkan rasa mual.

🌿 Merawat batuk dan selesema – air rebusan halia diminum untuk mencairkan kahak dan melegakan tekak.

🌿 Meningkatkan daya tahan badan – bersifat antioksidan dan antibakteria semula jadi untuk mencegah penyakit.

Halia ialah salah satu bahan yang banyak digunakan dalam produk NR πŸ’š

Kombo Rapi Herbal Phytox + Phyto Fabales
29/10/2025

Kombo Rapi

Herbal Phytox + Phyto Fabales

NR Pilih Kunyit (Curcuma Longa)Khasiat kunyit dalam perubatan tradisional Melayu 🌿 Membersihkan darah – melancarkan pere...
28/10/2025

NR Pilih Kunyit (Curcuma Longa)

Khasiat kunyit dalam perubatan tradisional Melayu

🌿 Membersihkan darah – melancarkan peredaran darah dan menyingkirkan darah kotor.

🌿 Merawat luka dan bengkak – bersifat antiseptik dan anti-radang, mempercepatkan penyembuhan.

🌿 Menjaga kesihatan rahim – mengecutkan rahim, mengurangkan keputihan dan bau badan.

🌿 Melancarkan pencernaan – melegakan angin, kembung perut dan rasa mual.

🌿 Menyeri dan menghaluskan kulit – digunakan dalam lulur atau masker untuk mencerahkan dan merawat jerawat.

Produk NR yang mempunyai kandungan kunyit yang tinggi ialah Herbal Phytox πŸ’›

Apa itu Ramuan Bersalin ?Sudah menjadi amalan turun-temurun dalam kalangan ibu-ibu Melayu selepas melahirkan anak untuk ...
26/10/2025

Apa itu Ramuan Bersalin ?

Sudah menjadi amalan turun-temurun dalam kalangan ibu-ibu Melayu selepas melahirkan anak untuk meminum ramuan ubat periuk sebagai sebahagian daripada penjagaan diri dalam tempoh berpantang. Ramuan ini dipercayai membantu mengeluarkan angin, lendir, dan darah kotor yang masih tertinggal di dalam badan selepas proses bersalin. Selain berfungsi membersihkan dalaman tubuh, amalan ini juga bertujuan menyegarkan kembali tubuh yang lemah, memulihkan tenaga yang hilang, serta mempercepatkan proses penyembuhan rahim agar dapat kembali berfungsi dengan baik.

Ubat periuk turut memainkan peranan penting dalam membantu melancarkan sistem perkumuhan dan pencernaan. Kandungan herba di dalamnya berupaya menyingkirkan sisa toksik serta membantu proses pembuangan lemak berlebihan yang terkumpul di dalam badan sepanjang kehamilan. Dengan pengambilan yang berterusan, ramuan ini bukan sahaja membantu menstabilkan kesihatan dalaman, malah memberi kesan positif terhadap bentuk tubuh dan keseimbangan hormon.

Secara tidak langsung, ia membantu wanita berasa lebih ringan, bertenaga, dan selesa sepanjang tempoh berpantang.
Kebiasaannya, bidan Melayu dahulu meramu serai, halia, cekur, dan daun senna sebagai bahan utama ubat periuk yang diamalkan setiap hari sepanjang berpantang.

Pada era moden ini, NR telah menghasilkan formulasi ramuan bersalin yang diperkaya dengan herba rempah-ratus tradisional Melayu dijadikan kaspul, dikenali sebagai Phyto Natal.

Pembersih Dalaman - Lawas Kencang (Serbuk)🧑 Secara tradisional membantu sistem pencernaan, membantu melegakan sembelit, ...
25/10/2025

Pembersih Dalaman - Lawas Kencang (Serbuk)

🧑 Secara tradisional membantu sistem pencernaan, membantu melegakan sembelit, flatulensi, dan membantu melegakan sakit kepala dan mual.

🧑 Juga bertindak untuk membantu melambatkan proses penuaan, menyahtoksik, dan membantu menggalakkan kulit yang bersih, licin dan halus.

Amalan Ulam-ulaman semasa pantang bersalin.Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, anta...
24/10/2025

Amalan Ulam-ulaman semasa pantang bersalin.

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum, serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, serta bersifat antioksidan.

Ulaman berkhasiat untuk diamalkan ketika berpantang.

Selain yang tercatat di atas, terdapat pelbagai ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu semasa dalam pantang bersalin, antaranya :

β€’ Daun pegaga
β€’ Pucuk mengkudu (mengkudu besar & kecil)
β€’ Ulam raja
β€’ Daun lemuni hitam atau daun lemuni
β€’ Daun kaduk
β€’ Daun sekentut
β€’ Daun cemumar
β€’ Daun pudina
β€’ Daun kari
β€’ Daun bebuas
β€’ Daun ruku

Keselesaan Semulajadi - Lawas Angin (Serbuk)πŸ’š Digunakan secara tradisional untuk merangsang saluran gastrousus, membantu...
23/10/2025

Keselesaan Semulajadi - Lawas Angin (Serbuk)

πŸ’š Digunakan secara tradisional untuk merangsang saluran gastrousus, membantu penghadaman dan memudahkan pelepasan gas.

