15/04/2019
KHASIAT BIJI ANGGUR YG RAMAI ORG BUANG
Ramai orang yang makan anggur tapi buang bijinya kan? Ramai juga yang s**a anggur yang takde biji.. :)
Lepas baca ni pasti ramai yang makan anggur dengan biji-bijinya sekali nanti.
=====
Antioksida Biji Anggur 50 kali lebih kuat dari Vitamin E
=====
Pernah tak anda kupas buah epal dan biarkan seharian? Jika pernah, anda akan dapati hirisan buah epal tu akan berubah menjadi warna perang sebaik sahaj permukaan epal yang terpotong tu terdedah kepada oksigen dalam udara di persekitaran.
Ini merupakan tindak balas kimia yang dipanggil "pengoksidaan".
Pengoksidaan membentuk Radikal Bebas. Radikal bebas yang terbentuk semasa pengoksidaan boleh menjadi satu rantaian tindakbalas kimia yang memudaratkan.
Proses yang 'pengoksidaan' yang sama ini juga berlaku pada badan kita setiap hari.
Radikal bebas terhasil daripada proses metabolik yang normal dalam tubuh kita dan juga daripada sumber luar seperti asap rokok, asap kereta, pencemaran udara dan bahan-bahan kimia dalam kosmetik dan persekitaran.
======
Tekanan Pengoksidaan dan Penyakit Kronik
======
Free-radical-induced oxidative stress (Pengoksidaan daripada Radikal Bebas) boleh menyebabkan proses penuaan menjadi lebih cepat dan proses penuaan ini merupakan penyebab utama kebanyakan penyakit kronik seperti aterosklerosis (penyempitan salur darah), penyakit saraf dan juga kanser.
Jadi dengan pengambilan "ANTIOKSIDA" sebenarnya kita mengisi semula paras antioksidan dalam badan kita untuk mengembalikan keupayaan badan kita mengawal kerosakan dan penuaan akibat radikal bebas.
======
Kandungan Anti-Oksida Biji Anggur
======
Kajian mendapati Biji Anggur mengandungi bahan dipanggil "Oligomeric Proanthocyanidins" (OPCs). OPCs ini di dalam biji anggur bukan buah anggur. OPCs mempunyai sifat antioksida yang sangat tinggi dan boleh meneutralkan Radikal Bebas dalam kedua-dua medium dalam badan kita iaitu bahagian badan yang larut air dan bahagian larut lemak.
Kajian yang dijalankan oleh Dr Baghchi et al daripada Fakulti Farmasi Universiti Creighton, California mendapati ekstrak biji anggur yang dipanggil Protanthocyanidin (OCPs) ini mempunyai sifat antioksida yang lebih tinggi daripada Vitamin C, Vitamin E dan Beta-Karotin. OCPs ini juga didapati bertindak ke atas sel kanser pada payudara, paru-paru dan perut disamping menggalakkan pertumbuhan sel-sel normal.
Ada beberapa kajian lagi yang membuktikan kehebatan dan keberkesanan bahan Proanthocyanidin yang diekstrak dari biji anggur.
=====
6 Khasiat Utama Biji Anggur
=====
Ekstrak Biji Anggur ini sangat baik untuk mereka yang mahu mengatasi masalah:
#1. Masalah Penuaan Kulit seperti , Hitam dan kulit tak bermaya.
#2. Masalah kedutan ataupun kulit muka yang nampak lebih tua daria usia sebenar disebabkan oleh penguraian pada kulit (collagen breakdown)
#3. Masalah kulit dan bahagian padan cepat (easy bruising)
#4. Masalah cepat letih, badan dan kaki terasa berat.
#5. Luka yang lambat sembuh.
#6. Masalah yang disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik.
=====
Bolehkah Makan Biji Anggur ni untuk dapatkan khasiatnya?
=====
Jika kita makan biji anggur ataupun makan buah anggur dengan biji-bijinya, belum tentu kita dapat khasiatnya. Ini kerana sistem penghadaman kita tidak dapat mencernakan biji anggur ataupun mengekstrak keluar bahan OCPs ini daripada biji anggur.
Jadi biji anggur perlu diproses untuk mendapatkan ekstrak bahan antioksida ini iaitu Proanthocyanidins.
=====
Supplemen Ekstrak Biji Anggur
=====
Daripada produk-produk supplemen mengandungi ekstrak biji anggur yang ada di pasaran, produk Ekstrak Biji Anggur yang saya rekomenkan adalah produk kerana supplemen ini dihasilkan melalui kajian saintifik dan mengandungi Proanthocyanidins dan Trans-resveratrol polyphenol yang tinggi. 1 tablet biograpeseed ini mengandungi khasiat antioksidan bersamaan dengan 351 cawan wine merah. 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih kuat daripada Vitamin C.
=====
Bagaimana nak dapatkan Supplemen Ekstrak Biji Anggur ni?
=====
Sebelum beli dan pilih supplemen Ekstrak Biji Anggur yang terbaik. Pastikan produk yang anda pilih mempunyai no pendaftaran KKM yang bermula dengan MAL seperti MAL19987961T dan juga Sticker Hologram Meditag. Nombor dan sticker ini menandakan produk telah diuji mengandungi kandungan seperti di label dan disahkan oleh KKM.
Elakkan tertipu dengan produk-produk makanan yang didakwa mengandungi ekstrak biji anggur. Produk seperti tidak mempunyai no pendaftaran KKM dan sticker sebaliknya hanya mempunyai surat pengkelasan sebagai makanan sahaja.