Mac 2018 menandakan 1 tahun Aktifotak beroperasi di Yayasan Jabal Nur (YJN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Syukur Alhamdulillah atas sambutan yang amat memberansangkan dari anda semua yang membuatkan kami semakin bersemangat untuk menyediakan servis yang terbaik untuk setiap keluarga yang memerlukan.
Sepanjang 12 bulan yang lepas, kami telah menerima kunjungan dari serata Malaysia termasuk juga Sabah, Johor, Melaka, Kedah, Perlis dan Pantai Timur. Tak lupa juga kunjungan antarabangsa dari Brunei.
Selain dari terapi yang dijalankan, Aktifotak juga telah mewujudkan satu komuniti yang prihatin dan saling membantu dengan memberikan sokongan antara satu sama lain dan juga perkongsian pengalaman dan informasi yang penting dan relevan. Support group yang telah terbentuk amat berharga bagi memperkasakan setiap individu dan keluarga dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang mereka hadapi setiap hari.
Berikut kami kongsikan sedikit sebanyak perkembangan Klinik Aktifotak sejak 12 bulan yang lepas:
22 Februari 2017, Aktifotak membuka pintu kepada klien kami yang pertama. Masa ni, Aktifotak hanya beroperasi 2 hari seminggu - Rabu & Sabtu.
April 2017, Aktifotak mula menjalankan Aktifterapi di Andra Uphill, Autism Hub di Salak Tinggi setiap hari Khamis pagi.
July 2017, Aktifterapi OTG (on the go) dilancarkan untuk memenuhi permintaan keluarga-keluarga yang tinggal agak jauh atau susah untuk travel ke Aktifotak setiap minggu. Pada masa yang dipersetujui setiap minggu, terapis akan datang ke rumah untuk menjalankan terapi dan memastikan ianya berjalan secara konsisten.
Disember 2017, Alhamdulillah, Aktifotak berpeluang memanjangkan langkah dan membuka cawangan pertama di Alor Setar. Ini telah sedikit sebanyak memudahkan usaha keluarga-keluarga di sebelah utara untuk mendapatkan khidmat terapi yang diperlukan.
Februari 2018 p**a, Aktifotak mula menawarkan sesi kaunseling kepada ibubapa atau penjaga yang datang membawa anak ke sesi terapi pada hujung minggu. Kami sedar bahawa cabaran yang dihadapi setiap keluarga dengan anak istimewa adalah pelbagai dan berpanjangan. Peluang untuk meluahkan atau berbincang tentang masalah yang sedang dihadapi akan dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan dan mencari jalan penyelesaian.
Setelah 1 tahun lebih beroperasi di YJN:
â–ŞWaktu beroperasi Aktifotak HQ (KL) adalah:
Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat : 9 pagi - 5 petang
Sabtu & Ahad (untuk terapi sahaja) : 8.30 pagi - 1 tengahari
Rabu TUTUP.
â–ŞAktifotak Utara (Alor Setar) kini beroperasi setiap hari 9 pagi - 5 petang kecuali Isnin TUTUP.
â–ŞAktifterapi OTG berjalan 7 hari seminggu di sekitar Lembah Klang (sesi siang 9-5 atau malam 8-10).
Hubungi kami melalui link : http://aktifotak.wasap.my
Atau gunakan butang “Book Now” di page untuk appointment.