Takaful by Fikri Saim

Takaful by Fikri Saim FREE consultation and quotation!

11/11/2019
❗REMINDER❗- KITA SELALU MERANCANG PERKARA YANG TAK PASTI, TAPI TAK MERANCANG PERKARA YANG PASTI3 soalan yang selalu kita...
11/11/2019

❗REMINDER❗- KITA SELALU MERANCANG PERKARA YANG TAK PASTI, TAPI TAK MERANCANG PERKARA YANG PASTI

3 soalan yang selalu kita dengar orang tanya tapi belum tentu semua orang ada jawapannya.

1. ❓Sekiranya anda tiada, bagaimana keadaan keluarga dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda yang selama ni bergantung hidup dengan pendapatan anda? Apakah persediaan anda untuk mereka❓

2. ❓Sekiranya anda sakit kronik, adakah keluarga anda akan turut terkesan sekali kerana anda sudah tidak mampu untuk bekerja? Siapa yang akan biaya perbelanjaan perubatan anda❓

3. ❓Sekiranya usia anda panjang, adakah wang simpanan anda cukup sebagai bekalan perbelanjaan di hari tua nanti❓

🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵🔵

KAMI SEDIA MEMBANTU JIKA ANDA MASIH TERCARI-CARI JAWAPAN UNTUK SOALAN NI SEMUA.

Dapatkan khidmat nasihat anda daripada kami sekarang! Kos bertanya adalah percuma!

http://fikselltakaful.wasap.my/
http://fikselltakaful.wasap.my/
http://fikselltakaful.wasap.my/

www.fikrisaim.com

❗HIBAH - INCOME PROTECTION❗1 hari outstation, kita tinggalkan RM100 untuk belanja sekolah anak dan isteri3 hari outstati...
02/10/2019

❗HIBAH - INCOME PROTECTION❗

1 hari outstation, kita tinggalkan RM100 untuk belanja sekolah anak dan isteri

3 hari outstation, kita tinggalkan RM300 untuk belanja sekolah anak dan isteri

Jika kita pergi SELAMANYA, berapakah telah kita sediakan untuk belanja kehidupan keluarga kita?

Kini anda mampu sediakan RM1 Juta - RM10 Juta untuk keluarga anda dengan .

Gantikan gaji anda SERTA-MERTA apabila ditimpa musibah yang tak terduga dek akal.

Macam mana benda ni boleh bantu?

+ 1. Boleh jadi sama seperti gaji bulanan anda walaupun sudah tidak bekerja.

+ 2. Boleh bayar segala hutang dan menyelamatkan semua harta benda anda dari dirampas.

+ 3. Anda tak perlu lihat anak dan isteri susah payah bekerja untuk menyara hidup.

+ 4. Tak perlu jual kereta, rumah atau barang kesayangan anda untuk downgrade lifestyle anda akibat kehilangan pendapatan.

So macam mana? Penting tak pelan ini?

Nak tahu??

Whatsapp/Call - 0146636736
Whatsapp/Call - 0146636736
Whatsapp/Call - 0146636736

www.fikrisaim.com




34 tahunPerokokEksekutifHibah RM250kKemalangan 200% = RM500kRM166/sebulanwww.fikrisaim.com
28/09/2019

34 tahun
Perokok
Eksekutif
Hibah RM250k
Kemalangan 200% = RM500k

RM166/sebulan

www.fikrisaim.com

Contact our coverage experts for suitable healthcare tiers to match your individualized needs!

❗AWAS❗❗ 8 JENIS KANSER YANG SERING MENYERANG KANAK-KANAK❗Kanser menjadi penyakit ugutan seluruh dunia. Tanpa had usia da...
24/07/2019

❗AWAS❗

❗ 8 JENIS KANSER YANG SERING MENYERANG KANAK-KANAK❗

Kanser menjadi penyakit ugutan seluruh dunia. Tanpa had usia dan latar belakang, ia menyerang sesiapa sahaja sehinggakan ramai yang mula hidup dalam ketakutan. Bayangkan, statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencatatkan 200 ribu kanak-kanak di dunia didiagnosis dengan penyakit kanser setiap tahun.

Lebih buruk, kanser dikesan pada kanak-kanak pada tahap lewat sekaligus menyukarkan pihak perubatan menemui jalan menyelamatkan mereka. Kanser pada kanak-kanak sukar dikesan kerana gejala awal sering tidak berbeza dengan penyakit umum yang lain.

