Tanya Dietitian

Tanya Dietitian An Alternative Way For You To Find Information On Diet And Nutrition

https://geefiwellness.com/ Malaysians registered dietitians, health advocate

Ask away

PENYESALAN TAK BERKESUDAHAN 😥Ada sorang abang ni umur awal 40-an.Kebetulan abang tu ada pasang fistula. Jadi terkeluar l...
03/07/2024

PENYESALAN TAK BERKESUDAHAN 😥

Ada sorang abang ni umur awal 40-an.Kebetulan abang tu ada pasang fistula. Jadi terkeluar la cerita pasal sakit buah pinggang dah tahap kena dialisis, diabetes teruk dari gemuk sampai keding badan. Dulu kerja tukang rumah, sekarang dah tak bekerja. Hanya harapkan duit bantuan RM450 sebulan & gaji isteri bekerja kampung RM30 sehari.

Riak wajah memang kesian & dia sendiri menyesal sangat² tak jaga kesihatan. Mulut dia tak berhenti duk pesan minta jaga anak² jangan bagi makan benda merapu, cekedis, air gas, manggi. Sebenarnya dia sendiri terkejut, bila pergi jumpa Dr tu buah pinggang dah tahap teruk. Tak sempat ikhtiar buat apa dah nak kena standby cuci.

Sekarang rutin mingguan 3x seminggu wajib kena dialisis. Yang paling sadis, dia bagitau kat pusat dialisis dah ramai anak² muda pun kena dialisis dah 😭😭. Tu yang dia pesan sungguh-sungguh. Sebab menyesal sangat dah sekarang.

Masa dia muda dulu makan ikut sedap mulut je. Apa orang kata tak kisah dah, janji tertunai selera, semua bedal. Sekarang menyesal tak nampak jalan dengan isteri masih muda 30-an, anak 2 orang kecil masih bersekolah.

Bayangkan perasan hati seorang lelaki bila tanggungjawab sebagai suami & ayah tak dapat nak buat betul-betul. Boleh tertekan dan rasa diri tak berguna 🥹

p.s: kalian minta sangat pantau apa yang anak² makan kat sekolah, apa yang dia beli. Kat luar pagar sekolah, dah macam² penjual. Depa kadang kenyang makan benda merapu. Dan tolong sangat cakna buat SARINGAN pemeriksaan darah bila dah cecah masuk 30-an.




[ INSULIN RESISTANCE ]
23/11/2023

[ INSULIN RESISTANCE ]

Gula tinggi (diabetes) adalah simptom. Penyakitnya ialah Insulin Resistance.

Bila kita mula memahami keadaan ni.
Fokus kita mula beralih kepada rawat penyakit (insulin resistance) bukan lagi hilangkan penyakit (gula tinggi)

Bila fokus rendahkan gula darah, memadai dengan telan metformin, herba atau cucuk insulin. Tapi masalah belum selesai dan dibaiki ke akar umbi.

Terlebih insulin menyebabkan 🔜 obesiti

Terlebih insulin terlalu lama menyebabkan insulin resistant 🔜 Irreversible diabetes

Terlebih insulin menyebabkan salt and water retention 🔜 sembab dan hypertension

Terlebih insulin (anabolic hormones) menyebabkan lebih activity tumbesaran 🔜 possible cancer

Punca terlebih insulin ialah lebih carbs dan gula

ACTION PLAN:
•Go low carbs dan berpuasa
•Elak semua karbohidrat ringkas
•Fokus kepada karbohidrat kompleks & makanan padat nutrisi
•Elak makanan radang
•Memahami bagaimana fungsi badan bekerja

Klik link untuk dibantu:
geefiwellness.com

Sila ikuti Group Telegram IFHD kami untuk tips-tips kesihatan dan diet pemakanan di: https://t.me/ifhd_official




Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanya Dietitian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share