Mentari KUALA PILAH

Mentari KUALA PILAH ia adalah perkhidmatan kepakaran yg diterajui oleh Pakar psikiatri.

COMMUNITY MENTAL HEALTH CENTER ATAU Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (PKMM), atau lebih dikenali sebagai MENTARI merupakan sebuah inovasi dr KKM bahagian perkembangan perubatan.

Jom join program ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Kesihatan Mental ditempat kerja...
17/10/2024

Jom join program ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Kesihatan Mental ditempat kerja...

Chit Chat Kesihatan Mental 2024 merupakan program kemuncak bagi Kempen Cakna Kesihatan Mental yang disambut setiap tahun sempena

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024..hari ini 10 Oktober 2024..Jabatan Psikiatri HTAN telah mengadakan satu pamer...
10/10/2024

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024..hari ini 10 Oktober 2024..Jabatan Psikiatri HTAN telah mengadakan satu pameran Dan saringan Kesihatan Mental di lokasi GIANT Kuala Pilah..Tema pada tahun ini adalah Mengutamakan Kesihatan Mental Di Tempat Kerja..
Program ini diadakan bersama dengan team dari Occupational Therapy (OT), Kaunseling team HTAN dan Team Mentari KUALA PILAH ...
Program telah dirasmikan oleh Timbalam Pengarah Perubatan HTAN Dr.Gunaseelan dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengunjung-pengunjung ke pasaraya GIANT ini.

Dapatkan khidmat nasihat dan rawatan di Klinik Psikiatri atau Mentari berdekatan sekiranya mengalami gejala kemurungan a...
10/09/2024

Dapatkan khidmat nasihat dan rawatan di Klinik Psikiatri atau Mentari berdekatan sekiranya mengalami gejala kemurungan atau keinginan bunuh diri..
Sama2 kita mencegah kejadian bunuh diri ini .🌞

Sempena menyambut bulan Kemerdekaan ke 67...team Mentari KUALA PILAH telah menyahut cabaran daripada Pengarah HTAN untuk...
05/09/2024

Sempena menyambut bulan Kemerdekaan ke 67...team Mentari KUALA PILAH telah menyahut cabaran daripada Pengarah HTAN untuk mengecat Bendera Malaysia pada dinding zinc di Mentari...

Pada mulanya rasa macam ada kesukaran disebabkan kepanjangan dinding dan ketinggiannya..di samping itu, permukaan dinding zinc yang tidak rata dan keadaan cuaca tidak menentu terutamanya kena mengejar masa untuk menghabiskan..

Namun atas semangat bekerjasama Team Mentari yang bertungkus lumus dibantu juga oleh team dari pengurusan yang turut serta berusaha menyiapkan bendera Malaysia ini..

Akhirnya, usaha kami semua telah menjadi..tidak kira jawatan, pangkat, semua turun membantu..ini lah semangat yang kita inginkan..
Sama2 kita menyambut Hari Kemerdekaan dengan perasaan berbangga dengan kejayaan ini..

Terima kasih atas pengorbanan dan titik peluh semua staff2 dan klien2 Mentari yang sama2 siapkan bendera ini...

Hari ini pada 25 July 2024, Team Mentari KUALA PILAH telah mengadakan kursus Circle of Hope dan telah dihadiri lebih kur...
25/07/2024

Hari ini pada 25 July 2024, Team Mentari KUALA PILAH telah mengadakan kursus Circle of Hope dan telah dihadiri lebih kurang 15 ke 20 peserta yang terdiri daripada ahli keluarga pesakit dan juga pesakit sekali...kursus ini memberikan serba sedikit ilmu pengetahuan berkenaan penyakit mental dan tips2 untuk menangani krisis dan kepentingan penjagaan kendiri ahli keluarga dalam menguruskan pesakit kami..disamping itu, kursus begini dapat mengurangkan stigma masyarakat terhadap pesakit mental..tetamu juga berpeluang mengunjungi kawasan Mentari yang merupakan tempat rehabilitasi untuk pesakit kami...
Terima kasih kepada semua staff dan peserta yang sama2 menjayakan kursus kita ini..

22/4/2024Aktiviti Bersama Warga Mentari Kuala Pilah." Luncheon "Selain daripada mengajar pesakit dalam pengurusan diri d...
22/04/2024

22/4/2024
Aktiviti Bersama Warga Mentari Kuala Pilah.