Kanak-kanak tiba-tiba jatuh sakit, mengalami lebam di dalam badan, bonjolan dan sakit kepala yang berterusan yang boleh menjadi tanda pertama kanser. Jika simptom muncul, ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut secepat mungkin.

Memetik laman web cancer.org, terdapat beberapa jenis kanser yang biasanya menyerang kanak-kanak.

#1. KANSER DARAH
Leukemia adalah salah satu kanser yang paling biasa pada kanak-kanak. Kanser ini menyerang saraf tunjang dan darah. Lebih 30% daripada leukemia ditemui dalam semua kes kanser kanak-kanak.
Leukemia bermula dengan rasa sakit pada bahagian tulang dan sakit sendi, pendarahan, pembengkakan perut dan demam tanpa sebab yang jelas.

#2. TUMOR OTAK
Tumor otak adalah jenis kedua paling biasa yang terdapat pada kanak-kanak. Penyakit ini berlaku dalam 26% daripada kes-kes kanser kanak-kanak.
Tumor ini bermula di cerebellum, sebelum akhirnya menyerang saraf pusat otak. Penyakit ini boleh menyebabkan gejala seperti sakit kepala, loya, muntah, penglihatan kabur, masalah motor, dan banyak lagi.

#3. NEUROBLASTOMA
Neuroblastoma bermula pada sistem saraf di pelbagai bahagian seperti leher, mata, atau perut. Kanser ini tumbuh pada awal pembentukan sel-sel saraf pada janin. Namun gejala neuroblastoma berbeza antara satu sama lain. Jika ia berlaku di dalam perut, benjolan di perut akan muncul. Apabila neuroblastoma berlaku di mata ia menyebabkan penurunan kelopak mata.

#4. TUMOR WILMS
Tumor Wilms atau lazimnya turut disebut nephroblastoma iaitu ketumbuhan di buah pinggang. Tumor ini berlaku dalam 5% daripada kes-kes kanser kanak-kanak.
Kes ini sering menyerang kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun. Namun dalam kes-kes yang jarang berlaku, penyakit ini juga boleh menyerang anak-anak berumur lebih dari 6 tahun. Tumor ini menyebabkan gejala seperti lebam di dalam perut. Ia juga disertai gejala seperti demam, sakit, mual dan selera makan yang rendah.

#5. LIMFOMA
Limfoma adalah kanser yang menyerang sistem imun. Kanser ini juga boleh menjejaskan saraf tunjang dan beberapa organ lain.
Sesetengah gejala akan muncul seperti penurunan berat badan, demam, keletihan yang berlebihan, dan ketulan pada leher, ketiak, dan peha.

#6. RABDOMIOSARKOMA
Rabdomiosarcoma atau kanser otot wujud pada sel tulang otot. Pada kanak-kanak, kes ini ditemui dalam otot di kepala, leher, mata, prostat dan va**na.

7. RETINOBLASTOMA
Kanser mata atau retinoblastoma berlaku dalam 2% kes-kes kanser kanak-kanak. Biasanya, kanser ini berlaku pada kanak-kanak berusia 2 tahun.
Banyak kes retinoblastoma dikesan awal kerana keanehan pada mata kanak-kanak. Pada pesakit retinoblastoma, anak mata akan menjadi putih atau merah jambu.

#8. KANSER TULANG
Walaupun sering menyerang kanak-kanak dan remaja, kanser tulang juga boleh berkembang di pelbagai peringkat usia. Kanser tulang berlaku dalam 3% daripada kes-kes kanser kanak-kanak.
Terdapat 2 jenis kanser tulang yang berlaku pada kanak-kanak iaitu osteosarcoma yang biasa di kalangan remaja di mana kanser berkembang di kawasan tulang tumbuh pesat. Kanser ini menyebabkan kesakitan yang ketara pada waktu malam. Kanser ini juga menyebabkan lebam di sekitar tulang.
Kedua adalah sarcoma ewing, sejenis kanser tulang yang jarang dijumpai. Kanser ini lebih kerap berlaku di kalangan remaja




www.fikrisaim.com

KAD PERUBATAN MAMPU MILIK??..📢📢📢📢Dapatkan sekarang dengan SERENDAH RM 79/bulanContoh kiraan:-En. MalikUmur : 30Pekerjaan...
15/07/2019

KAD PERUBATAN MAMPU MILIK??..📢📢📢📢

Dapatkan sekarang dengan SERENDAH RM 79/bulan

Contoh kiraan:-

En. Malik
Umur : 30
Pekerjaan : Guru/Eksekutif
Tidak merokok
Medical card = RM115/bln

