31/05/2026
SUN-DAY SHIELD SERIES · POST 01
Kita tinggal di garisan khatulistiwa.
UV tinggi sepanjang tahun. Bukan musim panas sahaja.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Ramai yang menganggap katarak adalah penyakit orang tua.
Umur 70-an, 80-an. Apabila penglihatan makin kabur,
cermin mata tidak lagi membantu,
barulah menjalani pembedahan katarak.
Tetapi, sepanjang saya berpraktis sebagai optometris,
saya selalu jumpa pesakit dalam lingkungan 40-an, awal 50-an,
yang sudah mula menunjukkan tanda awal katarak.
Kenapa?
Jawapannya mungkin terletak pada satu perkara
yang kita anggap biasa setiap hari. Matahari.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Sebenarnya, katarak ini sebahagian daripada proses penuaan.
Lambat laun, kebanyakan orang akan mengalaminya.
Itu memang fitrah.
Cuma, pendedahan UV jangka panjang boleh menjadikan ia datang
lebih awal daripada yang sepatutnya.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Malaysia terletak antara 1° hingga 7° utara garisan khatulistiwa.
Maknanya, UV Index di negara kita tinggi sepanjang tahun.
Bukan musim panas. Bukan bulan tertentu.
Setiap hari.
Sebagai panduan umum, UV Index harian:
• Negara empat musim (UK, Jepun musim sejuk): 1–3
• Negara empat musim (musim panas puncak): 6–8
• Malaysia (tengah hari biasa): 9–11+
Orang Malaysia terdedah kepada UV yang tinggi
hampir setiap hari dalam setahun.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Tapi saya mostly dalam office atau rumah.
Keluar pun sekejap dan tak lama.
UV tak kena saya kot?"
Ada betulnya.
Namun, ada beberapa perkara yang ramai tidak sedar:
• Tingkap pejabat dan cermin kereta biasanya
lebih banyak menghalang UVB berbanding UVA.
• UVB banyak diserap oleh kornea sebelum sampai ke kanta mata.
• UVA p**a boleh menembusi lebih dalam,
dan kanta mata menyerap sebahagiannya.
• Sebab itu, pendedahan UV jangka panjang tetap relevan
walaupun kita bukan bekerja di luar.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Kebanyakan kajian besar menunjukkan bahawa pendedahan UV jangka panjang
dikaitkan dengan peningkatan risiko katarak.
Tetapi jangan risau.
Katarak adalah proses yang berlaku secara perlahan.
Penggunaan cermin mata dengan perlindungan UV 400 (100% UV)
boleh membantu mengurangkan pendedahan UV pada mata.
Ini penting kerana pendedahan UV jangka panjang adalah salah satu
faktor risiko yang dikaitkan dengan katarak.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Untuk anda yang berusia lingkungan 40 tahun ke atas.
Jika anda tertanya-tanya sama ada anda sudah ada katarak,
jemput singgah ke Menara Optometry Mid Valley.
Kami menjalankan saringan katarak percuma setiap hari Ahad.
Shared by Muhammad Hazwan
Optometrist, Menara Optometry Mid Valley
Reference disclosure: Based on clinical information from
WHO Global Solar UV Index guidance, National Eye Institute,
American Academy of Ophthalmology, Taylor et al. (NEJM, 1988),
and recent ophthalmology literature on UV exposure and cataract risk.