D'optometrist Visioncare

D'optometrist Visioncare Menjadi tanggungjawab kami untuk menjawab segala persoalan tentang permasalahan mata anda dari usia sekecil 6 bulan sehingga ke 80tahun ke atas.

Dstream Vision,
No 5G, Jalan Dwitasik,
Dataran Dwitasik,
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur
Call us at: 03-9174 4024
Whatsapp: +6011-11476466
Business hour:
10.00am - 8.00pm
(Close on Sunday) Pendekatan kami adalah pada pemakaian kanta sentuh khas bagi kes2 khusus terutama pada bayi dan golongan dewasa. Temujanji bersama pakar mata sekarang bagi membantu anda dengan penglihatan optimum 6/6.

SAYA DAN SUAMI TAK RABUN, TAPI KENAPA ANAK KAMI RABUN?Soalan ini sering saya dengar daripada ibu bapa yang seolah-olah t...
08/09/2024

SAYA DAN SUAMI TAK RABUN, TAPI KENAPA ANAK KAMI RABUN?

Soalan ini sering saya dengar daripada ibu bapa yang seolah-olah tidak percaya bahawa anaknya rabun dan perlu memakai cermin mata di usia muda.

Begini, sebelum anda rasa kesal kerana anak anda kecil-kecil dah kena pakai cermin mata, anda perlu tahu, rabun bukanlah satu kecatatan atau penyakit kronik yang perlu anda bimbang. Malah, anda perlu merasa lega kerana anda sudah berjaya membantu anak anda untuk melihat dengan jelas seperti kawan-kawannya yang lain.

Jadi, hari ni saya ingin jelaskan kekeliruan sesetengah daripada kita tentang bagaimana anak boleh rabun sedangkan dirinya dan pasangan tidak rabun.

Sebenarnya rabun mempunyai banyak punca. Iya,memang genetik atau keturunan adalah punca, tetapi ianya bukanlah faktor tunggal yang menyumbang kepada seseorang mempunyai rabun.

Kita mulakan dengan struktur mata manusia. Saiz atau ukuran rentas panjang mata daripada lapisan paling luar (cornea) hinggalah ke lapisan terakhir mata (posterior sclera) atau disebut sebagai ‘axial length’ yang normal bagi bayi yang baru lahir adalah antara 16mm-18mm semakin kita
membesar, saiz mata juga akan turut membesar hingga mencapai saiz normal bagi manusia dewasa iaitu antara 22mm-25mm. Jika ‘axial length’ seseorang lebih panjang atau pendek berbanding saiz normal tersebut, ianya akan menyebabkan rabun!

Jadi, jika seseorang memang mempunyai saiz mata yang sedikit panjang yang menyebabkan dia rabun jauh, maka, inilah yang kemungkinan akan diwarisi kepada anak-anak mereka. Dan inilah yang dikatakan sebagai faktor genetik.

Tetapi, berbalik kepada persoalan kita, kalau bukan faktor keturunan, ada faktor lain ke? Mestilah ada!!

Ok, tentang struktur mata yang sedikit panjang atau sedikit pendek daripada saiz normal ini, ia boleh juga terjadi disebabkan tumbesaran bayi dalam kandungan yang tidak sempurna atau berlainan daripada normal. Contohnya, ibu yang tidak rabun, ketika mengandung, mengalami demam campak, dan ianya boleh menjangkiti janin dan mengakibatkan struktur mata janin menjadi tidak normal atau terbantut perkembangannnya. Hal ini kerana, mata bayi mula berkembang ketika di dalam rahim ibu sejak berumur 2 minggu dan kurang daripadaa 4 minggu, semua struktur penting akan terbentuk. Jadi jika berlaku sebarang perubahan tidak normal kepada tubuh ibu, ianya akan memberi kesan kepada tumbesaran bayi dalam kandungan. Sebagai contoh lain, jika ibu mereka mengambil bahan terlarang seperti dadah atau ubat-ubatan yang dilarang pengambilannya ketika hamil, ini juga akan menyebabkan kelainan tumbesaran organ bayi termasuklah mata.

“Tapi, tapi, waktu mengandung, saya tak demam campak pun. Dan sy takde ambil ubat yang pelik-pelik. Dan semestinya saya tak ambil dadah? Kenapa anak saya rabun jugak?’

