08/12/2024
ππππππ πππππππππ ππππ πππππππππ πππ πππππππ ππππππππ πππππππππ ππππ
Program ini merupakan salah satu usaha sama di antara Jabatan Dietetik, PPUM dan Syarikat Warisan Kurnia Sdn. Bhd dalam penyediaan menu makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk dibekalkan kepada pesakit kanak-kanak di PPUM ini.
Ianya juga menumpukan kepada kesejahteraan dan khidmat sokongan kepada penjaga pesakit yang turut memainkan peranan dalam proses pemulihan pesakit pediatrik.
Melalui penyediaan menu kanak-kanak ini, ia dapat memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada kanak-kanak melalui hidangan yang memenuhi keperluan pemakanan sambil menarik minat mereka untuk menikmati hidangan dengan gembira. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Chew Yee Yean, Timbalan Pengarah Ikhtisas, PPUM.
Usaha ini bukan sahaja mencerminkan keunggulan nilai profesionalisme, malah melambangkan semangat kasih sayang dan keprihatinan terhadap pesakit pediatrik serta penjaga mereka. Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi dan diteruskan demi manfaat generasi masa kini dan akan datang.