
19/11/2024
Faktor lain yang boleh menyebabkan baby colic ataupun kembung perut.
Kembung perut berlaku apabila baby mendapat foremilk lebih banyak compare to hindmilk.
Foremilk ni mengandungi lactose yang lebih tinggi dari hindmilk, jadi lebihan lactose tu akan difermented (diperam) sebab dalam usus baby ni ada bakteria baik.
Fermentation proses ni lah yang akan menghasilkan gas dan menjadi punca kenapa baby kembung perut.
Disebabkan faktor ini lah, ibu disarankan untuk jaga jadual pam dan kerapkan penyusuan untuk mengurangkan jarak penyusuan.
Hindmilk belum lagi terhasil, ibu dah terpaksa keluarkan susu awal tu dulu sebab dah bengkak.
Jadi lebih banyak lah foremilk yang ibu dapat berbanding hindmilk.
Baby akan kembung perut dan meragam, disebabkan gas yang terhasil daripada foremilk tadi.
Dapat sesuatu?