31/08/2025
*Ugreat International Perbaharui Lesen Akta Jualan Langsung Sehingga 2029*
Alhamdulillah, Ugreat International telah berjaya memperbaharui lesen Akta Jualan Langsung (AJL) selama 5 tahun sehingga tahun 2029.
Majlis penyerahan lesen telah berlangsung di Pejabat KPDN, Putrajaya pada 10 Mac 2025, dalam keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini.
Pihak KPDN turut mengucapkan tahniah kepada Ugreat International sebagai syarikat Bumiputera yang menerima renewal lesen selama 5 tahun.
Dalam pesanan mereka, KPDN menegaskan kepentingan untuk terus mengekalkan kecemerlangan syarikat, mematuhi segala peraturan, serta menjaga kepentingan pengguna dan ahli.
Semoga kejayaan ini membawa Ugreat International ke tahap yang lebih tinggi!
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Ugreat International di atas sokongan , kepercayaan , kesetiaan yang tidak berbelah bahagi . Kejayaan ini bukan milik syarikat sahaja , tetapi juga milik anda semua yang telah bersama sama membangun dan memperkukuh Ugreat hingga ke tahap ini .
Bersama sama kita melangkah lebih jauh , dan mencapai lebih banyak kejayaan dan membawa Ugreat ke peringkat lebih tinggi .
Ugreat , Discover the Greatness Within You .