Adik Rayyan
Umur : 11 tahun
Pekerjaan : Pelajar
Medical card = RM 79/bln

Manfaat yang diberikan:-

🔰Nilai bilik RM150/hari
🔰Had tahunan sehingga RM400,000
🔰Had tahunan berganda untuk cancer, kidney & heart disease
🔰Lebih 100 hospital panel di seluruh Malaysia
🔰Elaun rawatan susulan untuk kimoterapi,dialisis & jantung
🔰Pemindahan organ
🔰Elaun Rawatan Hospital Kerajaan
🔰immunisasi PERCUMA jika menunaikan Haji/umrah

YANG PALING BEST👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

🔰UNLIMITED LIFETIME COVERAGE

Apa tunggu lagi?..

https://fikrisaim.com





Jom PM laju-laju

https://fikselltakaful.wasap.my

https://fikselltakaful.wasap.my

https://fikselltakaful.wasap.my

⚡6 TIPS MENGURANGKAN RISIKO KANSER⚡Sesetengah orang bernasib baik kerana dikurniakan Tuhan dengan tubuh badan yang sihat...
11/07/2019

⚡6 TIPS MENGURANGKAN RISIKO KANSER⚡

Sesetengah orang bernasib baik kerana dikurniakan Tuhan dengan tubuh badan yang sihat dari kecil hingga dewasa. Namun, itu tidak bermakna kita harus leka dan mengabaikan usaha untuk mengekalkan tubuh badan sihat.

Apabila usia meningkat, ketahanan badan akan menurun apatah lagi jika anda kurang mengamalkan gaya hidup sihat termasuk tidak bersenam, tidak mengambil pemakanan seimbang dan sentiasa mengalami tekanan hidup atau stres. Namun begitu, tidak kira apa jua berat badan anda, senaman adalah antara cara terbaik untuk mengurangkan risiko kanser. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal mempunyai kesan positif dalam kebanyakan aspek kehidupan.

Ini termasuk yang berkaitan dengan kualiti hidup khususnya berat badan, tahap kesihatan seperti mencegah penyakit kanser, mengelakkan kanser berulang dan peningkatan kadar kesihatan setiap individu.

Kaedah seperti berikut mungkin boleh membantu anda mengurangkan risiko kanser:

#1. BAKAR KALORI DAN LEMAK BADAN DENGAN KEKAL AKTIF

Gaya hidup yang aktif dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan. Antara cara untuk kekal aktif semestinya dengan bersenam kerana ini adalah kaedah terbaik untuk membakar kalori dan mengurangkan lemak badan.

Anda bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan tetapi anda juga berpeluang mendapatkan berat badan ideal, memiliki ketrampilan menarik dan berkeyakinan tinggi. Banyakkan pergerakan dengan memilih untuk berjalan kaki dan menggunakan tangga daripada menaiki kenderaan atau lif.

Jika anda memandu kenderaan, letak kenderaan di tempat parkir yang jauh dari pejabat agar anda boleh berjalan dengan langkah yang lebih banyak. Anda boleh menggunakan basikal atau kenderaan awam ke tempat kerja. Ia bukan saja mampu menyebabkan peluh keluar tetapi penggunaan basikal dan kenderaan awam juga dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida di udara.

Selain itu kaedah membina otot juga boleh membantu, ini kerana walaupun anda berehat, badan akan tetap membakar kalori. Setiap satu kilogram otot membakar enam kalori sehari untuk terus hidup.

#2. TINGKATKAN OKSIGEN DALAM BADAN

Oksigen membantu tubuh untuk menggantikan sel-sel lama kepada sel-sel baru. Tanpa oksigen yang mencukupi, badan kita tidak dapat menghasilkan tenaga dan metabolisme badan akan menurun. Ini menjadikan kita kurang efektif dalam kehidupan seharian.

Antara kaedah terbaik untuk meningkatkan oksigen dalam badan adalah dengan meminum lebih banyak air kerana ia mampu mengawal suhu badan dan membawa nutrien dan oksigen. Selain itu aktiviti bersenam seperti berbasikal atau berlari juga boleh membantu tubuh anda dengan mengerjakan jantung dan saluran darah dengan mengalirkan darah yang tinggi dengan kandungan oksigen ke seluruh badan. Amalkan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.

