11/09/2025
APA NASIBKU TANPA SUAMI DI SISI??
Ramai isteri selalu terfikir soalan ni dalam hati…
“Tolonglah Ya Allah, jangan ambil suami aku lagi…”
Sebab realitinya, bila seorang suami pergi dulu, banyak perkara berat jatuh atas bahu isteri:
👉 Pendidikan anak-anak
👉 Tanggungan keluarga
👉 Keperluan harian
👉 Hutang piutang
👉 Bil-bil yang tetap datang setiap bulan
Bayangkan, dalam masa kita masih bersedih kehilangan pasangan hidup… kita terpaksa fikir pasal kewangan p**a.
Dua beban sekali gus – emosi & kewangan.
Islam sendiri ajar kita supaya fikir jauh ke depan.
Dalam Al-Quran (Al-Baqarah, ayat 240) Allah sebut:
“Dan orang-orang yang hampir mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isterinya diberi nafkah (makan, pakaian & tempat tinggal) sehingga setahun lamanya.”
Maknanya, tanggungjawab suami bukan sekadar semasa hidup, tapi juga selepas dia tiada.
Dan isteri p**a, kena ada ilmu & persediaan – supaya kalau apa-apa berlaku, kita tahu jalan keluar dan tak terbiar.
Bila kita sedar realiti ni awal, insyaAllah kita boleh buat langkah bijak:
✅ Belajar cara urus kewangan keluarga
✅ Faham hak isteri & anak dalam Islam
✅ Sediakan pelan kecemasan untuk masa depan
Hidup ni penuh ujian.
Tapi kalau ada ilmu & persediaan, insyaAllah kita lebih kuat hadapi.