Pertubuhan Perguruan Harimau Putih

Pertubuhan Perguruan Harimau Putih School of Malay Art
(1)

30/04/2026
Pengijazahan Keilmuan Harimau Putih (Selempang Putih)-Percuma-Bagi yang berhajat, boleh hubungi nombor yang tertera.    ...
25/04/2026

Pengijazahan Keilmuan Harimau Putih (Selempang Putih)
-Percuma-

Bagi yang berhajat, boleh hubungi nombor yang tertera.



Telah hadir kunjungan ziarah yang penuh makna daripada Cikgu PTLP Faisal, Cikgu LP Ahmad Salihin dan PTT Firdaus daripad...
22/04/2026

Telah hadir kunjungan ziarah yang penuh makna daripada Cikgu PTLP Faisal, Cikgu LP Ahmad Salihin dan PTT Firdaus daripada Sungai Siput, Perak menjejakkan langkah ke gelanggang Balakong, Selangor malam tadi.

Dihadiri juga oleh Tuan Penaung Cikgu Rafais, Cikgu Tun Taridi, Cikgu LP Izuan, dan anak didik Perguruan bagi menyambung silaturrahmi.

Semoga ikatan silaturrahmi diantara para guru setiap generasi dan anak didik terus terjalin dan berkekalan dalam Rahmat Ilahi. Allahumma Amiin.



Alhamdulillah.Menghadiri jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Cikgu Rafais dan meeting ringkas mengenai ...
01/04/2026

Alhamdulillah.

Menghadiri jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Cikgu Rafais dan meeting ringkas mengenai program-program yang akan dijalankan oleh perguruan.

Terima kasih kepada tuan rumah dan juga semua sahabat-sahabat yang sudi yang hadir meluangkan waktu bersama-sama kita bersilaturrahmi.

Daripada al-Bara’ berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ، إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا

Maksudnya: “Tidaklah ada dua orang muslim itu apabila bertemu, lalu bersalamanan, melainkan akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” [Riwayat Ahmad (18547)]

Allahua'lam.



20/03/2026

Selamat menyambut Hari Raya Aildilfitri buat seluruh umat Islam daripada kami Pertubuhan Perguruan Harimau Putih.

Taqabbalallahu minna wa minkum 😁





09/03/2026

Jangan disia-siakan peluang yang dikurniakan oleh Allah Swt kepada kita. Hidupkanlah 10 Malam Ramadhan Terakhir ini dengan sebaik mungkin sesuai Sunnah Baginda Rasulullah S.a.w.

Direkodkan bahawa Saidatina Aisyah R.A berkata yang bermaksud

“Rasulullah SAW biasa ketika memasuki 10 Ramadan terakhir, beliau mengetatkan kainnya, menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” Muttafaqun ‘alaih. (HR. Bukhari no. 2024 dan Muslim no. 1174).

JADUAL
10 MALAM TERAKHIR RAMADAN 2026

9 Mac - Isnin 19 Ramadan – Malam ke 20
10 Mac - Selasa 20 Ramadan – Malam ke 21
11 Mac – Rabu 21 Ramadan – Malam ke 22
12 Mac – Khamis 22 Ramadan – Malam ke 23
13 Mac – Jumaat 23 Ramadan – Malam ke 24
14 Mac – Sabtu 24 Ramadan – Malam ke 25
15 Mac – Ahad 25 Ramadan – Malam ke 26
16 Mac – Isnin 26 Ramadan – Malam ke 27
17 Mac – Selasa 27 Ramadan – Malam ke 28
18 Mac – Rabu 28 Ramadan – Malam ke 29
19 Mac – Khamis 29 Ramadan – Malam ke 30

الله اعلم



🌙 Jemputan Majlis Berbuka Puasa Pertubuhan Perguruan Harimau Putih🌙 Assalamualaikum & salam hormat,Semua ahli dan sahaba...
21/02/2026

🌙 Jemputan Majlis Berbuka Puasa Pertubuhan Perguruan Harimau Putih🌙

Assalamualaikum & salam hormat,
Semua ahli dan sahabat perguruan tak kira batch lama mahupun baru, semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim.

Tarikh: 1 Mac 2026 (Ahad)
Tempat: Ajak Tomyam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor
Bayaran: Rm20/Pax

Jom pakat berikan nama kepada P5 Nizam.
Boleh wasap beliau di 0176504838

Kehadiran anda amat dialu-alukan.
Bersama mengerat ukhuwah, menyemai keberkatan Ramadan.

Gelanggang Balakong, Selangor sebelum Ramadhan tiba.Allahumma Bariklana Fi Sya'ban Waballighna Ramadhan.
11/02/2026

Gelanggang Balakong, Selangor sebelum Ramadhan tiba.

Allahumma Bariklana Fi Sya'ban Waballighna Ramadhan.

01/02/2026

Ingatan dari Tuan Penaung,

Perbanyakkan selawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.a.w.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Perbanyakkan doa dibulan Sya'ban ini yang kita telah pun menghampiri separuh bulan (nisfu Sya'ban) 2 Februari ini (Isnin malam Selasa), dan juga semakin hampirlah kita dengan bulan Ramadhan InsyaAllah,

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
Ya Allah, berkahilah kami di bulan Sya'ban ini, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."

Allahumma amiin.


Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas, rombongan dari gelanggang balakong, Selangor telah mengadakan program ziarah d...
24/01/2026

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas, rombongan dari gelanggang balakong, Selangor telah mengadakan program ziarah dan memenuhi jemputan ke majlis tahlil & doa selamat di kediaman Bonda & Cikgu Faisal di Sg Siput Perak.

Semoga silaturrahmi terus terjalin.

Semoga Allah Swt kurniakan kesihatan yang baik buat guru-guru kita dan salasilah perguruan.

Allahumma amiin.

15/01/2026

Salam Israk Mikraj semua umat Islam

30/12/2025

Adab dan adat berguru orang Melayu kita.

Adat dipangku, Syariat Dijunjung.


Address

Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Perguruan Harimau Putih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pertubuhan Perguruan Harimau Putih:

Share