Mamacare.my

Mamacare.my Kami menyediakan perkhidmatan berpantang kepada ibu-ibu selepas bersalin. Maklumat lanjut sila layar

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐…๐€๐Œ๐ˆ๐‹๐˜ ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐ˆ๐๐† ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“20 Aug 2025Mesyuarat Pelan Perancangan Family Wellbeing Sdn. ...
22/08/2025

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐๐„๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐…๐€๐Œ๐ˆ๐‹๐˜ ๐–๐„๐‹๐‹๐๐„๐ˆ๐๐† ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
20 Aug 2025
Mesyuarat Pelan Perancangan Family Wellbeing Sdn. Bhd. 2025 telah berlangsung dengan jayanya, menandakan langkah strategik syarikat dalam memperkukuhkan hala tuju perniagaan. Dalam sesi ini, pihak pengurusan FWSB berbesar hati memperkenalkan barisan pasukan kami kepada kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Sesi perbincangan strategik ini dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB), Ybrs. Encik Mohd Firdaus Shuhaimi. Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Encik Mohd Hanafee bin A. Rahman. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Encik Hairil Fadzly bin Md. Akir dan Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga (BKK), Rosmonaliza Abdul Ghani. Bersama juga dengan pasukan Unit Pembangunan Perniagaan Dan Pelaburan (UPPP)
Mesyuarat ini turut memberi ruang untuk pembentangan hala tuju syarikat, merangkumi projek-projek yang sedang dan bakal dijalankan, serta sasaran yang telah dan akan dicapai. Perancangan kami disusun secara menyeluruh, meliputi:

- Projek Jangka Pendek (Short-Term Projects)
- Projek Jangka Sederhana (Mid-Term Projects)
- Projek Jangka Panjang (Long-Term Projects)
Dengan komitmen yang jelas serta perancangan yang tersusun, Family Wellbeing Sdn. Bhd. optimis untuk terus melangkah ke hadapan sebagai rakan strategik yang teguh, seiring dengan aspirasi pembangunan kesihatan keluarga dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia.

Perkara Wajib Ambil Tahu Untuk Ibu Yang Ingin Berpantang SendiriGolongan ibu muda yang baru pertama kali bersalin, berpa...
19/08/2025

Perkara Wajib Ambil Tahu Untuk Ibu Yang Ingin Berpantang Sendiri
Golongan ibu muda yang baru pertama kali bersalin, berpantang bukanlah sesuatu yang mudah ekoran belum cukup pengetahuan dan pengalaman.
2. Amalkan Diet Sihat.
Selain itu, wanita juga perlu untuk makan dan minum secara seimbang bagi mendapatkan kembali nutrien yang mungkin sudah banyak kehilangan. Oleh itu, sila ambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, serat, protein dan lain-lain untuk memastikan tubuh badan kekal sihat dan kuat. Buat anda yang menyusu badan, jangan lupa untuk minum lebih banyak air bagi menggantikan semula cecair dalam badan
-sumber: Astroawani

๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ ๐ˆ๐ง๐ญ๐š๐ค๐ž ๐ข๐ฌ ๐๐จ๐ฐ ๐Ž๐ฉ๐ž๐ง!We are looking for ambitious intern students to join our team! If you are pursuing a Diplo...
19/08/2025

๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ ๐ˆ๐ง๐ญ๐š๐ค๐ž ๐ข๐ฌ ๐๐จ๐ฐ ๐Ž๐ฉ๐ž๐ง!
We are looking for ambitious intern students to join our team! If you are pursuing a Diploma or Degree in any of the following fields, we want you:

Therapist Spa (ASAP)
Clinic Fertility LPPKN
Location: Bangunan Lppkn, Jln Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur,

Monthly Allowance Provided

Interested? Send your resume today!
WhatsApp: +60 11-3304 4660
Email: familywellbeingsb@gmail.com
Join us and gain valuable industry experience

 #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž  #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฌ๐ก๐š๐ซ๐ž  #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ญ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฆ๐จ๐ง๐ข  #๐ฅ๐ฉ๐ฉ๐ค๐ง  #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฆ๐จ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง  #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฉ๐ฅ๐ฎ๐ฌ  #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฉ๐š๐ค๐ž๐ฃ  #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฉ๐ซ๐จ...
19/08/2025

#๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฌ๐ก๐š๐ซ๐ž #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ญ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฆ๐จ๐ง๐ข #๐ฅ๐ฉ๐ฉ๐ค๐ง #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฆ๐จ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฉ๐ฅ๐ฎ๐ฌ #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฉ๐š๐ค๐ž๐ฃ #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฉ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค

๐“๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐…๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ฆ๐š๐‚๐š๐ซ๐ž ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐ŒSatu sesi lawatan rasmi telah diadakan ke salah sebuah spa...
08/08/2025

