17/10/2022
Di Malaysia ni, hampir setiap hari kita makan nasi. Pagi makan nasi, tengah hari makan nasi, malam makan lagi nasi. Jika ada nasi tak habis, disimpan dan dipanaskan semula pada esok harinya.
Ia amalan biasa dalam mana-mana isi rumah, namun tahukah anda, lebihan nasi ini tetap berisiko menyebabkan keracunan makanan walaupun telah dipanaskan semula?
Memanaskan makanan sehingga suhu dan tempoh tertentu akan membunuh bakteria dan parasit. Namun suhu tinggi tidak memusnahkan sesetengah spora bakteria dan toksinnya.
Beras lazimnya mengandungi spora bakteria Bacillus cereus. Spora ni tidak musnah apabila kita masak beras menjadi nasi. Jika nasi dibiar lama disuhu bilik, spora tadi membiak dan menghasilkan toksin.
Toksin ini tidak akan musnah jika dipanaskan. Maka jika nasi tercemar dengan toksin ini dimakan, ia akan menyebabkan gejala sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.
Bagi mengelakkan situasi ini, lebihan nasi haruslah disimpan dengan tatacara berikut:
β Segera disimpan di dalam peti ais/sejuk
β Disimpan dalam kehangatan 60Β°C ke atas
Digalakkan juga memasak nasi dengan porsi yang sekadar cukup untuk hidangan yang akan dimakan pada hari yang sama, agar tiada lebihan nasi yang perlu disimpan.
Perlu tahu juga, bukan hanya toksin Basillus cereus pada nasi sahaja yang tidak musnah dengan suhu tinggi, toksin dari bakteria lain juga begitu. Jadi berhati-hatilah.
Semoga bermanfaat!
Jangan lupa follow kami untuk lebih info dan update.
page :
https://www.facebook.com/SuperbigPharmacyKgBharu/
Facebook :
https://www.facebook.com/SuperbigKampongBharu/
Whatsapp :
https://wa.link/tfx3ji
Tiktok :
https://vt.tiktok.com/ZSdUwRU5u/
Instagram :
https://www.instagram.com/superbigpharmacykampongbharu/
Telegram :
https://t.me/sbpharmacykampongbharu