Pusat HEARS

Pusat HEARS Pusat HEARS adalah pusat perkhidmatan bawah Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia Antaranya ialah Yayasan Sime Darby (YSD).

Pusat-HEARS mula ditubuhkan pada Januari 2013 sebagai Institut Telinga Pendengaran dan Pertuturan (Institut-HEARS). Ditempatkan di Kolej Tun Syed Nasir, Blok 8, Jalan Temerloh Kuala Lumpur. Pada tahun 2019, penstrukturan semula telah dilaksanakan dan Institut-HEARS telah ditempatkan di Fakulti Sains Kesihatan sebagai Pusat Telinga, pendengaran dan Pertuturan (Pusat-HEARS)


Visi Pusat-HEARS adalah untuk menjadi peneraju pusat perkhidmatan Telinga, Pendengaran dan Pertuturan yang unggul dengan memaksimumkan potensi kanak-kanak bermasalah pendengaran melalui perkhidmatan multidisiplin. Pusat-HEARS memperkasa program dan perkhidmatan intervensi awal kepada profesional kesihatan, orang awam, keluarga dan kanak-kanak bermasalah pendengaran melalui kerjasama dengan organisasi kebangsaan/antarabangsa. Pusat-HEARS menawarkan servis perkhidmatan klinikal dan juga latihan kepada profesional dan ibu bapa yang mengurus individu kanak-kanak bermasalah pendengaran. Selain itu, kempen kesedaran juga turut dijalankan bagi profesional barisan hadapan, guru dan juga orang awam umum berkenaan masalah pendengaran dan penjagaan kesihatan pendengaran. Telah banyak rakan strategik yang turut berdedikasi dan terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan visi dan misi kami. Petronita, Cochlear Ltd., Med-El, Advanced Bionic, Kementerian Kesihatan Malaysia, Yayasan Budi Penyayang, Design Nur Studio, Totallypix. Bagi tujuan maklumbalas, pertanyaan atau kerjasama dan kolaborasi, anda boleh hubungi Encik Hazwan Abdullah at i-hears@ukm.edu.my / hazwanabdullah@ukm.edu.my / tel: 03 92895133.

Tahniah kepada Dr. Nashrah Maamor, Felo Pusat HEARS yang terlibat sebagai Coordinator dalam WHO World Hearing Forum – Ma...
09/01/2026

Tahniah kepada Dr. Nashrah Maamor, Felo Pusat HEARS yang terlibat sebagai Coordinator dalam WHO World Hearing Forum – Make Listening Safe Workstream.

Usaha beliau memberi fokus kepada pendidikan pendengaran selamat dan pencegahan kehilangan pendengaran, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan komuniti.

Memetik Dr. Nashrah, katanya, "Kehilangan pendengaran bukan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia boleh dicegah dengan kesedaran dan tabiat mendengar yang betul."

Baca selanjutnya di sini: https://shorturl.at/Kbx72

Pada 7 Jan 2026, satu majlis pelancaran Panduan digital akomodasi dan modifikasi (A&M) untuk pengajaran dan pembelajaran...
08/01/2026

Pada 7 Jan 2026, satu majlis pelancaran Panduan digital akomodasi dan modifikasi (A&M) untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid berkeperluan khas ketidakupayaan pendengaran (MBPK KUP) telah berlangsung di Gerbang Minda, Fakulti Pendidikan UKM Bangi dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Keusahawanan) merangkap Ketua Pegawai Digital UKM.

Panduan ini dihasilkan melalui penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya DR. Cila Umat, Ketua Pusat Telinga, Pendengaran & Pertuturan (Pusat HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) UKM, dan dijalankan oleh pelajar Sarjana di bawah Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (iCaRehab) FSK, Cik Nur Fatehah Mohd. Shukri. Beliau turut diselia oleh DR. Khairul Farhah Khairudin, pensyarah pengkhususan Pendidikan Khas Pendengaran, dari Fakulti Pendidikan, UKM Bangi. Projek ini menerima suntikan Dana Kajian Sosial 2024 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bagi mrembolehkan bengkel-bengkel Latihan guru di adakan menggunakan panduan digital yang dibangunkan.

Panduan digital A&M (AKOMODIFIKASI) ini merupakan inovasi digital pertama berbahasa Melayu yang mengintegrasikan Audiologi dan Pendidikan, direka khas untuk sekolah di Malaysia; dan mengandungi strategi A&M menyeluruh untuk diterapkan oleh guru dalam PdP bagi MBPK KUP.

Majlis turut dihadiri oleh Dekan FSK, PM Dr. Hasnah Toran mewakil Dekan Fakulti Pendidikan, wakil-wakil dari Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pengerusi Pusat Kajian iCaRehab FSK, Ketua Program Audiologi FSK, ahli-ahli Pusat HEARS, FSK, presiden NGO Hear Me iaitu Kumpulan sokongan ibubapa untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran, selain pensyarah dan para pelajar prasiswazah Fakulti Pendidikan di bawah pengkhususan Pendidikan khas pendengaran.

