Klinik Maamor Kg Cheras Baru

Klinik Maamor Kg Cheras Baru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Maamor Kg Cheras Baru, Family medicine practice, 58F, Jalan 38, Kg Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Tahniah kepada para pelajar SPM 2021. Semoga titik permulaan ini menjadi pintu kepada perjalanan baru dan hala tuju yang...
19/06/2022

Tahniah kepada para pelajar SPM 2021. Semoga titik permulaan ini menjadi pintu kepada perjalanan baru dan hala tuju yang lebih baik dan cemerlang.
Anda adalah penentu masa depan negara

Pengambilan folic acid sebulan SEBELUM mengandung dan juga semasa mengandung juga boleh merendahkan risiko melahirkan an...
03/12/2021

Pengambilan folic acid sebulan SEBELUM mengandung dan juga semasa mengandung juga boleh merendahkan risiko melahirkan anak Autism

Sedih.. Sehingga sekarang masih ramai ibu-ibu dan bakal ibu tidak mengetahui kepentingan mengambil suplemen asid folic.

Tahukah anda, supplemen ini bertujuan untuk mengelak bayi anda mendapat kecacatan pada tiub saraf atau NTD. Dan proses kecacatan ini bermula seawal 1 bulan kehamilan.

NTD adalah seperti
- Encephalocele
- Spina bifida
- Anencephaly

Kecacatan seperti anencephaly di mana tempurung kepala tidak berkembang dan tertutup. Ini mendedahkan otak bayi dan seterusnya menyebabkan ia tidak terlindung daripada air ketuban dan hakisan. Tisu otak yang lembut ini akan hancur dan hilang. Bayi yang akan dilahirkan ini adalah bayi tanpa otak.😭 Disebabkan bayi memerlukan otak untuk bernafas selepas bersalin, bayi anencephaly ini tidak mampu dan terus meninggal.

Bagaimana ia boleh dikesan?

Penyakit ini boleh dikesan seawal penghujung trimester pertama atau awal trimester kedua dengan menggunakan ultrasound.

Semua ini boleh dicegah dengan mengambil folic acid. Anda perlu mengambil asid folic seperti berikut:
✅ 1 bulan sebelum mengandung.
✅ Sepanjang trimester pertama dan seterusnya

Pada bakal-bakal ibu atau yang merancang untuk mendapatkan anak bolehlah mulakan ye.

P/s
Asid Folic bukan untuk
❌ Mudah hamil
❌ Pil kesuburan

Khasiat lain Asid Folic adalah
✅ Membantu pembentukan sel baru
✅ Membantu perkembangan sel darah merah dan mencegah anemia yang disebabkan kekurangan folate
✅ Mengurangkan risiko cleft palate, penyakit jantung kongenital, dan kelahiran pramatang

Adalah sangat digalakkan jika ada ibu bapa yang ingin memberi vaksin influenza pada anak2 yang akan bersekolah pada tahu...
22/11/2021

Adalah sangat digalakkan jika ada ibu bapa yang ingin memberi vaksin influenza pada anak2 yang akan bersekolah pada tahun hadapan. Lebih2 lagi di musim hujan dan cuaca juga sedikit sejuk di negara kita pada masa ini.
Sebarang pertanyaan mengenai vaksin influenza boleh hubungi pihak klinik melalui messenger chat.

Influenza Vaksin

Boleh mula di ambil seawal umur 6 bulan dan di galakkan pada pesakit yang mempunyai imun sistem yang rendah, pesakit asthma, kencing manis dan juga rakyat Malaysia yang kerap melancong ke luar negara atau atas tujuan bekerja.

Vaksin ini mengambil masa sekurang- kurangnya 2 minggu untuk menunjukkan kesan selepas dicucuk dan perlu diambil setahun sekali. Vaksin ini selamat untuk diambil jika pesakit sedang selsema tetapi jika anda demam, sebaiknya tangguh dahulu.