" Luncheon "

Selain daripada mengajar pesakit dalam pengurusan diri dan Aktiviti domestik, pentingnya untuk mengajar mereka dalam skil sosial di kalangan komuniti.

Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pesakit Mental untuk berinteraksi dengan orang awam, belajar pengurusan duit, meningkatkan keyakinan diri dan pemikiran positif.

" What Mental Health needs is more Sunlight, Don't Wait for the Change, Be the Change".

Akiviti Mendaki Bukit Pilah Bersama Warga Mentari Kuala Pilah pada 8/2/2024.Recharge Diri : Terapi AlamTerapi Alam adala...
15/02/2024

Akiviti Mendaki Bukit Pilah Bersama Warga Mentari Kuala Pilah pada 8/2/2024.

Recharge Diri : Terapi Alam

Terapi Alam adalah salah satu rawatan kepada pesakit secara proses pemulihan dengan menggunakan alam semula jadi.

Suasana Alam Semula Jadi & Aktiviti Fizikal dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan perhatian & menuju ke arah emosi yang lebih sihat.

Pada 10 October, sempena sambutan hari kesihatan Mental Sedunia, Mentari KUALA PILAH dan Jabatan Psikiatri Hospital Tuan...
18/10/2023

Pada 10 October, sempena sambutan hari kesihatan Mental Sedunia, Mentari KUALA PILAH dan Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Ampuan Najihah telah mengadakan beberapa aktiviti kesedaran kesihatan mental..
1. Jemputan pelajar2 Uitm Kuala Pilah untuk pengurusan dan Pengenalan kesihatan mental
2. Jemputan "Open House" ke Jabatan Psikiatri kepada semua warga kerja HTAN untuk beramah mesra dan menambahkan ilmu tentang kesihatan mental di klinik psikiatri.

Pelancaran MITS2.0 dan Garis Panduan Supported Employment..Mentari KUALA PILAH turut terlibat membuka booth pada hari in...
27/09/2023

Pelancaran MITS2.0 dan Garis Panduan Supported Employment..

Mentari KUALA PILAH turut terlibat membuka booth pada hari ini..

Hari ini, kami Mentari KUALA PILAH telah menerima lawatan ambil belajar dan bersuai kenal dengan staf2 Mentari Petrajaya...
05/09/2023

Hari ini, kami Mentari KUALA PILAH telah menerima lawatan ambil belajar dan bersuai kenal dengan staf2 Mentari Petrajaya..

Kami berbangga mendapat sokongan Pengarah Hospital Tuanku Ampuan Najihah Dr. Sarina bersama ketua Jabatan Psikiatri HTAN Dr. Ameerah yang sudi meluangkan masa untuk upacara perasmian dan beramah mesra dengan tetamu2 kita dari Sarawak ini..

Kami mengakhiri lawatan hari pertama dengan melawat Muzium Seri Menanti disamping menikmati kopi di bawah muzium tersebut..

Hari ini telah diadakan hari sukan bersama klien Mentari KUALA PILAH dan klien  carakerja dan rehabilitasi HTAN(OT) ..ke...
24/08/2023

Hari ini telah diadakan hari sukan bersama klien Mentari KUALA PILAH dan klien carakerja dan rehabilitasi HTAN(OT) ..kerjasama erat di antara Mentari dan OT penting kerana kedua2 Jabatan ini berkait rapat..Di samping itu, aktiviti ini juga merapatkan hubungan erat klien/keluarga dengan staff/doktor Mentari dan OT..

Kesihatan yg baik kenalah sihat fizikal, sihat mental dan kesejahteraan sosial yang lengkap..dimana setiap individu dapat mencapai tahap yg terbaik dalam kehidupan masing2..

Semalam Mentari KUALA PILAH telah mengadakan aktiviti membuat "chocolate moist cake" bersama sukarelawati kami yg pertam...
18/08/2023

Semalam Mentari KUALA PILAH telah mengadakan aktiviti membuat "chocolate moist cake" bersama sukarelawati kami yg pertama dan klien2 Mentari..

Terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa bersama klien2 Mentari dan mengajar skil baru. Diharapkan ada menu baru kelak 😋 bagi penjualan gerai Mentari..

Address

Jalan Tung Yeng
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064812158

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mentari KUALA PILAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mentari KUALA PILAH:

Share