Nota Urut

Nota Urut Diari mengurut orang

Semalam urut makcik.. Makcik kata yang selalu sakit, tapak kaki sampai ke lutut.Tapi yang kita ingat, masa tengah urut s...
02/09/2024

Semalam urut makcik.. Makcik kata yang selalu sakit, tapak kaki sampai ke lutut.

Tapi yang kita ingat, masa tengah urut semalam, ni antara tempat yg Makcik paling sakit..
1. Celah jari keliling - jari manis (kaki kanan & kiri)
2. Tepi tapak kaki belah luar (kaki kanan & kiri)
3. Atas tapak kaki (kaki kanan)
4. Jari telunjuk (kaki kanan)
5. Tapak kaki bahagian bawah ibu jari (sesamoid, kiri & kanan)
6. Tapak kaki bahagian tengah (kaki kanan)
7. Betis kiri & kanan
8. Belakang & tepi lutut (kiri & kanan)
9. Atas lulut kiri (area peha)
10. Peha
11. Punggung
12. Pinggang & kiri kanan pinggang
13. Area sacrum/erector spinae muscle (otot kat area tulang tengah2 bawah pinggang)

Cara:
Urut tempat sakit tu (ikut alur otot) perlahan2 & berulang2 kali. Pastu try tekan kuat sikit. Bila orang tu sakit/perit, kita tekap tempat sakit tu 2,3 saat & gosok/usap perlahan. Pastu, cuba lagi sekali, urut kuat sikit. Ulang2 sampai tuan punya badan dah kurang sakit kat area kita urut tu..

๐Ÿ“Œ Tak semua tukang urut akan urut berulang2kali kat tempat yang sama.. Selalunya tukang urut akan nasihatkan utk ulang hari lain.. So lambat sikit nampak hasilnya..
๐Ÿ“Œ Atau boleh try urut sendiri2..

27/08/2024

Sakit badan memang rasa siksa..muka nampak pucat, tak bermaya, tak ceria.

Hari Sabtu lepas, adik balik KL. Balik sebab nak jenguk mak bapak, alang2 nak urut sekali..

Dia kata lepas bersalin tahun lepas, badan hari2 rasa hancur.. Rasa daging tu mcm benyek. Sakit sentiasa. Sejak anak dah umur setahun lebih ni baru lah lega, sbb anak dah pandai jalan, dah kurang nak berdukung..

Cuma sbb dah lama tak berurut belikat sakit sgt2, sampai bawak ke bahu & pinggang.. Peha pulak selalu kebas lagi2 bersila menyusu anak..

So, hari Sabtu kita urut dia 3 jam. 3 jam tu cuma urut belikat, bahu & leher je tau. Sbb situ teruk (tegang, berketul) & sakit sangat kat situ..

Hari Ahad bagi dia berehat, hari Isnin urut lagi sekali, siang urut 1 jam setengah (kaki kiri shj), malam urut 4 jam (kaki, punggung, badan, kepala & muka).

Boleh kata satu badan dia semua teruk..otot keras, tegang, bengkak & urat berbiji2 & berketul..

Sakit tapak kaki belah atas.Mlm td urut cik Ogy. 3,4 minggu lepas tumit bengkak. Skrg dah baik, tp sakit belah atas/depa...
24/08/2024

Sakit tapak kaki belah atas.

Mlm td urut cik Ogy. 3,4 minggu lepas tumit bengkak. Skrg dah baik, tp sakit belah atas/depan tapak kaki pulak. Sakit kat area sebelum jari telunjuk, hantu & jari manis (bahagian metatarsal). 3 jari tu sentiasa terjungkit ke atas.

Cara urut:
Urut ikut urat2 yg ada antara celah2 jari kaki, urut naik sampai ke atas. Urut sambil cari point yg sakit.

Kes cik Ogy:
Urut celah ibu jari-jari manis, TAK SAKIT
Urut celah jari manis-jari hantu, SAKIT
Urut celah jari hantu-jari manis, SAKIT SANGAT *
Urut celah jari hantu-jari kelingking, SAKIT

Urut *, urut naik sampai ke atas pergelangan kaki, SAKIT SANGAT2.
Urut *, urut ke buku lali pun SAKIT SANGAT2.

So TRIGGER POINT dia, kat atas pergelangan kaki & kawasan buku lali.
Area ni ada ligamen (tisu berserat yg memegang/mengikat tulang) yg menyambung tulang kaki dan tulang betis. Urut ikut alur ligamen/urat tu berulang2.

Alhamdulillah urut dlm 5 minit ++, sakit dah berkurang. & 3 jari tu dah tak terjungkit ke atas lagi. Bila tekan2 kat kawasan metatarsal & jari2 pun cik Ogy dah tak jerit sakit.

**punca sakit, cik Ogy jalan bertengkak2 sbb bulan lepas sakit tumit. Even tumit dah baik, cik Ogy still jln bertengkak sbb dah terbiasa. Tulang metatarsal tu sentiasa menjunam & tanggung beban badan. Ligament yg pegang tulang kaki tu pun auto jd sakit sbb ligamen tu berfungsi utk pegang & bantu pergerakkan tapak kaki.

Urut Kak Siti. Kak Siti kata slalunya tukang urut takde urut tapak kaki sedetail macam ni. Kita mmg urut setiap inci tap...
19/08/2024

Urut Kak Siti. Kak Siti kata slalunya tukang urut takde urut tapak kaki sedetail macam ni. Kita mmg urut setiap inci tapak kaki tu & agak lama. Sebab, tapak kaki ni ada banyak sgt point2 yg berkait dgn seluruh badan kita.

Cubalah urut tapak kaki sendiri atau keluarga, InsyaAllah tak banyak sikit mesti ada rasa lega...darah berjalan, rasa selesa, & buatkan tidur jd lena..

Tulis je 1jam 30minit, tapi selalunya urut mesti 2jam ++..kita urut tenang2 & fokus satu bahagian sampai settle baru pro...
19/08/2024

Tulis je 1jam 30minit, tapi selalunya urut mesti 2jam ++..kita urut tenang2 & fokus satu bahagian sampai settle baru proceed bahagian lain. Melainkan kalau saya/customer ada urusan lain, baru lah kita urut laju2 sikit.

Kita cuma urut waktu siang sahaja, kawasan Sentul & yang berdekatan.

SAKIT RUAS IBU JARI.Beberapa minggu lepas, lepas urut org, ibu jari kanan dlm bulatan merah (gambar 1) tu sakit sangat. ...
15/07/2024

SAKIT RUAS IBU JARI.

Beberapa minggu lepas, lepas urut org, ibu jari kanan dlm bulatan merah (gambar 1) tu sakit sangat. Bukan sakit/lenguh yg biasa. Sakit dia rasa kat tulang. Sampai terfikir tulang ni retak ke.

Mula2 kita urut ibu jari tu, guna minyak, tekan sepanjang ibu jari lama-lama, tapi tak baik juga. Kemudian kita turun, urut pulak tapak tangan, celah ibu jari & telunjuk, pergelangan tangan & lengan. Nak cari urat punca ibu jari tu jadi sakit.. Tapi still tak jumpa & sakit tak berkurang.

Last2, barulah terfikir nak urut betul2 kat tengah2 ruas ibu jari tu guna tulang ruas (knuckle) jari-jari lain. Urut tepat kat sepanjang ruas ibu jari. (gambar 2). Memang kena betul2 tepat kat tempat sakit & pedih. Baru lah rasa sakit tu hilang sikit demi sikit. Ulang beberapa kali je. Lepas urut ยฑ10 minit, Alhamdulillah terus baik..

NOTA URUT CIK ANI.Dah urut 2 kali.______________________________URUT BULAN LEPAS (Jun 2024) :๐Ÿ“Œ Cik Ani dah setahun lebih...
09/07/2024

NOTA URUT CIK ANI.

Dah urut 2 kali.

______________________________

URUT BULAN LEPAS (Jun 2024) :

๐Ÿ“Œ Cik Ani dah setahun lebih buat rawatan moden seminggu sekali, kdg seminggu dua kali. Tapi masih sakit kaki, & tangan selalu kebas2 & tak boleh angkat tinggi.
๐Ÿ“Œ Cik Ani request urut tangan kiri instead of urut perut.

1. Urut bahagian punggung - SAKIT SANGAT2, banyak urat simpul, otot terlalu tegang. Punca utama kaki tu tak baik2.
2. Urut tangan kiri - pernah inject 3kali sbb tak boleh angkat langsung. Physio letak hot pack kat bahu. Sepatutnya kena letak kat lengan. Kat situ urat berketul2 & berbiji2. Urut kat sini lama giler.

_______________________________

URUT BULAN NI (8 Julai 2024) :

๐Ÿ“Œ Cik Ani tak request urut tangan kiri sbb dah tak sakit mcm sebelum ni.
๐Ÿ“Œ Kaki dah tak berat mcm sebelum ni.
๐Ÿ“Œ Bahagian punggung pun dah jauh beza, tekan kuat pun tak sakit/jerit.
๐Ÿ“Œ Tapi betis kiri keras, lutut tak kuat.

1. Bertungku - kaki kiri cepat sejuk, baru berapa saat tungku (panas) tiba2 kaki tu sejuk balik. Maksudnya urat kaki kiri sejuk sangat. Maybe ada salah makan. So kaki bertambah sakit/tegang/keras.
2. Urut punggung - dah tak sakit mcm masa 1st time.
3. Urut tangan kiri - dah tak sakit mcm masa 1st time.
4. Urut belakang lutut - belah kiri bengkak
5. Urut betis kiri - keras & sakit
6. Buat exercise physio - tegang sangat celah kelengkang, belakang kaki, betis, atas daun kaki. (Kiri lagi teruk dari kanan). Pinggang (lower back) sangat ketat.
7. Urut belakang badan - kat area rusuk belah kiri ada sakit sikit, tp urut sekejap je dah okay.

_______________________________

๐Ÿ“Œ Cik Ani kata kali ni tak sakit macam bulan lepas.

Kurang sakit sbb yang pertama, bulan lepas dah kaw2 3jam urut betulkan urat, yang kedua, kali ni bertungku dulu sebelum urut.

_________________________________

Alhamdulillahi rabbil alamiiinnn..๐Ÿฅฐ

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nota Urut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Medical & Health in Kuala Lumpur

Show All