Prevention is better than cure

Mari amalkan doa ini semasa menerima suntikan Vaksin Covid 19 dos penggalak. Semoga Allah lindungi kita semua daripada a...
22/11/2021

Mari amalkan doa ini semasa menerima suntikan Vaksin Covid 19 dos penggalak.

Semoga Allah lindungi kita semua daripada apa2 kesakitan dan penderitaan.

Ada beberapa teknik para doktor atau jururawat memberikan suntikan pada pesakit. Ini adalah kerana sesetengah ubat atau ...
21/11/2021

Ada beberapa teknik para doktor atau jururawat memberikan suntikan pada pesakit. Ini adalah kerana sesetengah ubat atau vaksin yang akan diberikan berlainan cara suntikannya.

Ramai rakyat Malaysia sudah menerima vaksin Covid 19 tempoh hari dan cara suntikan yang diberikan adalah secara intramuscular.
Gambar di bawah menerangkan secara terperinci teknik suntikan dan perbezaannya

Pastikan makanan, minuman dan juga peralatan makanan bersih sebelum makan dan minum. Pilih gerai makan yang bersih juga ...
15/11/2021

Pastikan makanan, minuman dan juga peralatan makanan bersih sebelum makan dan minum. Pilih gerai makan yang bersih juga sangat penting selain makanan yang sedap!

Hati2 semua. Jangan lupa amalkan pemakaian face mask jika keluar rumah

Vaksin Influenza atau flu vaccine disarankan untuk di ambil setahun sekali. Boleh diberi kepada anak2 yang berumur 6 bul...
28/02/2021

Vaksin Influenza atau flu vaccine disarankan untuk di ambil setahun sekali. Boleh diberi kepada anak2 yang berumur 6 bulan ke atas dan orang dewasa.

Ada ibu bapa yang membawa anak2 ke klinik untuk diberi suntikan supaya dapat melindungi mereka dari jangkitan Influenza A and B. Ada juga pesakit dewasa yang menghidapi chronic Allergy Rhinitis berkata simptom alahan atau selsema mereka bertambah baik selepas mendapat suntikan flu vaccine ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Klinik untuk temujanji dengan doktor.

Happy Holidays to all Malaysians.Stay safeBe safe
12/02/2021

Happy Holidays to all Malaysians.
Stay safe
Be safe

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai khatan kanak2 atau dewasa, sila inbox adminTerima kasih
14/12/2020

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai khatan kanak2 atau dewasa, sila inbox admin

Terima kasih

Boleh direct ke inbox untuk sebarang pertanyaan
24/11/2020

Boleh direct ke inbox untuk sebarang pertanyaan

Untuk rider Grabfood, Foodpanda, Bungkusit dan lain- lain

Hati - hati di jalan raya
Khas kepada abg2 rider
Jangan lupa vaksin typhoid ya
Datang klinik pakat mai tanya


Klinik tutup atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dan akan dibuka semula minggu depan. Sebarang pertanyaan boleh direc...
07/10/2020

Klinik tutup atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dan akan dibuka semula minggu depan.
Sebarang pertanyaan boleh direct message ke inbox. Maaf atas kesulitan

Bercuti di pantai bersama keluargaSuasananya tenang aman rasaSelamat menyambut Hari MalaysiaSayangi Malaysia negara terc...
16/09/2020

Bercuti di pantai bersama keluarga
Suasananya tenang aman rasa
Selamat menyambut Hari Malaysia
Sayangi Malaysia negara tercinta

Selamat Hari Malaysia buat semua.
Klinik tutup hari ini dan dibuka semula esok seperti biasa


Address

58F, Jalan 38, Kg Cheras Baru
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 20:00 - 22:00
Tuesday 20:00 - 22:00
Wednesday 20:00 - 22:00
Thursday 20:00 - 22:00
Friday 20:00 - 22:00

Telephone

+60342800279

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Maamor Kg Cheras Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Maamor Kg Cheras Baru:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram