Halim Corp

Halim Corp Kepakaran kami membantu Anda ADA HARTA, BEBAS HUTANG HATI TENANG Kami Pakar Mengurus Risko Kewangan Individu, Keluarga dan Syarikat

12/01/2026
Alah. Bisul je ni. Nanti hilang la. Tapi makin lama, puting makin tenggelam.😰Tengah mandi, tangan terlanggar sesuatu kat...
10/01/2026

Alah. Bisul je ni. Nanti hilang la. Tapi makin lama, puting makin tenggelam.😰

Tengah mandi, tangan terlanggar sesuatu kat dada.
Rasa macam ada biji guli keras di sebalik puting.
Tak sakit pun.
Dalam hati terdetik: "Eh, apa benda ni?"
Tapi cepat-cepat nafikan.
"Ah, ni mesti bisul. Atau otot tegang sebab main gym semalam. Mana ada orang jantan kena kanser breast. Tu penyakit orang perempuan."

Sebulan berlalu. Biji tu makin besar.
Dua bulan berlalu. Kulit dada mula nampak berkerut macam kulit limau.

Masuk bulan ketiga, Puting mula tertarik ke dalam (tenggelam) dan keluar cecair berdarah.

Masa ni, barulah menggelabah nak jumpa doktor.

Bila scan, doktor cakap: "Maaf encik, ni Kanser Payudara Tahap 4. Dah merebak ke paru-paru."

B semua, skrip di atas ni BUKAN REKAAN.
Ini kisah benar yang selalu berlaku di wad onkologi.

Masalah lelaki bukan pada kanser tu sangat, tapi pada EGO & LAMBAT BERTINDAK.

Sebab kita ingat kita kebal. Kita ingat tisu payudara kita "mati".

JANGAN TUNGGU SAKIT BARU NAK CEK!
Kanser payudara lelaki selalunya TAK SAKIT pada peringkat awal.

Sila raba dada anda sekarang (terutamanya kawasan puting & ketiak).

🚩 TANDA BAHAYA (RED FLAG):
1. Benjolan Keras: Rasa macam batu, tak boleh digerakkan.

2. Puting "Malu": Tiba-tiba termasuk ke dalam (inverted ni**le).

3. Discharge: Baju nampak tompok darah atau nanah di bahagian dada.

4. Bengkak Ketiak: Kelenjar limfa dah bengkak (tanda dah merebak)..
.

Buang rasa malu tu.

Doktor takkan gelakkan anda.
Pergi klinik, cakap je: "Doktor, saya rasa ada ketulan kat dada."

Tindakan pantas anda hari ni mungkin selamatkan anda dari jadi statistik kematian tahun depan.

Tag suami atau ayah korang. Paksa dorang baca ni. Jangan biar dorang "buat derk" kalau ada benjolan.

Kredit PHM

Apa Kaitan Daging & Usus?Bukan nak takutkan, tapi ini apa yang sains beritahu bila kita ambil daging merah & proses seca...
08/01/2026

Apa Kaitan Daging & Usus?
Bukan nak takutkan, tapi ini apa yang sains beritahu bila kita ambil daging merah & proses secara berlebihan:

1. Bahaya 'Hangus'
Bila daging (protein) dibakar pada suhu tinggi sampai garing atau hitam, ia menghasilkan bahan kimia Heterocyclic Amines (HCA) dan Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PAH). Bahan ini boleh merosakkan DNA dinding usus.

2. Daging Proses (Karsinogen Kelas 1):
Sosej, daging burger, pepperoni. WHO mengklasifikasikan ini sebagai penyebab kanser yang pasti (sama kelas dengan asap rokok). Kandungan nitrat/nitrit di dalamnya merosakkan sel usus.

3. Daging Merah (Red Meat):
Diklasifikasikan sebagai Kumpulan 2A (Mungkin menyebabkan kanser). Makan boleh, tapi kalau hari-hari bedal steak tanpa sayur, risiko meningkat mendadak. Daging tiada serat. Bila makan daging banyak tanpa sayur, masa transit najis jadi lama. Toksin 'duduk' lama dalam usus, meningkatkan risiko radang dan Jika dilihat trend anak muda kini, hujung minggu je, mesti penuh IG Story dengan kawan-kawan pergi "Food Hunting".

Kejap Korean BBQ, kejap Wagyu bakar atas arang, kejap Mookata. Paling best? Unlimited Refill. Selagi tak muntah, selagi tu tak berhenti.
"Alah, muda lagi. Metabolisme tinggi," katanya.

Pesanan Untuk Anak Muda, kanser usus pada peringkat awal memang "SENYAP". Ia tak tunggu sakit perut guling-guling baru dia nak muncul.

Usus kita, tanggungjawab kita.

Address

Level 13 Akademi Etiqa Jalan Melaka
Kuala Lumpur
50100

Opening Hours

Monday 09:00 - 20:00
Tuesday 09:00 - 20:00
Wednesday 09:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 09:00 - 20:00
Saturday 09:00 - 15:00

Telephone

+60133466695

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halim Corp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Halim Corp:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram