Klinik Kesihatan Kuala Pilah

Klinik Kesihatan Kuala Pilah Laman rasmi Klinik Kesihatan Kuala Pilah 2020. Memberikan info mengenai perkhidmatan klinik secara khususnya, dan memberikan informasi kesihatan secara amnya.

Laman ini bukan tidak menjadi wadah untuk sebarang aduan/penghargaan.

14/11/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terdapat gangguan talian telefon *UTAMA* (keluar dan masuk) di KK Kuala Pilah.

Tindakan susulan menghubungi pihak berkepentingan telah dilakukan.

Sekiranya telah pulih, pemakluman akan segera dihebahkan.

Sudut Kemerdekaan oleh Anggota Klinik Kesihatan Kuala Pilah. Anggota dari pelbagai unit mengembleng idea dan tenaga bagi...
27/08/2024

Sudut Kemerdekaan oleh Anggota Klinik Kesihatan Kuala Pilah. Anggota dari pelbagai unit mengembleng idea dan tenaga bagi mewujudkan sudut kreativiti ini. Menggunakan beberapa bahan terpakai seperti polistren, gabus dan kotak.
Sudut ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu sudut Jiwa Merdeka, Sudut Batik, Hero Kita serta Sudut Malaysia Bercerita.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Jiwa Merdeka!

25/08/2024

Kajian oleh Schuch et al. (2018) yang diterbitkan dalam JAMA Psychiatry mendapati bahawa individu yang kurang aktif secara fizikal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kemurungan.

Kajian oleh Bize et al. yang diterbitkan dalam Preventive Medicine menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara tahap aktiviti fizikal dengan kualiti hidup yang lebih baik. Individu yang aktif secara fizikal melaporkan tahap kualiti hidup yang lebih tinggi dalam aspek-aspek fizikal dan mental.

Kajian-kajian ini menekankan betapa pentingnya aktiviti fizikal untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai penyakit!

Senaman Aerobik Intensiti Sederhana:
• 150 hingga 300 minit seminggu
• Berjalan cepat, berenang, berbasikal
• Kekerapan: 30 minit setiap hari selama 5 hingga 7 hari seminggu.

28/02/2024

Pemakluman berkenaan gangguan talian telefon keluar dan masuk Klinik Kesihatan Kuala Pilah pada 28 Februari 2024. Pihak kami sedang berusaha untuk mengatasi masalah gangguan tersebut secepat mungkin.

Mohon maaf atas segala kesulitan.
Pesakit/waris boleh hadir ke kaunter Klinik Pendaftaran Klinik Kesihatan Kuala Pilah sekiranya mempunyai urusan penting.

Pemakluman segera akan dilakukan sekiranya talian telah pulih.

01/02/2024

Pemakluman berkenaan gangguan talian telefon keluar dan masuk Klinik Kesihatan Kuala Pilah berikutan naik taraf talian oleh pihak TM bermula 31 Januari sehingga 2 Februari 2024.
Mohon maaf atas segala kesulitan.
Pesakit/waris boleh hadir ke kaunter Klinik Pendaftaran Klinik Kesihatan Kuala Pilah sekiranya mempunyai urusan.

Jom sertai kami!
15/05/2023

Jom sertai kami!

MOH DOGHEH KITO SIHAT !Karnival Kesihatan 2022 bakal diadakan pada 17 Ogos 2022 di Dewan Dato Bahaman, Kuala Pilah. Anta...
15/08/2022

MOH DOGHEH KITO SIHAT !

Karnival Kesihatan 2022 bakal diadakan pada 17 Ogos 2022 di Dewan Dato Bahaman, Kuala Pilah. Antara aktiviti yang disediakan :

- Kem Diabetik PKD Kuala Pilah
- Kempen Derma Darah
- Pemeriksaan Mata percuma
- Pemeriksaan kesihatan
- Pemeriksaan Gigi percuma
- Senamrobik
- Saringan kanser serviks dan payudara
- Saringan kanser usus
- Ceramah kesihatan

SEMUA DIJEMPUT HADIR

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"Kemudahan menjalani ujian saringan HIV tanpa nama ada disediakan di Klini...
21/05/2022

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Kemudahan menjalani ujian saringan HIV tanpa nama ada disediakan di Klinik Kesihatan berdekatan anda.

