10/01/2019
[UPDATE] Lelaki Dipenjara Kerana Melakukan KEKERASAN Kepada Doktor Wanita
Pada ahad yang lepas, seorang lelaki berusia 40 tahun membawa anak lelaki mereka yang berusia lima tahun ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan .
Lelaki tersebut merasa tidak berpuas hati dengan proses pengambilan darah itu bertindak memarahi dan mengugut untuk menampar jururawat berkenaan.
Semasa kejadian, mangsa yang juga merupakan seorang doktor di hospital itu terdengar bunyi bising dari Bilik 1, Zon Hijau Jabatan Kecemasan.
Doktor wanita itu kemudian memasuki bilik itu dan cuba untuk menenangkan lelaki tersebut, namun malangnya, tertuduh semakin marah dan beliau p**a diugut akan ditampar sebelum lelaki itu diarahkan keluar dari bilik berkenaan.
Lelaki tersebut kemudian bertindak MENAMPAR lengan doktor itu hingga mengakibatkan kesan merah dan kesakitan di lengan kirinya.
Tindakan lelaki yang bekerja sebagai kontraktor tersebut membawa padah apabila dia dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, hari ini.
Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Shafudin Sulong, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan KECEDERAAN terhadap doktor berusia 32 tahun di Bilik 1, Zon Hijau Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Ampang, jam 3.20 pagi pada 6 Januari lalu.
Pendakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Terdahulu, Shafudin yang tidak diwakili peguam itu memohon mahkamah memberikan hukuman denda atas alasan dia hanya menolak lengan mangsa sahaja.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh SERIUS.
HENTIKAN KEKERASAN TERHADAP ANGGOTA KESIHATAN
Sumber
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/410218/dijel-kerana-tampar-lengan-doktor