Dr Aida Alhabshi

Dr Aida Alhabshi Child friendly paediatrician. Practice holistic & family-centred care approach. Passionate. Firm.

Medical consultation and treatment for in and out patient services

You ban one game. Other games will come in. Not to say we shouldn’t ban Roblox. But, how do we regulate, how can we cont...
30/10/2025

You ban one game. Other games will come in. Not to say we shouldn’t ban Roblox. But, how do we regulate, how can we control the kids as well?

Di sebalik warna-warni dunia maya dan watak comel yang menghiasi permainan Roblox, semakin ramai ibu bapa kini menjerit minta tolong. Apa yang kelihatan seperti hiburan tidak berbahaya rupanya mula mengubah emosi dan tingkah laku anak-anak — daripada ceria menjadi cepat marah, memberontak, dan sukar dikawal. Fenomena ini bukan lagi sekadar kisah di media sosial, tetapi kini dikaitkan dengan kes tragis yang benar-benar berlaku, mencetuskan kebimbangan sama ada teknologi sedang mendidik atau merosakkan generasi muda kita.

Lebih membimbangkan, masyarakat kini berdepan krisis kawalan digital dalam rumah sendiri. Kanak-kanak menghabiskan berjam-jam di hadapan skrin, sanggup menangis atau mengamuk apabila diminta berhenti bermain. Ibu bapa p**a semakin buntu — adakah wajar kerajaan menyekat Roblox sepenuhnya, atau tanggungjawab sebenar terletak pada keluarga yang gagal menegakkan disiplin digital? Soalan ini kini menjadi perdebatan hangat di seluruh negara.

Selanjutnya di ruangan komen...

See u 31st October 2025
27/10/2025

See u 31st October 2025

25/10/2025
Public announcement. Pihak kementerian melaksanakan tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat berasas. Dia ada kapasiti u...
22/10/2025

Public announcement.

Pihak kementerian melaksanakan tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat berasas. Dia ada kapasiti untuk memantau dan memastikan data yang betul.
Kami di hospital memang sedang menghadapi kenaikan kadar pesakit2 dan rata2 memang ramai influenza positive. Dan sebahagian kami juga bertempur dengan kes2 komplikasi influenza seperti viral induced myocarditis dan meningoencephalitis yang sangat2 mengancam nyawa.
Kami sebagai doktor perubatan menjalankan tugas dalam kapasiti kami berdasarkan ilmu dan pengalaman yg terhad - kami juga manusia. Kebergantungan kepadaNya adalah yang paling utama.
Dalam apa2 hal / urusan ;
1. Tetapkan niat dan memohon kepadaNya
2. Membuat keputusan berpandukan ilmu yang betul dan berbincang dengan yang ahli
3. Berusaha
4. Tawakkal.
5. Redha dengan qada qadarNya

Alangkah indah kalau kita duduk dirumah dan tidak cakna dengan luaran. Selamat semua. Namun demikian kehidupan seharian memerlukan kita keluar dan bergaul dengan orang diluar rumah.

Dalam isu influenza.
1. Kebanyakkan sembuh tanpa ubat
2. Kebanyakkan tak amik vaccine tak kena
3. Kebanyakkan amik vaksin tak kena
4. Segelintir tak amik vaksin kena sakit
5. Segelintir amik vaksin pun kena sakit
6. Mereka yang berisiko adalah anak2 kecil (esp bawah 2 tahun) , orang tua, mereka yang ada chronic illness

Yang bagi sakit -Dia.
Yang menyembuhkan - Dia

Tak perlu gaduh2. Pilihla jalan usaha anda sendiri nak ikut dr atau tabib sendiri. Then redha.

Kita pun dah cukup sibuk.

Sekolah mencatatkan bilangan tertinggi dengan 352 kluster atau 65.8 peratus, diikuti tadika, institusi pengajian dan rumah persendirian.

22/10/2025
22/10/2025
22/10/2025

Parut kecil tetapi pelindungan besar!

Vaksin BCG mungkin meninggalkan jejak di lengan, tapi manfaatnya jauh lebih besar melindungi dari tuberkulosis.

17/10/2025

Sepatutnya yang dewasa perlu memperbetulkan karakter mereka menjadi seorang yang bermoral tinggi, mempunyai budi pekerti yang mulia, hormat menghormati etc. Terutamanya apabila bersiaran di media utama ditonton oleh segenap masyarakat.
Anak2 mencontohi kita.
Stop - do what I say, don’t do what I do.

Krisis sekolah sekarang pada dasarnya krisis yang diketengahkan pasal ianya berlaku di sekolah. Bukan arahan oleh sekola...
15/10/2025

Krisis sekolah sekarang pada dasarnya krisis yang diketengahkan pasal ianya berlaku di sekolah. Bukan arahan oleh sekolah. Tidak diajar oleh sekolah.

Sememangnya kita perlu meningkatkan tahap keselamatan di sekolah. Tetapi meningkatkan tahap keselamatan tidak sama dengan mengatasi atau mengelakkan kejadian- kejadian kriminal sebegini.

Saya menyeru kepada semua ibu bapa. Kita memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan anak-anak kita menjadi seorang yang berakhlak mulia.

Pendedahan kepada keganasan / pornografi / tingkah laku buruk perlu dihentikan! Akses tanpa pengawasan kepada semua maksiat ini terlalu luas. Minda muda ini tidak dapat memproses informasi sedemikian secara bertanggungjawab jika mereka tidak mempunyai nilai etika / sosial / moral yang mantap! Nilai2 yang perlu diterap dari kecil dan bermula di rumah.

Sekolah hanya boleh membantu dalam kapasiti terhad. Kembalikan sistem peperiksaan yang setara dengan umur mereka bukan membebankan. Give them purpose in school.

Jangan terikut ikut aturan barat. Kita ada nilai2 kita sendiri. Jangan tipu anak2 kita dengan kata2 manis tapi tak ke mana.

Kerjasama semua pihak termasuk kementerian / tenaga pengajar / ibu bapa serta komuniti setempat sangat2 penting bagi membentuk sahsiah yang baik dikalangan anak2 kita.

Sebagai masyarakat kita perlu membendung perkara ini SEKARANG!

Last but not least - movie producers please la kurangkan filem2 hero gangster. Not cool.

Address

KPJ Sentosa KL, 36, Jalan Chemur, Kompleks Damai
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 15:00

Telephone

+60340437166

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Aida Alhabshi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Aida Alhabshi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category