#3. LANCARKAN PERGERAKAN USUS BAGI MEMBUANG TOKSIK DALAM BADAN

Amalkan pengambilan serat kerana ia membantu melancarkan pergerakan usus, mengelak masalah sembelit dan membantu menurunkan berat badan.

Selain itu, pengambilan air kosong juga mampu membantu mencuci usus dengan menyingkirkan bahan toksin melalui perkumuhan seperti peluh dan air kencing.

#4. MENGIMBANGKAN HORMON YANG MENGURANGKAN RISIKO KANSER PAYUDARA

Hormon berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Hormon juga adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh kalenjar endokrin yang memiliki kesan tertentu kepada aktiviti organ lain dalam tubuh.

Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kaitan antara ketidakseimbangan hormon dan kanser payudara.

Walaubagaimanapun, ketidakseimbangan hormon boleh diatasi dengan menjaga pemakanan anda.

Oleh itu, hidangan makanan perlu diiringi protein, karbohidrat dan lemak yang seimbang. Antara amalan pemakanan yang boleh anda lakukan adalah makan ikan yang tinggi dengan lemak Omega-3 seperti salmon dan sardin, minum teh hijau yang tinggi anti-oksida, dan gunakan lemak sihat seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit semasa memasak.

#5. MENGIMBANGKAN METABOLISME DALAM BADAN

Kadar metabolisme yang seimbang juga penting dalam meningkatkan tahap kesihatan yang sekali gus mampu mencegah penyakit kanser. Antara kaedah untuk mengimbangkan metabolisme dalam badan adalah dengan makan secara kerap.

Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap membantu metabolisme badan membakar kalori sepanjang masa. Kajian menunjukkan mereka yang makan secara kerap jarang makan berlebihan.

Selain itu, makan makanan seimbang, ini penting untuk kesihatan dan kecergasan anda. Pilih makanan bernutrisi tinggi. Badan membakar lebih banyak kalori ketika mencernakan protein berbanding mencernakan karbohidrat dan lemak.

#6. MUDAH AMALKAN HIDUP AKTIF

Elakkan diri daripada terus mengamalkan kehidupan sedentari iaitu kehidupan yang tidak aktif dengan menghabiskan masa di kerusi atau berbaring. Berusahalah untuk mengeluarkan peluh seperti bersenam dan melakukan aktiviti fizikal kerana ia sebenarnya tidak susah dan tidak memerlukan belanja yang besar.

Di rumah, di pejabat, malah di dalam kenderaan sekalipun, ia masih boleh diamalkan. Bak kata peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Tepuk dada tanya selera. Kalau anda benar-benar serius, mulakan dengan langkah kecil seperti sentiasa berfikiran positif, selebihnya anda lakukan dengan perlahan-lahan, akhirnya pasti membuahkan hasil.

https://fikrisaim.com


PRUBSN ANUGERAH PLUS!!!KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAD PERUBATAN PRUBSN ANUGERAH PLUS❓☆ Kadar MURAH dengan COVERAGE TINGG...
09/07/2019

PRUBSN ANUGERAH PLUS!!!

KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAD PERUBATAN PRUBSN ANUGERAH PLUS❓

☆ Kadar MURAH dengan COVERAGE TINGGI
☆ TANPA HAD LIMIT SEUMUR HIDUP
☆ Perlindungan maximum sehingga 100 tahun
☆ Tuntutan Rawatan Kecemasan Tahunan
☆ Limit Tahunan BERGANDA jika Disahkan Menghidapi Sakit Jantung @ Kanser @ Buah Pinggang
☆Lebih 50 Panel Hospital Pakar Swasta di Seluruh Malaysia
☆ ELAUN HOSPITAL KERAJAAN
☆ MANFAAT IMUNISASI HAJI/UMRAH setiap 3 tahun

ANDA BERMINAT?

https://fikrisaim.com

Komen "PM" atau WhatsApps segera http://fikselltakaful.wasap.my
Komen "PM" atau WhatsApps segera http://fikselltakaful.wasap.my
Komen "PM" atau WhatsApps segera http://fikselltakaful.wasap.my
Komen "PM" atau WhatsApps segera http://fikselltakaful.wasap.my





Address

Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Lot 708, Block B, Jalan Damansara, Phileo Damansara, Petaling Jaya
Kuala Lumpur
46350

Opening Hours

Monday 09:00 - 23:59
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 23:59

Telephone

+60146636736

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Takaful by Fikri Saim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Takaful by Fikri Saim:

Share