Panduan ini juga telah mendapat perlindungan Harta Intelek dalam kategori Hak Cipta oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia Akta Hak Cipta 1987 pada 2025. Ia juga memenangi pingat gangsa kategori inovasi penyelidikan semasa Hari Inovasi & Penyelidikan FSK 2025.

📢 TINGGAL 14 HARI SAHAJA LAGI UNTUK DAFTAR! Adakah anda Ahli Audiologi atau Ahli Terapi Pertuturan Bahasa dan ingin meni...
29/12/2025

📢 TINGGAL 14 HARI SAHAJA LAGI UNTUK DAFTAR!

Adakah anda Ahli Audiologi atau Ahli Terapi Pertuturan Bahasa dan ingin meningkatkan kemahiran rehabilitasi aural dewasa? Ayuh sertai Siri Profesional HEARS: Bengkel Rehabilitasi Aural anjuran Pusat HEARS UKM dan MED-EL Malaysia.

🗓️ 20 dan 21 Januari 2026
📍 Kompleks UKMShape KTSN, Kuala Lumpur
✅ 10 mata CPD, HRDC claimable
⏩ Daftar sekarang, tempat terhad: https://tinyurl.com/bengkel-ar-hears

🚨 Tarikh akhir pendaftaran: 12 Januari 2026

Untuk pertanyaan, sila hubungi: Puan Izzati izzatiyusoff@ukm.edu.my

Siri Kempen Kesedaran Pusat HEARS    Infografik - Masalah Pendengaran Kanak-kanak🌼 Masalah Pendengaran dalam Kalangan Ka...
26/12/2025

Siri Kempen Kesedaran Pusat HEARS
Infografik - Masalah Pendengaran Kanak-kanak

🌼 Masalah Pendengaran dalam Kalangan Kanak-Kanak — Kenali & Tindakan Awal Itu Penting!

Tahukah anda, kira-kira 3 hingga 4 daripada setiap 1000 bayi dilahirkan dengan masalah pendengaran? 👶🏻👂🏻

Masalah ini boleh dikesan seawal bayi baru lahir melalui ujian saringan pendengaran yang dijalankan di kebanyakan hospital utama di Malaysia.

Masalah pendengaran terbahagi kepada dua jenis: 1️⃣ Kongenital – wujud sejak lahir
2️⃣ Perolehan – berlaku selepas kelahiran atas pelbagai sebab

Antara faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian masalah pendengaran termasuklah:
🔹 Sejarah keluarga dengan masalah pendengaran
🔹 Jangkitan semasa kehamilan (contohnya cytomegalovirus, rubella, toxoplasmosis)
🔹 Berat lahir < 1.5 kg
🔹 Jaundis yang memerlukan transfusi darah
🔹 Penggunaan ubat ototoksik
🔹 Jangkitan selepas lahir (campak, meningitis)
🔹 Struktur kepala/muka tidak normal atau sindrom genetik (contohnya Sindrom Down)
🔹 Kecederaan kepala

🩺 Pengesanan awal sangat penting!
Dengan intervensi dan sokongan yang betul, perkembangan bahasa dan komunikasi anak dapat dibantu sejak awal lagi.

✨ “Dengar awal, bantu bercakap awal.”
Jika anda risau tentang pendengaran anak, hubungi Pusat HEARS UKM di talian 03-92895132 untuk mendapatkan temujanji.

AYUH DAFTAR!Ingin mendalami dan meningkatkan kemahiran rehabilitasi aural dewasa? Ayuh sertai Siri Profesional HEARS: Be...
11/12/2025

AYUH DAFTAR!

Ingin mendalami dan meningkatkan kemahiran rehabilitasi aural dewasa? Ayuh sertai Siri Profesional HEARS: Bengkel Rehabilitasi Aural anjuran Pusat HEARS UKM dan MED-EL Malaysia.

🗓️ 20 dan 21 Januari 2026
📍 Kompleks UKMShape KTSN, Kuala Lumpur
✅ 10 mata CPD, HRDC claimable

⏩ Daftar segera, tempat terhad: https://tinyurl.com/bengkel-ar-hears

🚨 Tarikh akhir pendaftaran: 9 Januari 2026

Untuk pertanyaan, sila hubungi: Puan Izzati izzatiyusoff@ukm.edu.my

Terima kasih.

Pusat Telinga, Pendengaran & Pertuturan (Pusat HEARS), Fakulti Sains Kesihatan UKM sebagai Ketua Konsortium Kecemerlanga...
21/11/2025

Pusat Telinga, Pendengaran & Pertuturan (Pusat HEARS), Fakulti Sains Kesihatan UKM sebagai Ketua Konsortium Kecemerlangan Pendidikan telah berjaya mendapatkan geran berjumlah RM 1,000,000.00 dari pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk penubuhan Consortium on Preschool Hearing Screening for an Equitable Society (CoPHES). Projek ini dijalankan Bersama Kumpulan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Satelit 1) dan Universiti Sains Malaysia (Satelit 2) diketuai oleh Prof Madya DR. Rafidah Mazlan, seorang ahli jawatankuasa di bawah Pusat HEARS dan juga Pengerusi, Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (iCaRehab), Fakulti Sains Kesihatan UKM. Syabas dan tahniah kepada PM DR. Rafidah Mazlan dan ahli kumpulan penyelidikan beliau.