πŸ’š Lawas Angin membantu mengurangkan kembung perut, dan menggalakkan pergerakan usus yang teratur dan membantu melancarkan pembuangan air kecil.

Khasiat Air Selusuh untuk ibu hendak bersalin.Mengikut petua Melayu, dir atau MINYAK SELUSUH merupakan satu daripada ikh...
22/10/2025

Khasiat Air Selusuh untuk ibu hendak bersalin.

Mengikut petua Melayu, dir atau MINYAK SELUSUH merupakan satu daripada ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin. Terdapat pelbagai jenis air selusuh yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional.

Petua yang mudah dipraktikkan sebagai air selusuh adalah dengan menelan titisan air dari hujung rambut yang dilurut turun ke dahi pada setiap kali mandi. Petua lain bagi memudahkan kelahiran adalah dengan merebus bulu pokok mengkarung yang dihiris tipis sebesar duit syiling 20 sen sebanyak 15 - 20 keping. Air rebusan itu dijadikan air selusuh.

Selain itu, air selusuh dibuat daripada air hujan pada petang atau malam Jumaat yang dibaca Yasin 7 kali, bismillah 7 kali, dan dimulai dengan sebahagian doa Ayat Bismillah 6. Sebagai ganti air hujan itu, air zamzam juga boleh dibuat air selusuh. Air selusuh juga dibuat daripada air yang dibacakan surah Yasin secara beramai-ramai dalam majlis tahlil. Mengikut ilmu Melayu, disediakan air dari mata air, iaitu yang keluar dari tanah atau celahan batu, ataupun memadai air masak biasa.

Herbanika Barut NR Pes barut tradisional asli digunakan ketika dalam pantang bersalin. Di sapu sebelum memakai bengkung ...
21/10/2025

Herbanika Barut NR

Pes barut tradisional asli digunakan ketika dalam pantang bersalin. Di sapu sebelum memakai bengkung atau tali barut. Boleh dipadankan dengan Minyak Herbanika. Herbanika Barut diperbuat daripada ramuan herba terpilih seperti cekur, beras, halba, biji pala dan serai. Ramuan tradisional asil semestinya lebih efektif dan mempercepatkan proses pemulihan ibu dalam pantang bersalin.

Kenapa perlu berbengkung ? Mengikut ilmu perbidanan Melayu, kegunaan bengkung atau barut pada hari yang berikutnya selep...
20/10/2025

Kenapa perlu berbengkung ?

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, kegunaan bengkung atau barut pada hari yang berikutnya selepas bersalin, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu, dapat memudahkan keluaran angin panas dan kotor, iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Cara yang betul dan teratur memakainya dimulai dengan ikatan dibawah paras payudara hingga melebihi paras pinggul. Pemakaian sedemikian dititikberatkan bagi mengembalikan bentuk badan yang sempurna. Sekiranya ibu hanya dibarut dari paras pinggang ke bahagian TUNDUN, iaitu barut pendek, bahagian pinggul, paha serta belakang bahu berhampiran ketiak akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan.

Apa yang akan terjadi ialah hanya pinggang yang mengecil, manakala bahagian badan atas dan bawah kelihatan besar. Barut yang pendek juga akan menjejaskan kedudukan rahim kerana pergerakan ibu bangun dan duduk akan membuatkan barut itu menekan rahim ke bawah, seterusnya menyebabkan posisi rahim menjadi rendah.

Barut NR (Krim)Tok Mama pesan β€œJangan berbengkung kosong! Mesti ada sapuan Minyak Herbanika atau Pes Barut atau Krim Bar...
19/10/2025

Barut NR (Krim)

Tok Mama pesan β€œJangan berbengkung kosong! Mesti ada sapuan Minyak Herbanika atau Pes Barut atau Krim Barut barulah ada Efek buang angin, lancar darah nifas, lancar buang air besar, air kecil dan cepat kecut kempis perut tandanya Rahim pun mengecut elok kerana nifas keluar teratur sambil Bengkung sedapkan tegakkan posisi belakang Ibu” - Jaga Postur maksud Tok Mama πŸ’š

Address

Pusat Kesihatan Dan Kecantikan NR 12A Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Drive Ismail
Kuala Lumpur
60000

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 16:00

Telephone

+60377100137

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NR SPA & Consultation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to NR SPA & Consultation:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category