Rumah Sahabat

Rumah Sahabat Rumah Sahabat merupakan satu Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) yang berdaftar di bawah AADK

Alhamdulillah , semoga segala urusan dan kerjasama dipermudahkan .
24/04/2026

Alhamdulillah , semoga segala urusan dan kerjasama dipermudahkan .

Alhamdulillah , telah berlangsungnya Majlis Perasmian Projek Inovasi Islamic Counseling Horticulture ( I-CHor ) di bawah...
15/04/2026

Alhamdulillah , telah berlangsungnya Majlis Perasmian Projek Inovasi Islamic Counseling Horticulture ( I-CHor ) di bawah geran Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial .

Majlis ini dirasmikan oleh Tan Sri Dato'Hashim bin Meon merangkap Ketua Ahli Lembaga Panasihat Rumah Sahabat . Turut hadir En Muhammad Afiq Ketua Pegawai AADK Hulu Langat ,Dr Engku Mardhiah bersama rakan-rakan dari UPM , terima kasih diucapkan atas sokongan berterusan daripada semua .

Semoga projek inovasi I-CHor ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada residen-residen di Rumah Sahabat .

Alhamdulillah , kump**an nasyid fazz rumah sahabat dijemput membuat persembahan nasyid sempena majlis rumah terbuka hari...
10/04/2026

Alhamdulillah , kump**an nasyid fazz rumah sahabat dijemput membuat persembahan nasyid sempena majlis rumah terbuka hari raya kump**an sunway๐Ÿ‘๐Ÿปโœ…

Alhamdulillah , selesai sudah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Sahabat bagi tahun 2026 . Terima kasih diucapkan kep...
10/04/2026

Alhamdulillah , selesai sudah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Sahabat bagi tahun 2026 . Terima kasih diucapkan kepada tetamu-tetamu yang sudi hadir memeriahkan rumah terbuka pada tahun ini , jumlah tetamu yang hadir saban tahun semakin bertambah . Alhamdulillah dan terima kasih kami ucapkan atas sokongan yang berterusan kepada pihak Rumah Sahabat mohon maaf dari kami jika ada kekurangan dari segi makanan dan layanan . Berjumpa kita lagi pada tahun hadapan insyallah๐Ÿ‘๐Ÿปโœ…

25/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dengan rendah hati, Rumah Sahabat Hulu Langat menjemput Tan Sri / Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik dan keluarga menghadiri ke Rumah Terbuka Aidilfitri Rumah Sahabat

*Majlis Rumah Terbuka Rumah Sahabat & Majlis Aqiqah Nurleyla Afiyah*

๐Ÿก : Rumah Sahabat https://maps.app.goo.gl/qHu7EUWssDNDb95x7 (Google Maps Sahaja)
๐Ÿ—“๏ธ : Ahad 5 April 2026 / 16 Syawal 1447H
๐Ÿ•ฐ๏ธ : 11 Pagi - 5 Petang

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor berikut :

0177136479 Pejabat Rumah Sahabat 01123806845 En Asyraf 0133226842 Pn Hamimah

Semoga dengan kehadiran anda sekeluarga dapat memeriahkan majlis .

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin Dari kami warga Rumah SahabatMohon maaf jika ada salah silap sepanjang b...
24/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Dari kami warga Rumah Sahabat

Mohon maaf jika ada salah silap sepanjang berurusan , semoga syawal ini memberi keberkatan dan kegembiraan .

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Perasmian Ihya Ramadhan , Khatam Al-Quran & Iftar Jamaie RumahSahabat 1447H/2026M .Pa...
12/03/2026

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Perasmian Ihya Ramadhan , Khatam Al-Quran & Iftar Jamaie Rumah
Sahabat 1447H/2026M .

Pada sabtu yang lepas telah berlangsungnya Majlis Perasmian Ihya Ramadhan , Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaie bersama keluarga . Majlis ini dirasmikan oleh En Muhamad Afiq Mohd Salemi Ketua AADK Daerah Hulu Langat manakala Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh Ustaz Fakharuddin merupakan Imam 1 MSHAS dan juga tenaga pengajar di Rumah Sahabat. Tujuan Iftar Jamaie diadakan p**a adalah , dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga residen dengan kakitangan dan residen Rumah Sahabat yang lain . Selain itu , dapat memberi peluang kepada residen untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga .

Terima Kasih diucapkan kepada juri-juri jemputan yang berpengalaman , tenaga pengajar , rakan rakan ngo , alumni rumah sahabat, YB Mohd Sany Hamzan dan ahli keluarga residen Rumah Sahabat kerana sudi memeriahkan majlis . Tak lupa juga kepada residen residen yang bertungkus lumus berlatih dari pagi sampai ke petang dan kepada kakitangan Rumah Sahabat ribuan terima kasih kami ucapkan tanpa komitmen dan masa dari anda semua tidak berjaya program ini . Jumpa lagi pada tahun hadapan

Alhamdulillah selesai sudah Program Ihya Ramadhan Rumah Sahabat 1447H/2026M . Telah berlangsungnya Program Ihya Ramadhan...
10/03/2026

Alhamdulillah selesai sudah Program Ihya Ramadhan Rumah Sahabat 1447H/2026M .

Telah berlangsungnya Program Ihya Ramadhan selama 3 hari , program ini merupakan program yang sering diadakan setiap tahun di Rumah Sahabat . Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Nasyid , Seni khat , Tilawah Al-Quran , Hafazan , Kuiz Agama , Bercerita Kisah Nabi , Khutbah dan Azan . Setiap residen yang memasuki acara diberi masa lebih kurang 2 minggu untuk berlatih . Pertandingan ini juga dinilai oleh juri juri yang berpengalaman , diharapkan dengan adanya program sebegini dapat memberi impak yang positif kepada residen untuk membina semula kekuatan rohani , akhlak dan motivasi hidup merekaโœ…๐Ÿ‘๐Ÿป

08/03/2026

Alhamdulillah , terima kasih yb sudi singgah moreh bersama kami โœ…๐Ÿ‘๐Ÿป

Address

Kuala Lumpur
43100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Sahabat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rumah Sahabat:

Share