Dr. Daniel Pakar Bedah Pediatrik

Dr. Daniel Pakar Bedah Pediatrik Paediatric Surgeon, including minimally invasive techniques.

16/04/2026

“Luka kecil… keluar nanah… sembuh sekejap. Tapi tak lama lepas tu datang balik di tempat yang sama.” 😣

Kalau ini berlaku sekali, mungkin kita fikir ia biasa. Tapi bila ia berulang di tempat yang sama, itu bukan lagi ‘luka biasa’.

Dalam pengalaman minggu ini, saya kongsikan satu keadaan yang ramai ibu bapa tak sedar: Fistula in Ano pada kanak-kanak.

Ia boleh nampak macam bisul kecil yang tak berkesudahan… sekejap baik, sekejap pecah, sekejap bernanah — dan kitaran itu terus berulang.

Sampai satu tahap, kita kena tanya soalan penting:
👉 Kenapa ia tak pernah betul-betul sembuh?
👉 Dan adakah ini tanda ada “saluran” yang tersembunyi di bawah kulit?

Bukan semua kes perlukan pembedahan segera tapi bila ia jadi berulang, itu tanda yang kita tak boleh abaikan lagi.

📲 Sebarang pertanyaan atau konsultasi:
http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

14/04/2026

Pengalaman minggu ini betul-betul buka mata saya… 👀

Dua pesakit. Penyakit sama — balanitis. Tapi ending dia… sangat berbeza.

Seorang datang awal — bengkak, merah, tapi masih boleh kencing. Rawatan simple, terus balik rumah. Seorang lagi… tunggu terlalu lama. Bila saya tengok — kulit dah mula mati (necrosis). Akhirnya terpaksa pembedahan.

😰 Dari “boleh rawat biasa” → jadi kes serius. Ramai ingat jangkitan pada kemaluan ni perkara kecil. Tapi bila lambat bertindak, komplikasi boleh jadi sangat teruk.

⚠️ Jangan tunggu sampai terlambat.

Nak tahu tanda awal yang ramai terlepas pandang? Dengar penjelasan penuh saya dalam video ni.

📲 Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp saya: http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

10/04/2026

🚨 “Doktor, kenapa anak saya kena operate? Dia tak sakit pun…”

Itu soalan paling biasa bila jumpa kes undescended te**is.

Tapi apa yang ramai tak tahu, te**is yang tidak turun ke tempat sepatutnya bukan sekadar “tak nampak” — ia boleh jadi masalah besar di masa depan 😨

Dalam video ini, saya terangkan dengan jelas:
⚠️ kenapa ia boleh ganggu kesuburan anak
⚠️ kenapa risiko kanser boleh meningkat
⚠️ dan kenapa ia boleh tiba-tiba berpintal sampai te**is rosak

👉 Nampak simple hari ini… tapi kesannya boleh jadi kekal kalau lambat bertindak.

📲 WhatsApp: http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

08/04/2026

“Benjolan kecil je… tunggu dulu lah?” 🤔
Atau sebenarnya… masa dah critical tanpa kita sedar?

Inguinal hernia (angin pasang) bukan sekadar bengkak biasa. Bila ia ‘terperangkap’, usus boleh mula mati… malah dalam sesetengah kes, ovari pun boleh terjejas. ⚠️

Sebab tu saya selalu tekankan jangan tunggu sampai jadi emergency.

Dalam Part 1 ni, saya bongkarkan kenapa pembedahan (terutamanya laparoscopic) bukan sekadar pilihan tapi keperluan untuk elakkan komplikasi yang lebih serius.

Nak tahu apa risiko sebenar kalau tunggu?
Tonton sampai habis. 👀

📲 Sebarang pertanyaan boleh WhatsApp saya di: https://www.wasap.my/60183575803/DrDan

06/04/2026

“Ramai parents terus nak sunat… tapi ada kes doktor sendiri kata: JANGAN.” 🚫

Bukan sebab umur. Bukan sebab belum cukup besar. Tapi sebab ada sesuatu pada p***s bayi tu… yang tak nampak jelas. 😳

Datang nak sunat, tapi bila saya periksa—terus kena hold.
👉 Kalau buat juga, boleh jadi lebih susah untuk betulkan kemudian.
👉 Dan silap pertama… boleh beri kesan seumur hidup.

Persoalannya macam mana nak tahu anak kita sesuai sunat atau tidak?

Yang ni… ramai parents terlepas pandang.
Tonton sampai habis 👇

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp di 📲 http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

26/03/2026

“Normal ke kalau kantung anak nampak besar sebelah?” 😳

Ramai parents ingat ini perkara biasa… tapi sebenarnya ada 2 kemungkinan yang sangat berbeza — hydrocele atau hernia.