Prosedur ujian HIV tanpa nama adalah mudah. Hanya pergi ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan.

Tidak perlu mendaftar di kaunter pendaftaran.
Anda boleh meminta untuk bertemu dengan pegawai bertugas di klinik kesihatan dan minta ujian HIV tanpa nama dilakukan.

Tanpa stigma.

Keberanian anda mampu mengubahnya.
Jom jalani ujian ini di Klinik Kesihatan Kuala Pilah.

Mulai 1 Mei 2022 , Klinik Kesihatan Kuala Pilah ingin memaklumkan penukaran sistem temu janji klinik secara atas talian ...
19/05/2022

Mulai 1 Mei 2022 , Klinik Kesihatan Kuala Pilah ingin memaklumkan penukaran sistem temu janji klinik secara atas talian daripada Sistem Qmed ke Sistem Janji Temu Klinik (SJTK).

Servis yang di tawarkan oleh Sistem Janji Temu Klinik (SJTK ) di Klinik Kesihatan Kuala Pilah adalah :-
1) Pesakit Luar (Kes Ringan)
2) Saringan Pra Perkahwinan
3) Pemeriksaan Kesihatan ( Medical Check up, Pra University/Pra Pekerjaan)
4) Ibu Hamil ( Buka Buku Pink)

Pelanggan semua boleh memuat turun aplikasi Sistem Janji Temu Klinik di App Store atau di Google Play.

Sila download aplikasi ini :
Untuk pengguna Android

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.janjitemuKKM

Untuk pengguna iOS

https://apps.apple.com/my/app/sistem-janji-temu-klinik-kkm/id1553424619

Sila layari portal berikut untuk pendaftaran pertama kali
https://www.malaysia.gov.my/portal/register

Anda digalakkan untuk menempah melalui perkhidmatan ini bagi mengelakkan kesesakan pesakit di klinik.

⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam...
13/05/2022

⚠️ Waspada dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit HFMD adalah penyakit jangkitan kanak-kanak di mana ruam lepuh muncul di tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser dalam mulut.

Perhatikan tanda-tanda jangkitan HFMD pada anak anda. Sekiranya ada,

👉 anak anda perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti kanak-kanak lain.
👉 elakkan berkongsi alatan peribadi, makanan dan permainan anak anda yang dijangkiti HFMD dari anak yang lain.
👉 jangan hantar anak ke taska / tadika / sekolah.
👉 kerap lakukan pembersihan dan disinfeksi pada alatan dan permukaan yang kerap disentuh oleh anak.

JAGA KEBERSIHAN DIRI DAN PERSEKITARAN DEMI MENCEGAH HFMD DARI MENJANGKITI ANAK ANDA.

Berikutan kemaskini kepada protokol pengembara dari luar negara pada 1 Mei 2022, diingatkan bahawa semua pengembara (war...
11/05/2022

Berikutan kemaskini kepada protokol pengembara dari luar negara pada 1 Mei 2022, diingatkan bahawa semua pengembara (warganegara dan bukan warganegara Malaysia) yang ingin memasuki Malaysia masih dikehendaki mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera.

Pesakit yang mengalami simptom COVID-19 berpanjangan (Long COVID) boleh mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi yang d...
11/05/2022

Pesakit yang mengalami simptom COVID-19 berpanjangan (Long COVID) boleh mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi yang disediakan di fasiliti-fasiliti kesihatan yang disenaraikan.

Address

Jalan Macpherson Tebat Kering
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 07:30 - 12:30
14:00 - 16:30
Tuesday 07:30 - 12:30
14:00 - 16:30
Wednesday 07:30 - 12:30
14:00 - 16:30
Thursday 07:30 - 12:30
14:00 - 16:30
Friday 07:30 - 11:45
14:45 - 16:30

Telephone

+6064842844

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category