Haaa..pelik kan? Kenapa boleh rabun juga?

Sebenarnya ada lagi faktor lain yang boleh sebabkan seseorang tu ada rabun. Dan ada beberapa lagi jenis rabun lain yang terjadi disebakan faktor yang berbeza daripada apa yang saya cerita hari ni. InsyaAllah akan saya cerita di post yang lain.
Any inquiries kindly call/whatsapp us:
Tel: 0391744204/http://www.wasap.my/+601111476466

Wishing a joyous Wesak Day to our Buddhist friends. May your days be filled with light and blessings throughout the year...
22/05/2024

Wishing a joyous Wesak Day to our Buddhist friends. May your days be filled with light and blessings throughout the year.
From:
CAD - Drhaliza
Doptometrist Visioncare Centre

Alfatehah....Industri seni tanahair kehilangan seorang lagi insan yang sentiasa mengisi keheningan hidup peminatnta. Kam...
17/12/2023

Alfatehah....
Industri seni tanahair kehilangan seorang lagi insan yang sentiasa mengisi keheningan hidup peminatnta. Kami di Doptometrist Visioncare Centre cukup merasainya dan bersama memanjatkan doa dan alfatehah semoga roh almarhum Ibnor Riza ditempatkan bersama roh insan beriman.
Al;fatehah...........................................................................

Salam hormat.Bermula 15 Disember 2023, kami akan melancarkan PROGRAM BERSAMA PELANGGAN sempena promosi jualan hujung tah...
13/12/2023

Salam hormat.
Bermula 15 Disember 2023, kami akan melancarkan PROGRAM BERSAMA PELANGGAN sempena promosi jualan hujung tahun kepada semua terutama WARGA EMAS dan BACK TO SCHOOL. Potongan 30% akan di berikan kepada pelanggan² biasa yang mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di premis kami.
Jangan lepaskan peluang anda. Kami menerima rujukan dari sekolah² rendah sekitar Bandar Tun Razak dan Rumah Penjagaan Orang Tua.
Jumpa anda di Doptometrist Visioncare Centre, Bandar Seri Permaisuri, Cheras.

Cikgu Ahmad Din

04/11/2023

Salam Hormat:
Ramai yang tidak mengetahui atau tidak diberitahu tentang peranan OPTOMETRIS untuk kita semua sejak lahir hingga ke hujung usia.

Layari video ini untuk satu pengetahuan tentang penjagaan mata anda dan fungsi hubungan anda dengan Optometris yang bertauliah
Jika perlukan bantuan hubungi kami di: +603-91744024 atau WA ke +601111476466

Mohon maaf, tahun ini kami tak menaja artis-artis Gegar Vaganza 2023..seperti tahun-tahun yang lalu.
12/10/2023

Mohon maaf, tahun ini kami tak menaja artis-artis Gegar Vaganza 2023..seperti tahun-tahun yang lalu.

26/12/2021

** Fresh graduates are welcome
Preferably lady

Services
Comprehensive Eye Examination
Fitting specialty contact lenses
Managerial skills

*Working days - 5 days/ week
*Remuneration - Basic Salary RM 3000 .+ EPF & Socso
Interested person can contact below hp and email resume.
dstreamvision@gmail.com
01111476466

24/08/2021

Our professional services: COMPREHENSIVE EYE EXAMINATION | CONTACT LENS FITTING AND AFTERCARE | KERATOCONUS | CHILDREN VISUAL ASSESSMENT | ORTHOPTIC EXAMINATION | VISUAL THERAPY FOR LAZY EYE | COLOUR VISION ASSESSMENT AND MANAGEMENT | GLAUCOMA SCREENING | ANTERIOR EYE SEGMENT ASSESSMENT | EYE SPECIA...

24/07/2021

D'optometrist, Bandar Sri Permaisuri

Optometrist Needed

WH: 10am-9pm
Salary based on experience starting 3K
Epf, socso included

Great opportunity for new graduates to learn more about specialty CL

Please send your CV to dstreamvision@gmail.com

Address

No 5, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'optometrist Visioncare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to D'optometrist Visioncare:

Share

Category