05/05/2018
Ramai yang bila saya sebut tentang Physio... ada yang tanya balik...
“Apa beza physio dengan urut? Physio ni macam urut ke?”
Pertama sekali saya nak beritahu bahawa, physio ni bidang ilmunya sangat luas...
Dalam physio sendiri ada beberapa cabang penting antaranya...
Musculoskeletal Physio
Sport physio
Cardiorespiratory Physio
Cardiac Rehab Physio
Paediatrics Physio
Neuro Physio
Bagi mereka yang confuse dengan tukang urut ni mesti berpengalaman jumpa physio dan mereka buat urutan....
Ada juga yang confuse dengan chiropractor walhal dua bidang berbeza....
Jika di Malaysia, untuk mendapatkan sijil physiotherapy, sekurang2nya perlu mempelajari pelbagai topik topik penting antaranya...
Anatomy
Physiology
Medical Condition (MS,CR,Neuro,Ortho,Paeds,ENT,Dermatology)
Exercise therapy
Electrotherapy
Hydrotherapy
Human Biomechanics
Psychology
Counselling
Professional Issue
Dan di setiap topik topik tu makan bulan untuk habiskan kesemuanya.
Tak termasuk 1200 jam klinikal yang wajib dilalui oleh Student Physio di Hospital Hospital untuk melayakkan seseorang menjadi Physiotherapist.
Urutan itu hanyalah mungkin 0.1% daripada physio. Itupun terdapat disiplin nya tersendiri seperti
Swedish Massage
Sport massage
Deep tissue massage
Yang bukan sewenang wenangnya boleh diaplikasikan kepada semua jenis pesakit.
Ini bagi memastikan semua pesakit mendapatkan Value evidence based practice atau erti kata lain, praktis berdasarkan kajian bukannya praktis semberono kepada semua pesakit!
Sekian dulu celoteh panjang...
Jom mengenali Physiotherapy dengan lebih mendalam!!