Pusat Rawatan Aura Maarifat Kedah

Pusat Rawatan Aura Maarifat Kedah PERKHIDMATAN MEMBUANG SAKA, SIHIR, SANTAU, DAN SGALA UNSUR2 ZAHIR MAHUPUNN GHAIB.PAGAR RUMAH, PENGISIAN ILMU PENDINDING DAN SEBAGAINYA.

04/02/2025

Selamat datang ke Tantari Homestay, tempat percutian sempurna di Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang, Kedah!"

"Mahukan suasana kampung yang nyaman dengan kemudahan moden? Di sini, anda boleh bersantai bersama keluarga di kolam renang yang luas, sambil menikmati pemandangan hijau yang menenangkan."

"Dengan reka bentuk rumah kayu yang unik, Tantari Homestay memberikan pengalaman menginap yang selesa dan autentik. Nikmati udara segar dan ketenangan jauh dari kesibukan kota!"

"Kami juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti hammock untuk bersantai, tempat BBQ untuk makan malam istimewa, dan ruang lapang untuk aktiviti outdoor!"

"Jadi, tunggu apa lagi? Jom bercuti di Tantari Homestay dan cipta kenangan indah bersama keluarga dan rakan-rakan!"

"Hubungi kami sekarang untuk tempahan! Tantari Homestay – Destinasi Percutian Idaman Anda!"

0142924493

Klik link di wasap di bawah
https://wa.me/60142924493

20/09/2024

"Seberapa banyak cara, seberapa banyak bentuk, dan Seberapa banyak petunjuk yang menunjukkan Dia
Dia tetap tidak diketahui sepenuhnya."

Syaikh Abu Mansur Al Hallaj

14/09/2024

3 Ilmu Teras Agama menurut Ulamak ahlussunnah wal jamaah

Setelah selesai Bab Syahadah yang Fardhu Atasnya (mengucap dua kalimah syahadah memasuki agama Allah) bagi orang yang sebelumnya beragama bukan Islam yakni Kafir, manakala bagi yang Islam baka(lahir dari ibu bapa yang Islam) dan di ajarkan baginya tentang dua kalimah syahadah serta berpegang ia dengannya.

Maka telah tertanggung p**a ke atas sekelian Orang islam itu kewajipan untuk mempelajari 3 jenis Ilmu yang Terutama dan terpenting dalam islam iaitu:

1) Usuluddin (Aqidah)
2) Feqah (Syariat)
3) Tasawwuf (Akhlak/Ihsan)

Dalam sepanjang kehidupan selepas baligh sahaja maka setiap orang islam mestilah melaksanakan secara *serentak* ketiga tiga ilmu tadi. Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari sudut ilmiah dan amaliahnya.

Ketiga tiga ilmu ini adalah 3 serangkai yang tidak boleh dipisah pisahkan, kalau dipisah pisahkan salah satunya maka akibatnya rosaklah yang lainnya. Maksudnya amalan islam dalam rangka mentaati Allah itu menjadi sah apabila ketiga tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak, tidak boleh di amalkan satu satu sahaja tanpa yang lain.

Yakni akibatnya meninggalkan salah satu sahaja dari 3 ilmu tadi, adalah paling tidak menjadikan seseorang itu fasiq bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepada *Kufur tanpa sedar*

Wallahu a'lam
Abu Thariq
Yang Faqir Hina

14/09/2024

Rumahtangga akan rosak binasa kalau tak jaga perkara2 nie..

Masalah Rumahtangga, kalau nak jaga dan nak mengekalkan hubungan yang baik sesama suami isteri,

Pertama, kena faham dan reti tentang akhlak dan adab suami isteri, sunnah2 yang patut dicontohi dan amalkan sebaik mungkin, insya Allah, pasti kita menang dengan sunnah..

Kedua, dengan cara amalan seperti wirid2,susunan doa2 dan ayat2 al Quran tertentu..

Saya nak fokuskan pada kaedah kedua sahaja, dengan pesanan jangan p**a di abaikan pesanan yang pertama di luar sana..