Yang buat risau kalau umur dah lebih 2–3 tahun…
👉 BUKAN lagi benda yang akan hilang sendiri
👉 Dan mungkin perlukan pembedahan

Lebih penting kalau hernia, jangan tunggu.
Boleh jadi kecemasan bila-bila masa.

Jadi… macam mana nak bezakan? Dan bila masa sesuai untuk rawatan? Saya terangkan dalam video ni 👇

Kalau anda perasan kantung anak tak normal, jangan tunggu. Dapatkan pemeriksaan awal.

📲 http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel





25/03/2026

“Benjolan tu boleh masuk balik… jadi selamat ke?” 😳

Ini silap paling biasa parents buat. Hari ni keluar, esok hilang… nampak macam tak bahaya. Tapi satu hari ia keluar dan TAK MASUK balik.

Masa tu usus boleh terjerut. Atau ovari boleh ‘terperangkap’. Dan bila bekalan darah terhenti, kita bukan lagi bercakap tentang hernia biasa. ⚠️

Saya dah jumpa kes yang berubah dari “nampak okay” jadi kecemasan dalam masa yang sangat singkat.

Sebab tu saya selalu pesan - jangan tunggu sampai ‘terlambat’.

Nak tahu bila hernia anak dah jadi bahaya dan kenapa pembedahan lebih selamat dari tunggu?

Tonton sampai habis 👇

📲 http://www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel





20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Raya dah tiba… dan ini masa untuk kita raikan dengan keluarga, kasih sayang & kebahagiaan ❤️

Semoga Raya kali ini:
✨ Penuh gelak tawa tanpa henti
✨ Meja penuh dengan makanan sedap 😄
✨ Hati penuh dengan ketenangan

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua rakan Muslim yg menyambutnya ✨

19/03/2026

🚨 Anak tiba-tiba mengadu “bawah sakit”? JANGAN tunggu 🚨

Sakit te**is/scrotum bukan perkara kecil.
Ia boleh jadi testicular torsion - te**is berpusing & bekalan darah TERHENTI.

⏳ Lagi lambat bertindak, lagi tinggi risiko te**is rosak atau mati.

👉 Kalau anak mengadu sakit di kawasan ini, TERUS bawa jumpa pakar.

Nak tahu tanda awal yang ramai parents terlepas? Tonton video ni.

📲 WhatsApp me 👉 https://wa.me/60122065836

**issakit

17/03/2026

“Anak tiba-tiba sakit perut… lepas tu okay balik… normal ke?” 🤔

⚠️ Jangan ambil ringan. Kadang-kadang itu bukan sekadar sakit perut biasa, ia boleh jadi usus masuk dalam usus (intussusception)

Boleh datang tiba-tiba. Sakit datang hilang, datang balik. Dan dalam kes tertentu boleh jadi serius.

Bila sebenarnya perlu risau? Apa tanda awal yang ramai parent terlepas pandang?

👉 Tonton penjelasan saya dalam video ini.

📲 https://www.wasap.my/60122065836/DrDan





13/03/2026

Hujung kemaluan anak lelaki tiba-tiba bengkak macam “buntu”? 😰

Ramai ibu bapa terkejut bila nampak hujung kemaluan anak lelaki tiba-tiba bengkak macam “buntu”. Ini dinamakan sebagai Phimosis, keadaan di mana kulup z***r terlalu ketat dan tidak boleh ditarik ke belakang.

Ada yang ingat ini jangkitan… ada juga yang fikir ini normal.

Tapi sebenarnya, keadaan ini ramai ibu bapa tak tahu dan kalau salah faham, boleh jadi lebih serius.

Dalam video ini, saya terangkan apa sebenarnya yang berlaku pada keadaan yang sering dipanggil “p***s anak buntu” atau Phimosis.

Jika anda risau tentang keadaan anak anda, hubungi saya di sini:
👉 https://wa.me/60122065836

***sanakbuntu

11/03/2026

Bengkak tiba-tiba muncul di leher anak… dan cepat membesar? 🤔

Minggu ini saya jumpa seorang kanak-kanak 18 bulan dengan bengkak besar di leher yang tiba-tiba membesar dalam beberapa minggu. Selepas pemeriksaan, rupanya ia adalah branchial cyst (cyst yang sudah wujud sejak dalam kandungan).

Bila cyst ini dijangkiti kuman atau berdarah, ia boleh membesar dengan cepat dan melekat pada salur darah penting di leher. Ini yang membuatkan pembedahan menjadi lebih mencabar.

Kenapa branchial cyst boleh tiba-tiba membesar? Bila perlu dibedah? Tonton penjelasan saya dalam video ini.

📲 WhatsApp saya untuk konsultasi:
👉 www.wasap.my/60189131196/HelloDrDaniel

Address

8, Jalan Bukit Pantai
Kuala Lumpur
59100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Daniel Pakar Bedah Pediatrik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram