22/12/2021
KENALI INSURANS KEDIAMAN
Kita dikejutkan dgn musibah x diduga dgn bencana banjir. Berapa ramai dr anda mempunyai insurans bencana utk kediaman anda??
Jom kita kupaskan sedikit jenis2 insurans ini.
INSURANS KEBAKARAN
Polisi jenis ini adalah polisi yang basic. Ini kerana apabila berlaku kebakaran, polisi kebakaran asas hanya dapat nilai rumah sahaja, tidak termasuk barangan isi rumah. Korang mungkin bertanya, adakah polisi kebakaran asas ini hanya melindungi apabila berlaku kebakaran? Polisi ini boleh diperluaskan dan ditambah. Anda boleh menambah perlindungan tambahan seperti rosak akibat ribut petir, banjir, tanah runtuh, pemendapan dan pelbagai lagi.
Polisi ini boleh melindungi sebarang kejadian yang boleh mendatangkan kerugian dan kerosakan hartanah namun tidak melindungi sebarang barang isi rumah. So macam mana kalau nak ada insurans yang juga melindungi barang isi rumah???? Sila sambung baca...
INSURANS ISI RUMAH
Polisi isi rumah memang direka khas untuk memberi perlindungan extra kepada barang-barang yang ada dalam rumah. Sebagai contoh, jika berlakunya banjir, sudah pasti barang-barang di dalam rumah boleh rosak. Kalau kita tak ada insurans, sudah menjadi beban p**a nak membeli barang-barang tersebut kerana ia juga memakan kos yang tinggi. Dengan adanya, polisi jenis ini boleh melindungi dan anda layak menuntut bayaran ganti rugi drpd pihak insurans.
INSURANS PEMILIK RUMAH
Polisi pemilik rumah p**a adalah sebuah polisi yang dirangka untuk menjadi perlindungan tambahan selain daripada polisi kebakaran. Polisi ini turut melindungi struktur-struktur fizikal hartanah seperti dinding, bumbung, lengkapan bangunan, struktur luar dan bermacam lagi.
Seperti polisi kebakaran, polisi pemilik rumah turut memberi perlindungan terhadap kerosakan yang menimpa disebabkan cuaca buruk, banjir, dan pelbagai lagi risiko buruk yang boleh terjadi dan menjejaskan rumah anda.
Apa kepentingan jenis polisi insurans rumah ni? Ianya penting untuk menentukan tahap pampasan yang bakal diterima oleh pemilik hartanah sekiranya perkara-perkara yang buruk berlaku. Sekiranya berlakunya kerosakan atau pun kerugian yang diinsuranskan, ada dua asas pembayaran yang boleh dilakukan iaitu asas pemulihan dan juga asas ganti rugi.
* Asas pemulihan membawa maksud sebagai apabila terjadinya kejadian yang diinsuranskan, pemilik kepada polisi tersebut berhak menerima pampasan dalam nilai penuh terhadap barang yang hilang atau pun rosak.
* Asas ganti rugi p**a adalah pemilik kepada polisi akan diberi ganti rugi bergantung kepada nilai semasa barang tersebut berbanding dengan nilai asas ketika pembelian.
Perlindungan tambahan yang harus dipertimbangkan....
Dengan memiliki insurans rumah, anda boleh menyesuaikan perlindungan tambahan yang lain mengikut keperluan masing-masing. Di bawah adalah antara perlindungan tambahan yang anda boleh pertimbangkan:
INSURANS SEWA
Misalnya anda ada sebiji rumah, dan anda sewakan rumah itu untuk dijadikan pendapatan utama atau tambahan. Tiba-tiba p**a penyewa buat hal dengan cabut lari dan meninggalkan tunggakan bayaran sewa. Sudahlah lari dan tak bayar sewa, dirosakkan p**a barang-barang yang ada dalam rumah dan bil elektrik serta air yang tertunggak. Sebagai tuan rumah, kitalah yang terpaksa menanggung kerugiannya. Boleh terduduk kita dibuatnya. Anda boleh membuat penambahan perlindungan ini. Polisi ini melindungi pemilik rumah untuk mendapatkan ganti rugi atas kejadian yang berlaku.
INSURANS PENYELENGGARAAN RUMAH
Bukan harga rumah saja yang mahal, kos penyelenggaraan rumah pun turut mahal juga. Nak tak nak, rumah perlu selenggara. Tapi kadang-kadang berlaku beberapa situasi yang tidak disangka seperti gangguan bekalan air yang disebabkan oleh masalah paip air dalam tanah. Isu ini akan memerlukan anda menggunakan tukang baiki yang professional. Kosnya sudah tentu tinggi. Bila kosnya tinggi dan kita tiada insurans, terpaksalah keluarkan simpanan yang bertahun-tahun simpan.
Dengan adanya insurans ini, anda tidak perlu risau lagi kerana segala kos baiki akan ditanggung oleh pihak insurans dan simpanan boleh kekal disimpan.
INSURANS RUMAH KAMPUNG
Jangan ingat rumah kampung tak perlu insurans, rumah kampung juga perlukan insurans rumah. Sama seperti rumah yang lain, rumah kampung juga terdedah dengan risiko-risiko bahaya seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir dan macam-macam lagi. Sebenarnya, ada polisi yang dirangka khas untuk pemilikan hartanah jenis ini.
Perlindungan tambahan jenis ini memberi perlindungan dari segi pembayaran pampasan secara sekaligus sekiranya anda mengalami kecemasan yang tidak diduga.
Syareb Hamzah
0122151807