Ringkas saja amalan rumahtangga adalah dengan mengamalkan surah yusuf ayat ke 4, dibaca 9 kali dengan qasad niat dihati mohon Allah tambatkan hati pasangan dengan ikatan kasih sayang yang sejati.. silakanlah beramal bagi yang mahu.. Insya Allah berkesan.. yang bergaduh besar pun boleh luluh hati jadi lembut.. yang dalam keadaan tenang p**a akan semakin menambahkan mesra dan keramahan yang manis2..

Semoga Allah kuatkan ikatan rumahtangga sekalian muslimin khasnya di malaysia dan am nya serata dunia.. amiin..

Al Faqir Abi Auliya
PR Aura Maarifat Kedah

Syaikh Abu Mansur Al Hallaj yang dulu dihukum pancung dan terkenal dengan kalam musykil nya, "Ana Al Haq(Aku lah Haq-Tuh...
14/09/2024

Syaikh Abu Mansur Al Hallaj yang dulu dihukum pancung dan terkenal dengan kalam musykil nya, "Ana Al Haq(Aku lah Haq-Tuhan-), menyatakan pujian akn haqiqat Muhammadiah, inti Nur Muhammad, Yakni Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam..

Pujinya : *".... Ia membuat ia tertinggi di atas segala yang ada(maujudat-makhluqat), dan mengangkat posisi/maqamnya, dan menyatakan dia agung dan dikenal di daratan dan di lautan(al quran menyebut baginda sebagai "Khuluqin Aziim"), dan membuat ia berseri seri penuh cahaya, dan berkuasa serta dapat melihat dan memahami, sebelum suatu ciptaan diketahui ia telah diketahui, dan dari yang pertama sampai yang terakhir (dicipta) namanya tetap tertulis di sepanjang masa, hatinya (Qalbunya) menyucikan, perkataannya memperingatkan, pengetahuannya meninggikan, *Percakapannya adalah percakapan berbahasa Arab, tetapi suku bangsanya (kaum atau bangsa keturunannnya) BUKAN DI TIMUR JUGA BUKAN DI BARAT, Rasnya(keturunan yang semata mata darinya) dan apa yang menggantikannya(Khalifah dan ulamak rabbaniyyin) menyatakan penghargaan, dan dia memiliki seorang teman di rumah suci...."*

Naqal Kitab Thawasin Al Marhum Syaikh Abu Mansur Al Hallaj Qaddasallahu Sirrahu-Bab Tentang bentuk Cahaya(yakni nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam), Rangkap selepas ke 7, sebelum yang ke 9

Penukil
Abu Thariq
Yang Amat Faqir Hina

ʜɪᴊʀᴀʜ ʟᴀʜ ᴅᴀʀɪ ᴡɪʟᴀʏᴀʜ ᴋᴜꜰᴜʀ ᴅᴀɴ ᴍᴀᴋꜱɪᴀᴛ ᴋᴇ ᴡɪʟᴀʏᴀʜ ɪᴍᴀɴ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴀᴛTolak lah segala mudhorat dunia akhirat yang pertama s...
09/09/2024

ʜɪᴊʀᴀʜ ʟᴀʜ ᴅᴀʀɪ ᴡɪʟᴀʏᴀʜ ᴋᴜꜰᴜʀ ᴅᴀɴ ᴍᴀᴋꜱɪᴀᴛ ᴋᴇ ᴡɪʟᴀʏᴀʜ ɪᴍᴀɴ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴀᴛ

Tolak lah segala mudhorat dunia akhirat yang pertama sekali kita diperintah untuk tolak, yakni kufur dan maksiat itulah punca utama ataupun asbab terulung didatangkannya musibah dan mudhorat2 dunia dan akhirat.

Berbai'at lah dengan mursyid yang haq.. dalam bab mursyid, biar lah satu sahaja tak perlu kepada ramai mursyid.. yang perlu ramai adalah guru2 pengajar ilmu2.. manakla mursyid yang metarbiah rohani jasmani satu saja sangat mencukupi.. bai'at dengan mursyid itulah sunnah yang sesungguhnya..

Bahkan imam ghazali menyatakan ianya termasuk perkara Fardhu Ain kerana memiliki mursyid adalah sebuah kemestian dalam mempelajari dan menelusuri Tharekat tasawwuf.

Jauhilah golongan2 yang mendakwa diri mereka ahli maarifat itu dan ini jikalau mereka tiada sebarang mursyid yang haq, tentu palsu..
Golongan yang mengaku ada mursyid,teliti jua sanadnya, takut2 terputus sanad di tengah jalan, atau tersambung sanad dengan tokoh2 yang ditolak ulamak terdahulu..

Kerana kesepakatan ulamak itu menjadi salah satu kayu ukur kebenaran jua (ijmak), maka ketokohan seseorang yang disepakati ulamak atau tidak ditolak ulamak, maka insya Allah benar lah.. kalau ditolak ulamak maga diraguilah..

Oleh itu.. perhati lah betul2..
Yang benar senantiasa ada hingga kiamat.. kenapa perlu tersalah alamat?

Faqir lagi hina
Abu Thariq
Aura Maarifat Kedah

🇵 🇪 🇱 🇧 🇦 🇬 🇦 🇮  🇷 🇦 🇬 🇦 🇲  🇮 🇱 🇲 🇺  🇭 🇮 🇰 🇲 🇦 🇭  🇩 🇦 🇳  🇧 🇦 🇷 🇦 🇳 🇬  🇵 🇪 🇳 🇬 🇮 🇸 🇮 🇦 🇳 Dalam arena atau dunia Ilmu Hikm...
08/09/2024

🇵 🇪 🇱 🇧 🇦 🇬 🇦 🇮 🇷 🇦 🇬 🇦 🇲 🇮 🇱 🇲 🇺 🇭 🇮 🇰 🇲 🇦 🇭 🇩 🇦 🇳 🇧 🇦 🇷 🇦 🇳 🇬 🇵 🇪 🇳 🇬 🇮 🇸 🇮 🇦 🇳

Dalam arena atau dunia Ilmu Hikmah, telah terjadi suatu suasana atau fenomena pemaharan ilmu2 hikmah dan barang2 hikmah samada yang diperolehi oleh ahli hikmah tertentu dengan cara penarikan ghaib atau barang hikmah yang dibuat pengisian2 tertentu yang khusus menurut jalan ilmu hikmah.

Terlalu banyak jenis pecahan ilmu hikmah masa kini dan perguruan2 yang didirikan atas tujuan mengajar dan persatuan jemaah2 murid bagi ahli2 hikmah tertentu, tak dapat lah saya senaraikan semuanya bagi menjaga keharmonian antara persatuan dan perguruan.

Dalam kebanyakan perguruan, keilmuan hikmah yang di ajarkan adalah berteraskan riadah2 dan ritual2 tertentu yang khusus yang mesti di amalkan dan dilatih saban waktu yang terdiri daripada susunan2 wirid2 dan zikir2 khusus tertentu bahkan ada yang dipernamakan dengan Asma'(bukan asmaul husna)-jaljalut- tirakat puasa yang berbagai jenis kaedah seperti puasa mutih yang hanya makan dan minum yang putih2 sahaja tanpa perasa sepanjang riadhah dijalankan. Namun ada juga antara perguruan keilmuan hikmah ini yang memegang jenis2 ilmu yang tidak memerlukan kepada amalan2 serta riadah2 yang berat2, cukup dengan terima ijazah maka ilmunya boleh di amalkan dan insya Allah tajrib.

Namun.....
Berbalik kepada persoalan utama saya, adakah semua dari ilmu hikmah yang tersebut dan perguruan2 itu, semuanya diyakini bersih ilmunya dari sebarang campur tangan sihir dan istidraj? Confirm kah semuanya itu terdiri dari susunan2 ilmu2 hikmah yang tulen semuanya?

