Sriidu Kuala Pilah

Sriidu Kuala Pilah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sriidu Kuala Pilah, No 48, Taman Wira Trade, Pusat Komersial Melang, Kuala Pilah.

PENDIDIKAN BERSEPADU GENERASI CEMERLANG

Melaksanakan pendidikan intergrasi dan inovatif bagi melahirkan generasi dinamik yang memimpin kesejahteraan masyarakat

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ๐ŸŒ™โœจDengan penuh rasa syukur, warga Du K. Pilah  ingin mengucapkan Sela...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ๐ŸŒ™โœจ

Dengan penuh rasa syukur, warga Du K. Pilah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada semua ibubapa, anak-anak serta warga DU yang sentiasa memberi sokongan.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa serta kekuatan untuk terus melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang sentiasa bersama dalam usaha membantu dan menjayakan semua program sepanjang Bulan Ramadhan.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Dukp
dan seluruh warga Darul Ulum K. Pilah

Syawal 1447 Hijrah



20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ TAKBIR RAYA WARGA TAHFIZ DARUL ULUM KUALA PILAH โœจ๐ŸŒ™

Takbir raya istimewa daripada anak-anak
Tadika Genius Caliph Darul Ulum Kuala Pilah
dan
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah.

Kami dengan penuh rasa rendah hati ingin mengucapkan:
๐Ÿ•Œ Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin ๐Ÿ•Œ

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan silaturrahim sesama kita.
Terima kasih atas segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan kepada kami.

Ikhlas daripada,
Warga Kerja Darul Ulum Kuala Pilah ๐Ÿ’š

Edaran Bubur Lambuk berkongsi rezeki..Terima kasih sudi menerima kunjungan kami..
17/03/2026

Edaran Bubur Lambuk berkongsi rezeki..
Terima kasih sudi menerima kunjungan kami..

17/03/2026

Khatam Alquran Dan Edaran Bubur Lambuk Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah dengan kerjasama JIBG dan AJK Surau
Al Irsyad

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan terhadap program ini. Semoga acara begini dapat dilakukan lagi pada tahun hadapan ๐Ÿค—

10/03/2026

MAJLIS IFTAR JAMAIE TAHFIZ DARUL ULUM KUALA PILAH

Alhamdulilah telah berlangsungnya Majlis Iftar Jamaie bersama ibu bapa dan murid GCDU dan SRIIDU. Jazakumullahu khairan diucapkan semua ibu bapa yang hadir.. Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan UPKK 2025.

[KEPUTUSAN UPKK 2025]Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah atas keputusan UPKK 2025 yang telah diumumkan pa...
25/02/2026

[KEPUTUSAN UPKK 2025]

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah atas keputusan UPKK 2025 yang telah diumumkan pada hari ini, 25 Februari 2026.
Alhamdulillah, bagi Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum Kuala Pilah, seramai 14 orang calon berjaya menduduki peperiksaan dan mencatatkan keputusan seperti berikut :

9A - 2 orang
8A - 3 orang
7A - 3 orang
6A - 1 orang
5A - 1 orang
4A - 2 orang
1A - 2 orang

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada semua calon UPKK 2025 atas usaha, kesungguhan dan pengorbanan sepanjang menghadapi peperiksaan ini. Kejayaan hari ini adalah hasil doa, disiplin serta bimbingan guru-guru dan sokongan ibu bapa yang tidak pernah putus.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa diatas sokongan yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Semoga dengan kejayaan yang dicapai ini dapat menjadi jambatan kepada pintu-pintu kejayaan yang lain.

Semoga pencapaian ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

๐Ÿคฒ Ya Allah, kurniakanlah kepada anak-anak kami kefahaman yang benar, ilmu yang bermanfaat, hati yang istiqamah dalam kebaikan serta kejayaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat. Jadikan mereka anak-anak soleh dan solehah yang membanggakan agama, bangsa dan negara.

Sekian terima kasih.

_Pengurusan Sriidu K.Pilah_

22/02/2026
TAHNIAH DAN SYABASPenyertaan pertama murid SRIIDU Kuala Pilah dalam pertandingan memanah kategori bawah 12 tahun.  Seram...
16/02/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Penyertaan pertama murid SRIIDU Kuala Pilah dalam pertandingan memanah kategori bawah 12 tahun. Seramai 3 orang murid mewakili SRIIDU Kuala Pilah.

Tahniah buat adik Anas bin Rostam dapat meraih ranking dalam Negeri Sembilan Cilik Bawah 9 tahun iaitu tempat ke 4 daripada 17 orang peserta. Disamping itu, Bawah 12 tahun dapat ranking juga alhamdulillah dan ramai saingan yang hebat2... moga istiqomah dalam memanah supaya game akan datang kita up lagi ranking target top 10 mengukir nama anak2 di masa yang akan datang .

Insha Allah pihak sekolah cuba sebaik mampu menjadi ketua kontijen atlet memanah dimasa yang akan datang bagi susunan yang lebih teratur ๐Ÿคฒ๐Ÿผ dan membawa ramai lagi atlet pemanah dari SRIIDU kuala pilah bagi mengukir nama serta meraih pemarkahan PaJSK jika ada insha Allah .

12/02/2026
01/02/2026

๐ˆ๐๐…๐Ž ๐†๐‘๐€๐…๐ˆ๐Š ๐Š๐‡๐”๐“๐๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ | ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ | ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐˜๐€๐€๐๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

๐“๐€๐‰๐”๐Š: ๐Œ๐„๐๐†๐ˆ๐’๐ˆ ๐’๐˜๐€'๐๐€๐ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐’๐”๐๐€๐“ & ๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“

Jalanilah bulan Syaโ€˜ban ini untuk melatih diri dengan puasa sunat & ibadah supaya Ramadan lebih bermakna dan berkualiti.
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan ini dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan yang mulia.

-----------------------------------------------------------
๐Ÿ”ดIkuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/jheainsofficial
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ : https://www.instagram.com/jheains.official
๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐˜๐จ๐ฎ๐“๐ฎ๐›๐ž : https://www.youtube.com/
๐‹๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฌ๐š๐ฐ๐š๐ง๐  : https://jheains.ns.gov.my/






25/01/2026

Genius Caliph Darul Ulum Kuala Pilah

Aktiviti : About me ๐Ÿ‘‘
Objektif :
โ€ข mengenal pasti dan berkongsi maklumat seperti nama, warna kegemaran, haiwan atau hobi dengan melengkapkan mahkota.
โ€ข meningkatkan kemahiran motor halus melalui mewarna, memotong dan menghias mahkota.
โ€ข membina keyakinan dan kemahiran bertutur dengan mempersembahkan mahkota mereka kepada rakan sekelas.

Address

No 48, Taman Wira Trade, Pusat Komersial Melang
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sriidu Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sriidu Kuala Pilah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram