Azlin-Himax5

Azlin-Himax5 Alkaline Juice - HIMAX5

Kepakaran saya adalah membantu anda hidup LEBIH SIHAT dan BEBAS PENYAKIT melalui pengambilan Air Alkali HIMAX5 - ia berasaskan AIR ZAM2 yang PERTAMA di DUNIA. Ianya sangat2 efektif dengan pengambilan SUPPLEMENT, UBATAN, DIET dan SENAMAN HARIAN...dengan izinNya kita berikhtiar dengan PRODUK TERBAIK!

19/04/2025

Assalamualaikum wrt wbt

PERKONGSIAN MUTIARA HADIS

*Hakikat Celupan di Syurga Dan Neraka (Lupa Apa Yang Dirasa di Dunia)*

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah bersabda:
Seseorang yang paling senang hidupnya di dunia daripada ahli neraka dibawa pada hari Kiamat lalu dicelup ke dalam neraka. Kemudian dikatakan kepadanya:
Wahai anak Adam. Adakah engkau pernah melihat sebarang kesenangan? Adakah kenikmatan pernah muncul dalam hidup engkau?
Orang itu menjawab: Tidak, demi Allah, wahai tuhanku.

Dibawakan p**a seseorang yang paling susah hidupnya di dunia daripada ahli syurga, lalu dicelup ke dalam syurga. Lalu ditanya kepada beliau:
Wahai anak Adam. Adakah engkau pernah melihat sebarang kesusahan? Adakah kesusahan pernah muncul dalam hidup engkau?
Dia menjawab: Tidak, demi Allah, wahai tuhan ku. Tidak pernah kesusahan muncul dalam hidup ku dan tidak pernah aku melihat sebarang kesusahan.
[Sahih Muslim, Kitab Sifat al-Qiyamah wa al-Jannah wa an-Nar, no: 2807].

*۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*

23/09/2024

Gigit Sunnah Rasulullah SAW Dengan Gigi Geraham

حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي الْمُطَاعِ قَالَ سَمِعْتُ الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ يَقُولُ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَظْتَنَا مَوْعِظَةَ مُوَدِّعٍ فَاعْهَدْ إِلَيْنَا بِعَهْدٍ فَقَالَ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al M***a' ia berkata; aku mendengar 'Irbadh bin Sariyah berkata; "Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu dikatakan; "Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat." Baginda bersabda: "Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulaf ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat." (HR Ibnu Majah No: 42) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Rasulullah SAW meninggalkan wasiat untuk kita laksanakan:

1. Hendaklah kita bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat kepada pemimpin yang benar dan hak, meskipun kepada seorang hamba Habasyi.

2. Sepeninggalan Rasulullah SAW, akan berlaku banyak perselisihan yang dahsyat. Sebagai orang beriman, kita mesti berpegang teguh dan bersungguh-sungguh sunnah Rasulullah SAW dan sunnah para khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk (menggigit dengan gigi geraham). Mengigit dengan gigi geraham lebih kuat dan mantap berbanding mengigit dengan gigi kacip yang boleh terlepas.

3. Berpegang teguh dengan sunnah yang dimaksudkan ialah teguh dan berterusan mengikuti dan mencontohi semua jalan hidup, pemikiran, amalan dan tunjuk ajar Rasulullah SAW dalam segenap lapangan hidup. Juga mengikuti jalan hidup khulafa ar-Rashidin.

Jadilah seperti Saidina Abu Bakar Ash Shiddiq RA yang menyatakan:

لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ إِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيْغَ

“Tidaklah aku biarkan satupun yang Rasulullah SAW amalkan kecuali aku mengamalkannya kerana aku takut jika meninggalkannya sedikit saja, aku akan menyimpang.” (Atsar R. Abu Daud No. 2970)

4. Jangan terlibat dengan perkara bid’ah yang dikeji. Bid’ah yang dikeji mengikut Ibnu Hajar al-Asqalani adalah menambah atau mengurangkan dalam hal agama yang tiada dalil syarak dan ia adalah amalan yang dikeji oleh syarak.

Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamalkan dan mencontohi sunnah baginda dan khulafa ar-Rashidin.

11/05/2023

Larangan Berburuk Sangka

Bersangka buruk kepada orang lain adalah akhlak yang tercela dan dilarang dalam agama. Nabi SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسوُلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ

“Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Jauhi prasangka buruk, sesungguhnya prasangka buruk itu adalah ucapan yang paling dusta.’ (HR Bukhari No 6066).

Allah SWT berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا الَّذينَ ءآمَنُوا اجتَنِبوا كَثيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعضَ الظَّنِّ إِثمٌ ۖ وَلا تَجَسَّسوا وَلا يَغتَب بَّعضُكُم بَعضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُم أَن يَأكُلَ لَحمَ أَخيهِ مَيتًا فَكَرِهتُموهُ ۚ وَاتَّقُوا اللهَ ۚ إِنَّ اللهَ تَوّابٌ رَّحيمٌ

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu s**a memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat ayat 12)

Namun ada prasangka buruk yang dibolehkan. Syaikh As Sa’di menjelaskan surat al-Hujurat ayat 12 di atas: “Allah SWT melarang sebahagian besar prasangka terhadap sesama Mukmin, kerana ‘sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa’. Iaitu prasangka yang tidak dengan fakta dan bukti”. Jika prasangka didasari bukti atau fakta, maka tidak termasuk ‘sebahagian prasangka‘ yang dilarang.

Ambillah ibrah daripada kisah Luqman al-Hakim bersama anak dan keldai. Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman memasuki pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala anaknya mengikut dengan berjalan dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sebahagian orang pun berkata, "Lihat orang tua yang tidak bertimbang rasa itu, dia naik keldai sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari keldainya itu lalu menyuruh anaknya p**a yang menunggangi keldai tersebut. Melihat yang demikian, maka sebahagian orang di pasar itu berkata p**a, "Lihat si anak, sedap menaiki keldai, sedangkan orang tuanya berjalan kaki, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai bersama-sama dengan anaknya. Kemudian apabila dilihat oleh orang ramai, ada yang berkata, "Lihat dua beranak itu, sanggup menaiki seekor keldai berdua, mereka telah menyeksa keldai itu."

Oleh kerana tidak s**a mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari keldai, sambil berjalan dengan memegang tali keldai. Kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang tu sanggup berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki."

Dalam perjalanan p**ang, Luqman telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Ada sahaja orang yang tidak bersetuju terhadap orang lain. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, "Wahai anakku, carilah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara iaitu: Pertama, tipis keyakinannya tentang agama.
Kedua, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdaya).
Ketiga, hilang kemuliaan hati (keperibadiannya).
Lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang yang s**a merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Jauhilah daripada berprasangka buruk kepada saudara kita yang lain.

Cnp

Address

Kuala Lumpur
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azlin-Himax5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Azlin-Himax5:

Share

Category