
30/06/2025
Usia 40 bukan sekadar nombor.
Ia datang bersama tanggungjawab, keletihan yang jarang disuarakan, dan tubuh yang tidak lagi sekuat dulu.
Dulu boleh berjaga malam, makan sesuka hati.
Kini segelas teh tarik pun kadang buat jantung berdebar.
Perut mula buncit, sendi mula terasa.
Tapi kita terus bertahan, sebab hidup mesti diteruskan.
Jika hari ini terasa susah untuk tinggalkan ayam goreng, minuman manis atau makanan segera
Tak mengapa. Mulakan perlahan. Kurangkan sedikit demi sedikit.
Bukan kerana kita tak boleh makan langsungโฆ
Tapi kerana tubuh kita sekarang perlukan lebih kasih sayang.
Peluk diri sendiri hari ini.
Terima kasih kerana masih kuat.