๐“๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐š๐ง ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐…๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ฆ๐š๐‚๐š๐ซ๐ž ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐‚๐” ๐‰๐๐Œ
Satu sesi lawatan rasmi telah diadakan ke salah sebuah spa milik francaisi MamaCare di bawah seliaan Program Francais MamaCare Negeri Pulau Pinang anjuran ICU Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri.
Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Dr. Haji Syaharudin Shah bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, ICU Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah YBrs. Encik Mohd Firdaus Shuhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd. dan YBrs. Dr. Azura Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Pulau Pinang.
Sepanjang sesi lawatan ini, delegasi telah diberi penerangan mengenai model perniagaan francaisi MamaCare yang dilaksanakan oleh 30 orang pengamal yang telah ditauliahkan. Fokus turut diberikan kepada aspek keberkesanan program, pencapaian pendapatan bulanan, keberlangsungan operasi spa, serta sistem sokongan latihan dan pemasaran yang diterima oleh francaisi.
Lawatan ini merupakan salah satu usaha pemantauan berterusan bagi memastikan setiap program francais yang dilaksanakan benar-benar memberi impak sosioekonomi kepada komuniti setempat, khususnya wanita yang menceburi industri penjagaan pascapantang secara profesional.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐’๐ฎ๐š๐ข ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐š๐ฅ ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐…๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ฆ๐š๐‚๐š๐ซ๐ž ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 7 Ogos 2025 | Pusat Keluarga LPPKN Bertam...
08/08/2025

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐’๐ฎ๐š๐ข ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐š๐ฅ ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐…๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ฆ๐š๐‚๐š๐ซ๐ž ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 
7 Ogos 2025 | Pusat Keluarga LPPKN Bertam
Satu sesi suai kenal bersama kumpulan pengamal MamaCare yang terlibat dalam pelaksanaan awal Program Francais telah diadakan di Pusat Keluarga LPPKN Negeri Pulau Pinang. Program ini dianjurkan dengan kerjasama ICU Negeri Pulau Pinang dan melibatkan seramai 30 peserta yang telah ditauliahkan melalui program Diploma Kemahiran Malaysia MamaCare.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Firdaus Shuhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Azura Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Pulau Pinang.
Dalam sesi tersebut, beberapa perkara penting telah dibentangkan meliputi pelan hala tuju program francais MamaCare di peringkat negeri, termasuk pengukuhan struktur francais mengikut zon, pelaksanaan kursus susulan seperti pengurusan kewangan dan pemasaran, serta penyediaan modul tambahan yang menyokong peningkatan kapasiti pengamal sebagai usahawan dalam industri penjagaan wanita.
Program ini juga memberi fokus kepada persediaan awal peserta untuk beroperasi secara sah dan berdaftar di bawah jenama MamaCare, selaras dengan usaha memperkasa ekonomi penjagaan serta memperluas capaian perkhidmatan profesional kepada masyarakat.

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐ค๐ž ๐“๐ž๐ซ๐š๐ญ๐š๐ค ๐’๐ฉ๐š: ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐šPada 6 Ogos 2025, satu lawatan kerja...
07/08/2025

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐ค๐ž ๐“๐ž๐ซ๐š๐ญ๐š๐ค ๐’๐ฉ๐š: ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ง ๐“๐ซ๐š๐๐ข๐ฌ๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š
Pada 6 Ogos 2025, satu lawatan kerja telah diadakan ke Teratak Spa, sebuah pusat spa yang diasas dan diusahakan oleh Puan Norliza Othman, usahawan wanita tempatan yang aktif dalam bidang spa.
Lawatan ini diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Firdaus Shuhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif Family Wellbeing Sdn. Bhd. (FWSB), bersama delegasi pegawai kanan syarikat bagi meninjau sendiri fasiliti serta perkhidmatan unik yang ditawarkan di spa tersebut.
Antara elemen menarik yang diperkenalkan adalah: Istiadat Bersiram Raja Sehari, satu pengalaman tradisional yang membangkitkan elemen budaya serta spiritual yang kini diterjemahkan dalam bentuk moden untuk rawatan wanita.
Spa ini turut mengekalkan pendekatan berteraskan warisan Melayu dan mempersembahkan nilai estetika budaya dalam suasana yang mendamaikan dan eksklusif.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha FWSB untuk menjalin kerjasama strategik dengan pemain industri tempatan, khususnya dalam memperkukuh ekosistem industri penjagaan wanita di Malaysia.

Perkara Wajib Ambil Tahu Untuk Ibu Yang Ingin Berpantang SendiriGolongan ibu muda yang baru pertama kali bersalin, berpa...
04/08/2025

Perkara Wajib Ambil Tahu Untuk Ibu Yang Ingin Berpantang Sendiri

Golongan ibu muda yang baru pertama kali bersalin, berpantang bukanlah sesuatu yang mudah ekoran belum cukup pengetahuan dan pengalaman.
1. Dapatkan Rehat Yang Cukup.

Semasa tempoh ini, perkara paling utama yang perlu wanita buat adalah berehat untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang penat dan lemah. Manakan tidaknya, anda perlu menjaga dan menyusu bayi yang memerlukan 100% perhatian anda, jadi sila dapatkan rehat yang cukup.