Jawapannya adalah tidak, menurut orang lama tertentu yang menelusuri jalan jalan ilmu hikmah bertemu dengan pelbagai pertubuhan dan perguruan, uji ilmu mereka memang benar kah ilmunya itu menzahirkan hal yang ajaib semata mata dari izin Allah atau ada campur tangan jin jin tertentu yang berpakat dengan syarat2 dan amalan2 wirid tertentu. Hampir 90 peratus daripada semua persatuan dan perguruan itu, ilmunya adalah mengikutsertakan campur tangan jin, yakni bukan semata mata zahir dari Allah semata mata secara ghaib atau ruhaniah (dan ini adalah hasil dapatan kajiannya di zaman 80 an lagi, bahkan di zaman ini mungkin kiraan dan peratusannya lain p**a, wallahu a'lam)

Saya senantiasa berpesan dan menekankan agar berhati hati lah dalam mencari guru dan menuntuti ilmu2 hikmah ini. Dari pihak saya, sudah tentu saya akan yakinkan masyarakat utk mempelajari ilmu2 hikmah yang diwariskan dalam perguruan aura Maarifat ini yang sudah terbukti ilmunya tiada langsung sebarang campur tangan jin, sesiapa sahaja yang berilmu atau memiliki jin belaan yang nak cuba cek ilmu pusaka aura maarifat samada ada jin atau tidak.. boleh silakan cek.

Saya dengan merendah diri mengajak tuan2 dan puan2 yang terbaca post saya ini untuk ikut serta mempelajari ilmu hikmah dari aliran pusaka aura maarifat Malaysia secara rasmi.

Anda semua amatlah di alu alukan untuk sama sama menjadi pewaris ilmu2 pusaka Aura Maarifat(contact saya,01172554729) yang juga merupakan ilmu2 keruhanian kebatinan khas pendekar dan pahlawan melayu. Bukanlah kenyataan ini untuk menyatakan kehebatan, semua makhluk tentu mati, hanya saja, amalan keruhanian ini sudah pasti menjadi penyuntik bagi jiwa2 pengamalnya sebagai penambah subur tauhid dan maarifahnya agar hidup dan matinya sudah tentu hanya kerana Allah jua lah..

Yang Faqir lagi Hina
Abu Thariq
Aura Maarifat Kedah

🇲 🇪 🇳 🇨 🇦 🇷 🇮 🇰  🇦 🇩 🇦 🇹 Keajaiban, atau hal2 yang sakti, atau orang melayu dulu2 sebut dengan nama Ilmu Hikmat yang mer...
05/09/2024

🇲 🇪 🇳 🇨 🇦 🇷 🇮 🇰 🇦 🇩 🇦 🇹

Keajaiban, atau hal2 yang sakti, atau orang melayu dulu2 sebut dengan nama Ilmu Hikmat yang merupakan perkara2 yang khawariqul 'adah(mencarik adat) terbahagi kepada 8 jenis atau 8 jalan datangnya keajaiban2 tersebut.

4 daripadanya diterima disisi Syarak, 4 daripadanya p**a tertolak dan ditegah disisi syarak..

Yakni 4 yang diterima oleh syarak itu tentu berlakunya atas izin Allah semata mata yang semakin mengukuhkan akidah diri atau orang lain. Manakala 4 yang ditolak itu adalah berlakunya dengan berbagai tipu helah yang membinasakan akidah diri dan juga orang lain yang terpengaruh.

4 yang diterima itu adalah
1) Irhas
2) Mukjizat
3) Karomah
4) Maunah

4 yang ditolak
1) Istidraj
2) Silap Mata(Yang semata mata teknik pertunjukkan sahaja tidak termasuk disini)
3) Sihir
4) Sya'wazah

Secara ringkasnya, Yang dinamakan ilmu hikmah itu adalah merujuk kepada ilmu2 serta amal2 soleh yang menjadi asbab dizahirkan baginya perkara2 yang diluar kebiasaan atas nama Maunah. Jadi sepatutnya ilmu hikmah itu adalah termasuk dalam 4 yang diterima disisi syarak. Namun telah banyak dizaman ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ilmu2 yang dipernamakan dengan ilmu hikmah sebagai membaluti kepalsuannya yang mengandungi unsur2 sihir yang membawa kepada binasa akidah dan amalan.

Fatwa2 telah pun banyak dikeluarkan oleh pihak berautoriti dalam negara terhadap pertubuhan2 atau mana mana gerakan yang mengandungi unsur2 ilmu yang terlarang, untuk maklumat lanjut sila rujuk di laman fatwa rasmi kebangsaan dan negeri2.

Nasihat saya, jangan mudah terpengaruh dengan mana mana individu yang dipercayai boleh menzahirkan beberapa perkara yang mencarik adat terutama dalam hal perubatan dan persilatan. Telitilah dan carilah guru dan ilmu yang Hak/Haq untuk diwarisi serta dipelajari akan dia.

Aura maarifat Malaysia juga menurunkan serta mewariskan jenis2 ilmu2 hikmat yang tidak bertentangan dengan syarak serta dijamin tiada sebarang campur tangan jin walau umpama setitis embun pun jua. Sila berhubung dengan kami untuk maklumat lanjut.

Rawatan dijalankan seperti biasa.. Untuk temujanji sila whatsapp.. Terima kasih
05/09/2024

Rawatan dijalankan seperti biasa.. Untuk temujanji sila whatsapp..

Terima kasih

03/09/2024

ꜱᴇʙᴀɢᴀɪᴍᴀɴᴀ ᴀᴅᴀ ɴʏᴀ ʜᴀᴅɪꜱ ᴘᴀʟꜱᴜ ʏᴀɴɢ ᴅɪɢᴜɴᴀ ᴘᴀᴋᴀɪ ᴏʟᴇʜ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ ᴛᴇʀᴛᴇɴᴛᴜ ᴛᴀɴᴘᴀ ᴅɪᴋᴇᴛᴀʜᴜɪ ᴋᴇᴘᴀʟꜱᴜᴀɴɴʏᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴀɴɢɢᴀᴘᴀɴ ɪᴀɴʏᴀ ʜᴀᴅɪꜱ ꜱᴀʜɪʜ ᴀᴛᴀᴜ ʏᴀɴɢ ᴍᴀQʙᴜʟ ᴅᴀɴ ꜱᴇᴜᴍᴘᴀᴍᴀɴʏᴀ.. ᴍᴀᴋᴀ ꜱᴇʙᴇɢɪᴛᴜ ᴊᴜɢᴀ ʟᴀʜ ᴀᴅᴀ ɴʏᴀ ᴋᴀʟᴀᴍ2 ɪʟᴍᴜ ᴛᴀꜱᴀᴡᴡᴜꜰ ʜᴀᴋɪᴋᴀᴛ ᴡᴀʟ ᴍᴀᴋʀɪꜰᴀᴛ ʏᴀɴɢ ᴘᴀʟꜱᴜ ʏᴀɴɢ ᴅɪɢᴜɴᴀ ᴘᴀᴋᴀɪ ᴏʟᴇʜ ɢᴏʟᴏɴɢᴀɴ ᴛᴇʀᴛᴇɴᴛᴜ ʏᴀɴɢ ᴅɪᴀɴɢɢᴀᴘ ꜱᴀʜɪʜ ᴅᴀʀɪ ɪʟᴍᴜ ʜᴀᴋɪᴋᴀᴛ ᴅᴀɴ ᴍᴀᴋʀɪꜰᴀᴛ.. ᴅᴀɴ ꜱᴇʙᴇɢɪᴛᴜ ɴʏᴀ ᴊᴜɢᴀ ᴀᴅᴀ ꜰᴀᴛᴡᴀ2 ᴘᴀʟꜱᴜ ʏᴀɴɢ ᴅɪ ᴀɴɢɢᴀᴘ ʙᴇɴᴀʀ ᴅᴀɴ ᴅɪɢᴜɴᴀ ᴘᴀᴋᴀɪ.. ᴅᴀɴ ꜱᴇʙᴇɢɪᴛᴜ ᴊᴜɢᴀ ᴀᴅᴀ ᴋᴀʟᴀᴍ2 ᴛᴇʀᴛᴏʟᴀᴋ ᴍᴇɴᴜʀᴜᴛ ɪʟᴍᴜ ᴛᴀᴜʜɪᴅ ᴅᴀʟᴀᴍ ʙᴀʙ ᴛᴀᴜʜɪᴅ.. ᴍᴀᴋᴀ ᴘᴇʀʜᴀᴛɪᴋᴀɴʟᴀʜ ʜᴜᴊᴊᴀʜ ᴍᴜ ʙᴇᴛᴜʟ2.. ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴋᴀᴜ ᴛᴀᴋꜱᴜʙ ᴘᴀᴅᴀ ᴛᴏᴋᴏʜ ᴛᴇʀᴛᴇɴᴛᴜ ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴍᴇᴍᴀɴɢ ᴘᴇʀɴᴀʜ ᴋᴇʟᴜᴀʀ ᴅᴀʀɪ ᴍᴜʟᴜᴛ ɢᴜʀᴜ ᴋᴇꜱᴀʏᴀɴɢᴀɴ ᴍᴜ.. نا شا

03/09/2024

Rawatan Beroperasi Seperti Biasa,Anda Boleh datang ke tempat perawat, atau jemput perawat ke tempat tinggal Anda (Bagi Kawasan2 di negeri kedah dan penang sahaja)..

Kos merawat dengan Pengamal Rawatan Aura Maarifat tak pernah melebihi 1 ribu ringgit.. bahkan kebanyakannya terp**ang pada orang yang dirawat nak sumbang menurut yang disanggupi sahaja..

Hubungi segera untuk maklumat lanjut

𝐃𝐢𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐉𝐢𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐧𝐲𝐚 (𝐒𝐚𝐤𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐚𝐧) ᕼᗩᖇᗩᗰ ᕼᑌKᑌᗰᑎYᗩ ᗪᗩᑎ ᗷEᖇᗪOᔕᗩ YᗩᑎG ᔕᗩᑎGᗩT ᗷEᔕᗩᖇ ᗷᗩGI ᔕEᔕIᗩᑭᗩ YᗩᑎG ᗰEᑎEᖇIᗰᗩ ...
02/09/2024

𝐃𝐢𝐩𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐉𝐢𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬𝐧𝐲𝐚 (𝐒𝐚𝐤𝐚 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐚𝐧)

ᕼᗩᖇᗩᗰ ᕼᑌKᑌᗰᑎYᗩ ᗪᗩᑎ ᗷEᖇᗪOᔕᗩ YᗩᑎG ᔕᗩᑎGᗩT ᗷEᔕᗩᖇ ᗷᗩGI ᔕEᔕIᗩᑭᗩ YᗩᑎG ᗰEᑎEᖇIᗰᗩ ᗩᑭᗩ ᒍᑌᗩ ᒍEᑎIᔕ Iᒪᗰᑌ YᗩᑎG TEᖇIKᗩT ᗪEᑎGᗩᑎ KᕼIᗪᗰᗩT ᒍIᑎ YᗩᑎG ᗷEᖇᔕYᗩᖇᗩT, ᗷᗩᕼKᗩᑎ ᗷOᒪEᕼ ᗰEᗰᗷᗩᗯᗩ KEᑭᗩᗪᗩ ᔕEᔕᗩT ᗩKIᗪᗩᕼ. ᒍIKᗩ ᗩᑎᗪᗩ ᗩᗪᗩᒪᗩᕼ ᗰᗩᑎGᔕᗩ ᗪᗩᒪᗩᗰ KEᔕ "ᗪIᑭᗩKᔕᗩ ᒍIᑎ ᔕᗩKᗩ ᗰEᑎᒍᗩᗪI ᑭEᗯᗩᖇIᔕᑎYᗩ", ᔕEGEᖇᗩ ᗷEᖇTᗩᑌᗷᗩT ᗪᗩᑎ ᗰᗩᖇI KITᗩ IKᕼTIᗩᖇ ᑭᑌTᑌᔕKᗩᑎ ᔕEGEᖇᗩ ᔕEGᗩᒪᗩ ᗯᗩᖇIᔕᗩᑎ2 YᗩᑎG TIᗪᗩK ᗪIᕼᗩᖇᗩᑭKᗩᑎ IᑎI..

ᴜʟᴀᴍᴀᴋ ᴍᴇɴʏᴀᴛᴀᴋᴀɴ ʜᴀʀᴀᴍ ʜᴜᴋᴜᴍɴʏᴀ ᴅᴀɴ ʙᴇʀᴅᴏꜱᴀ ʙᴀɢɪ ᴘᴇɴɢᴀᴍᴀʟ ɪʟᴍᴜ ꜱɪʜɪʀ, ᴀᴘᴀ ɪᴛᴜ ꜱɪʜɪʀ? ꜱᴇᴄᴀʀᴀ ʀɪɴɢᴋᴀꜱ ᴀᴘᴀ ᴊᴜᴀ ᴊᴇɴɪꜱ ɪʟᴍᴜ ꜱᴇʀᴛᴀ ᴀᴍᴀʟᴀɴ ʏᴀɴɢ ʙᴇʀᴛᴜᴊᴜᴀɴ ᴍᴇɴɢɢᴀᴘᴀɪ ᴀᴛᴀᴜ ʜᴇɴᴅᴀᴋ ᴍᴇʀᴀɪʜ ᴘᴇʀᴋᴀʀᴀ2 ʏᴀɴɢ ꜱᴀᴋᴛɪ, ᴍᴇɴᴄᴀʀɪᴋ ᴀᴅᴀᴛ ʏᴀɴɢ ᴍᴇʟɪʙᴀᴛᴋᴀɴ ᴛɪᴘᴜ ʜᴇʟᴀʜ ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ ᴊɪɴ ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴊɪɴ ɪꜱʟᴀᴍ, ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ꜱʏᴀʀᴀᴛ2 ᴅᴀɴ ᴘᴀɴᴛᴀɴɢ ʟᴀʀᴀɴɢ ɪʟᴍᴜɴʏᴀ ᴛᴇᴘᴀᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ʜᴜᴋᴜᴍ ꜱʏᴀʀᴀᴋ, ᴍᴀᴋᴀ ɪᴀɴʏᴀ ᴅɪᴋᴀᴛᴇɢᴏʀɪᴋᴀɴ ᴅᴀʟᴀᴍ ᴊᴇɴɪꜱ ꜱɪʜɪʀ ᴅᴀɴ ʜᴜᴋᴜᴍɴʏᴀ ᴀᴅᴀʟᴀʜ ʜᴀʀᴀᴍ.. ᴍᴇᴡᴀʀɪꜱɪ ᴊɪɴ2 ꜱᴀᴋᴀ ᴍᴇʟᴀʟᴜɪ ᴋᴇᴛᴜʀᴜɴᴀɴ ᴊᴜɢᴀ ʜᴀʀᴀᴍ ᴊɪᴋᴀ ʙᴇʀᴋᴇʀᴇʟᴀᴀɴ(ʙᴜᴋᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ) ʙᴀʜᴋᴀɴ ꜱᴇᴍᴜᴀɴʏᴀ ᴛᴇʀꜱᴇʙᴜᴛ ʙᴏʟᴇʜ ᴍᴇᴍʙᴀᴡᴀ ᴋᴇᴘᴀᴅᴀ ʀᴏꜱᴀᴋ ᴅᴀɴ ꜱᴇꜱᴀᴛ ᴀᴋɪᴅᴀʜ..

Cara Taubat dari perkara2 yang merosakkan akidah adalah wajib bagi yang terlibat membuang serta meninggalkan zahir dan bathin semua jenis ilmu serta amalan2 terkait, Memperbaharui Kalimah syahadah serta memperbaharui iktiqad nya merujuk pada Akidah ulamak Ahli sunnah wal jamaah dan kekal di dalam wilayah iman dan taat menolak kufur dan maksiat selama lamanya

Untuk rawatan boleh hubungi +60 11-7255 4729

Address

Kuala Nerang
06300

Telephone

+601172554729

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Aura Maarifat Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Aura Maarifat Kedah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram