23/08/2014
Sejarah Daun Belalai Gajah
Daun Belalai gajah (DBG) atau nama saintifik nya ialah clinacanthus nutans adalah merupakan herba tradisional yang telah digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit,gigitan serangga dan haiwan berbisa yang beracun.Ianya dikatakan berasal dari negara Thailand dan hanya tumbuh dikawasan iklim tropikal.Ramai pengguna yang mengidap penyakit kronik seperti kanser, jantung dan masalah buah pinggang telah sembuh setelah minum teh daun belalai gajah. Semakin ramai pengguna telah mendapat banyak manfaat daripada DBG yang telah membantu untuk mengurangkan kesakitan dan penderitaan penyakit kronik.
Daun Belalai Gajah dapat membantu:
• Mengurangkan penderitaan daripada pelbagai jenis kanser. Contohnya kanser payudara, kanser usus, hidung dan lain-lain
• Mengurangkan asid urik, kolesterol dan kencing manis
• Mengurangkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah dan meningkatkan contractility jantung
• Memperbaiki masalah kulit contohnya ekzema, kayap dan psoriasis
• Memperbaiki ketidakselesaan dialisis dan penyakit buah pinggang
• Menyahtoksik, menyembuhkan lebam, bengkak dan penyahlembapan
Nilai Daun Belalai Gajah
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Sayuran Guangdong, Akademi Sains Pertanian dan Kolej Hortikultur di University Pertanian South China , DBG mempunyai nilai pemakanan yang berikut:
• Mempunyai kandungan yang tinggi flavonoid yang terkenal dengan keupayaan antioksidannya dalam menghalang dan mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular
• Mengandungi banyak mineral penting iaitu vitamin serta lebih daripada 45 % protein mentah dan 17 asid amino yang menyediakan nilai perubatan yang bermanfaat
• Kaya kandungan vitamin C, protein, serat dan mineral yang mempunyai kesan pada memerangkap radikal bebas serta pencegahan kanser
• Mengandungi fosforus yang tinggi, kalsium dan magnesium
Fakta Stevia
= Dijumpai pada kurun ke 19.
= Berasal dari Amerika Selatan.
= Juga dikenali sebagai Sweetleaf, Sugarleaf @ Sweet Herb.
= Tumbuhan herba berbatang lembut
= Kandungan utama steviosid yang tidak bertoksid.
= Pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori.
= Tidak memberi kesan terhadap kesuburan.
Khasiat Stevia
=Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
=Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia.
=Melawaskan pembuangan air kencing.
=Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan.
=Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda.
=Membantu sistem penghadaman makanan.
=Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
=Berupaya mengawal berat badan (Obesiti).
=Mengurangkan masalah keradangan.