-sumber: Astroawani

1,482 PENGAMAL BERTAULIAH RANCAKKAN INDUSTRI PENJAGAAN (CARE INDUSTRY)SERDANG, 24 JULAI โ€“ Kementerian Pembangunan Wanita...
25/07/2025

1,482 PENGAMAL BERTAULIAH RANCAKKAN INDUSTRI PENJAGAAN (CARE INDUSTRY)

SERDANG, 24 JULAI โ€“ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melatih seramai 2,661 wanita menerusi Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin MamaCare dan 1,482 daripadanya layak ditauliahkan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 (DKM4).

Perkara ini diumumkan oleh YB Datoโ€™ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perasmian Majlis Konvokesyen MamaCare ke-4 yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah, Universiti Putra Malaysia.

Datoโ€™ Sri Hajah Nancy menjelaskan bahawa program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin MamaCare ini mendapat pengiktirafan National Occupational Skills Standard (NOSS) dan dibangunkan LPPKN dengan kerjasama Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program ini telah berjaya memanfaatkan hampir 60,000 wanita yang telah mendapat perkhidmatan daripada pengamal MamaCare.

Program MamaCare merupakan program latihan kapasiti kesejahteraan wanita bagi mengangkat amalan tradisional penjagaan ibu selepas bersalin. Kemahiran profesional ini turut memberi pulangan yang signifikan bukan sahaja dalam aspek kewangan kepada pengamal MamaCare, tetapi juga mutu perkhidmatan yang membawa kepada peningkatan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap industri penjagaan ibu selepas bersalin.

Usaha LPPKN melalui penawaran latihan berstruktur dan bertauliah MamaCare ini adalah sebahagian daripada komitmen KPWKM dan Kerajaan MADANI dalam mendepani kekurangan tenaga kerja berkemahiran di samping memastikan ia terus kekal relevan dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.

LPPKN telah menyediakan lima (5) buah Pusat Penilaian Amali bagi latihan Ibu selepas bersalin iaitu di Pusat Keluarga LPPKN Pulau Pinang, Klinik Nur Sejahtera Dungun, Pusat Keluarga LPPKN Seremban, Klinik Nur Sejahtera Kempas dan Ibu Pejabat LPPKN.

Turut hadir pada majlis ini ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Dato Sri Rohani Karim, Pengerusi LPPKN, dan Dr. Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

๐‚๐”๐’๐“๐Ž๐Œ๐„๐‘ ๐“๐„๐’๐“๐ˆ๐Œ๐Ž๐๐ˆ๐€๐‹๐Ÿ“โ€œSaya sgt berpuas hati dengan servis yg diberikan oleh CL Azizah dan diucapkan Selamat Maju Jaya pa...
21/07/2025

๐‚๐”๐’๐“๐Ž๐Œ๐„๐‘ ๐“๐„๐’๐“๐ˆ๐Œ๐Ž๐๐ˆ๐€๐‹๐Ÿ“
โ€œSaya sgt berpuas hati dengan servis yg diberikan oleh CL Azizah dan diucapkan Selamat Maju Jaya pada Mamacare Plus.โ€ -Klien Nur Amanina-
๐‚๐ซ๐ž๐๐ข๐ญ ๐ญ๐จ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐š๐ฅ ๐Œ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐๐‹๐”๐’ Pengamal Azizah Yusoff ๐Ÿค—
๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ข๐›๐ฎ-๐ข๐›๐ฎ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š, ๐ฌ๐ฅ๐จ๐ญ ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ฅ๐š๐ ๐ข ๐š๐ฏ๐š๐ข๐ฅ๐š๐›๐ฅ๐ž ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐ก๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ5. ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฆ๐ข.
#๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฌ๐ก๐š๐ซ๐ž #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ญ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฆ๐จ๐ง๐ข #๐ฅ๐ฉ๐ฉ๐ค๐ง #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฆ๐จ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฉ๐ฅ๐ฎ๐ฌ #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฉ๐š๐ค๐ž๐ฃ #๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐œ๐š๐ซ๐ž๐ฉ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค

Kesan Tidak Berpantang Selepas BersalinPantang selepas bersalin merujuk kepada satu set amalan dan batasan yang diamalka...
21/07/2025

Kesan Tidak Berpantang Selepas Bersalin

Pantang selepas bersalin merujuk kepada satu set amalan dan batasan yang diamalkan oleh ibu selepas melahirkan bayi.
5. Gangguan Hubungan Seksual.

Jika seseorang wanita tidak berpantang akan mengakibatkan otot f***j menjadi lemah dan longgar. Ini pastinya akan menjejaskan hubungan suami isteri. Ini juga menjadi antara punca ramai suami dan isteri mengadu kurang berasa nikmat ketika bersama terutamanya selepas isteri bersalin dan tidak berpantang.

-sumber: Asianparent

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30
Saturday 08:00 - 17:30
Sunday 08:00 - 17:30

Telephone

+60182935004

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mamacare.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mamacare.my:

Share

Perkhidmatan Berpantang Mamacare PLUS

Sila hubungi kami terus melalui Whatsapp untuk sebarang pertanyaan: https://mamacare.wasap.my/