📢 PENDAFTARAN DIBUKA!Ingin mendalami dan meningkatkan kemahiran rehabilitasi aural dewasa? Ayuh sertai👂Siri Profesional ...
10/11/2025

📢 PENDAFTARAN DIBUKA!
Ingin mendalami dan meningkatkan kemahiran rehabilitasi aural dewasa? Ayuh sertai👂Siri Profesional HEARS: Bengkel Rehabilitasi Aural🦻 anjuran Pusat HEARS UKM dan MED-EL Malaysia.
🗓️ 20 dan 21 Januari 2026
📍 Kompleks UKMShape KTSN, Kuala Lumpur
✅ 10 mata CPD, HRDC claimable

⏩ Daftar sekarang, tempat terhad: https://tinyurl.com/bengkel-ar-hears
🚨 Tarikh akhir pendaftaran: 9 Januari 2026
Untuk pertanyaan, sila hubungi: Puan Izzati izzatiyusoff@ukm.edu.my

Tahniah atas kehadiran dan kejayaan : Siri Bengkel Profesional HEARS: Kecelaruan Pemprosesan Auditori dengan tema "Mempe...
21/08/2025

Tahniah atas kehadiran dan kejayaan : Siri Bengkel Profesional HEARS: Kecelaruan Pemprosesan Auditori dengan tema "Memperkasakan Penilaian dan Pengurusan APD melalui kolaborasi Interdisiplin".

Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Pusat HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Special Interest Group - Auditory Processing Disorder telah pon menjayakan bengkel selama 2 hari ini (28 dan 29 Julai 2025).

Semoga input daripada bengkel ini dapat meningkatkan ilmu dan skil bagi para profesional yang hadir.

Bangi – Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Pusat HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama

🚨 PENDAFTARAN DILANJUTKAN! 🚨Masih belum daftar untuk *Siri Profesional HEARS: Bengkel Kecelaruan Pemprosesan Auditori (A...
15/07/2025

🚨 PENDAFTARAN DILANJUTKAN! 🚨

Masih belum daftar untuk *Siri Profesional HEARS: Bengkel Kecelaruan Pemprosesan Auditori (APD)*?

📢 Kini anda ada masa tambahan! *Daftar segera sebelum 18 Julai 2025*

🗓️ Tarikh Bengkel: 28 & 29 Julai 2025
📍 Lokasi: Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi

✅ HRDC claimable
✅ Layak mata CPD:
Doktor Perubatan (16 mata), Audiologis (10 mata), Terapis Pertuturan-Bahasa (10 mata), Terapis Cara Kerja (10 mata), Psikologis (10 mata)

📲 Daftar sekarang melalui pautan: https://apdhears2025.my.canva.site

⏰ 3 HARI LAGI!Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Bengkel Kecelaruan Pemprosesan Auditori dengan tema:"Memperkasa Pe...
11/07/2025

⏰ 3 HARI LAGI!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Bengkel Kecelaruan Pemprosesan Auditori dengan tema:
"Memperkasa Penilaian dan Pengurusan Kecelaruan Pemprosesan Auditori Melalui Kolaborasi Interdisiplin."

📍 28–29 Julai 2025
📍 Fakulti Pendidikan, UKM
🔗 Daftar segera sebelum 13 Julai 2025 di: https://bit.ly/apdhears2025

📌 Terbuka kepada semua yang berminat

⏰ 4 HARI LAGI!Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Bengkel Kecelaruan Pemprosesan Auditori dengan tema:“Memperkasa Pe...
10/07/2025

⏰ 4 HARI LAGI!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Bengkel Kecelaruan Pemprosesan Auditori dengan tema:
“Memperkasa Penilaian dan Pengurusan Kecelaruan Pemprosesan Auditori Melalui Kolaborasi Interdisiplin.”

📍 28–29 Julai 2025
📍 Fakulti Pendidikan, UKM
🔗 Daftar segera sebelum 13 Julai 2025 di: https://bit.ly/apdhears2025

📌 Terbuka kepada semua yang berminat

⏰ 7 HARI LAGI!Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Bengkel Kecelaruan Pemprosesan Auditori dengan tema:"Memperkasa Pe...
07/07/2025

⏰ 7 HARI LAGI!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Bengkel Kecelaruan Pemprosesan Auditori dengan tema:
"Memperkasa Penilaian dan Pengurusan Kecelaruan Pemprosesan Auditori Melalui Kolaborasi Interdisiplin."

📍 28–29 Julai 2025
📍 Fakulti Pendidikan, UKM
🔗 Daftar segera sebelum 13 Julai 2025 di: https://bit.ly/apdhears2025

📌 Terbuka kepada semua yang ingin memperluas ilmu dan amalan klinikal berkaitan APD!

Address

Pusat Telinga, Pendengaran Dan Pertuturan (Pusat HEARS), Fakulti Sains Kesihatan, Blok 8 Tingkat 3, Universiti Kebangsaan
Kuala Lumpur
53200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60392895133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat HEARS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram