19/06/2025
Usaha itu…
bukan tentang siapa yang paling gagah berdiri,
bukan juga tentang siapa yang mampu berlari paling laju di tengah ujian.
Ia tentang siapa yang tetap melangkah,
biarpun langkahnya terhenti-henti biarpun dadanya sesak menahan duka yang tidak pernah dia cerita.
Kerana hakikatnya yang paling kuat bukanlah mereka yang tak pernah jatuh tetapi mereka yang tetap memilih untuk bangun,
walau seluruh dunia seolah-olah meminta mereka menyerah.
Usaha adalah keberanian untuk melangkah walau hati retak, kecekalan untuk terus percaya walau cahaya belum kelihatan dan keikhlasan untuk mencuba sekali lagi, bukan demi dunia,
tetapi demi diri sendiri yang tahu bahawa menyerah itu bukan pilihan.
Cc:Veronica Chendang